Wednesday, November 30, 2005

.....

ahaks...

entry kali ini hanya .....

bukan apa, aku masih memikirkan apakah yang boleh aku tulis sementara ini kerana tidak banyak yang interested tok aku tulis lagi. dan untuk my ex-colleague aku di piasau tu... yang aku tak tahu korang ada check blog aku ni... hahahahak....

so, lepas ni check ajer ler lagi apa yang menarik nak aku tulis di sini.

Ops... lupa nak cakap... esok aku akan memulakan journey aku ke kuching... drive... melihat borneo sebelum aku akan ke semenanjung nanti.

so, selamat travel tok aku esok. dan beberapa hari aku akan cuba rakamkan perjalanan aku di sepanjang perjalanan di borneo...


Sunday, November 27, 2005

Sesuatu tentang cinta... ku menyambung...

ermmm... kekadang aku takut untuk berbicara tentang cinta ini lebih-lebih. ini kerana jika tersalah kata, bahana jadinye dan aku mungkin akan mendapat padah. ahaks.

aku membicarakan semalam, bukan niat aku untuk meragui cinta seseorang tapi, kerana beberapa perubahan yang membuatkan aku terasa sesuatu. bila difikirkan semula... ah... itu mungkin khayalan dan emosi aku yang terganggu. terganggu kerana aku hidup jauh di sini dan terganggu mungkin kerana emosi aku terganggu kerana aku menganggur. bukan aku tidak suka menganggur tapi, menganggur aku ini menyebabkan beberapa hal yang memungkinkan memeningkan kepala aku lagi.

selain tu, perasaan aku terganggu kerana keinginan aku nak ke kl. keinginan membuak. apatah lagi kena cerita dari kawan-kawan aku di sana yang membuatkan aku tidak senang duduk. dan aku tidak pasti bila tarikh tetap aku akan ke sana pulak. aku harap aku boleh bersabar dan dia boleh bersabar untuk menanti kehadiran aku di sana nanti.

akan aku khabarkan pada andai aku telah sampai disana. kita perbaiki apa yang masih kurang antara kita dan kita bina kehidupan bersama kelak. aku mempercayaimu sepenuh hati. dikaulah jantung hatiku kini dan dikaulah yang menjadi pengubat lukaku... hanya dikau bertakhta di hati... mengertilah perasaan ku ini.


Saturday, November 26, 2005

Sesuatu tentang cinta...

Aku copy artikel ni dari seorang member blog aku. aku tidak pasti keadaan dia sekarang ini cemana kerana dulu aku dengar cam ada masalah percintaan ajer dia.

Dia menulis;
dicintai itu lebih banyak tanggungjawab daripada menyintai. sedang menyintai sangat mudah untuk menjalani cinta kerna besar cintanya sendiri adalah satu kuasa yang memberi kekuatan dalam dirinya. cinta boleh mengubah dirinya. melihat kemuliaan dalam setiap kehinaan. berupaya menyempurnakan sesuatu yang dianggap sulit sebelumnya.

bagaimana pula boleh menjadi tanggungjawab yang dicintai, sedangkan cinta bukan paksaan. benarkah cinta itu pertemuan dua jiwa, sedangkan tiada terusik sukma oleh cinta yang diberi. fahamilah cinta, carilah kebenaran dalam setiap kemahuannya. kerna seorang pencinta tiada memerlukan yang lain selain menyintai untuk mendamaikan jiwanya. maka tiadalah cinta jika gayung tiada bersambut, hanya saja jika cinta abadi tidak terbalas bermakna kecintaannya tertutup ditabir keraguannya sendiri.

kerna itu seorang pencinta sukar sekali untuk menyatakan cintanya kerna tidak mahu kecintaannya dibebani tanggungjawab cinta. adalah lebih mudah menyinta dalam diam kerna diam itu damai. hanya bila seorang pencinta menyedari akan keperluan kecintaannya, maka tanggungjawab berbalik pada dirinya untuk menyatakan cintanya, kerna di saat itu dialah bukan hanya seorang pencinta malahan kecintaan pada dambaan hatinya.

jangan mengharap. lebih banyak harapan lebih mudah kita kecewa. sederhana cinta seorang pencinta hanya mengharap damai di kelopak bahagia kecintaan. walau dalam realiti yang sukar. bara kasihnya takkan pernah padam, kerna itulah yang menghangatkan hatinya. menyuntik bahagia dalam damainya, menusuk kekuatan dalam meneruskan kehidupannya.

sepikah hati sedangkan hati dipenuhi cinta. jangan dikocak danau damai oleh kemahuan yang tidak diperlukan. bukan raga jadi impian tapi kasih jadi idaman. tenang bergelora kerna kita memahukan lebih dari cintanya. bukankah hanya kasih sayangnya yang kita perlukan sentiasa bersama kita.

rindu itu melampaui angan dan keinginan kita. rindu itu letaknya dihati. sebagaimana berdetaknya hati bila mendengar namanya. sepertimana bergegarnya sukma ketika menghidu haruman tubuhnya. memakukan raga kita tatkala terlihat sinar matanya. dan rindu mendayu mencuit hati. nikmatilah rindu kerna itulah buah pada cinta yang kita semai. kenangkanlah saat bersama kerna itu saat paling bahagia dalam hidup kita. puaskan rindu dengan airmata jika perlu. tapi setelah itu kembalilah pada realiti, memahami bahawa dia bahagia kerna cinta kita ada padanya.

adalah tanggungjawab bagi seorang pencinta memahami apa yang diperlukan oleh kecintaannya. waima membuatnya benci kepada kita demi kebahagiaannya. jangan pernah memanipulasi cinta dengan cuba memuaskan kemahuan kita. berikanlah cinta dengan ikhlas supaya dia menerimanya dengan ikhlas. jangan menginginkan sesuatu yang tidak dia perlukan. jalanilah ranjau supaya dapat membahagiakannya.

memberi segalanya mmg keinginan seorang pencinta. cuma ada saatnya segalanya bukan yang diperlukannya. memanjakan kecintaan adalah kemahuan pencinta tapi lebih baik menyintainya dalam batas untuk kebaikan dan kebahagiaannya.

cinta itu mendamaikan hati. kerna itu kita tidak boleh menolak rasa cinta yang ada dalam diri kita. semakin kita tolak, semakin hati kita resah dan tak karuan. cinta itu fitrah manusia. Kita dilahirkan dengan cinta. kita diciptakan oleh cinta. maka hidupilah hidup dengan cinta.

benci itu tidak ada dalam kamus seorang pencinta. kerna benci itu sendiri tidak wujud. bila pencinta kecewa, dia bangun semula dengan cintanya. bukan berubah cinta atau membahagi cinta tapi semudah memberi cintanya.

bukanlah bermakna banyak cinta sedangkan cinta itu satu, tapi dalam satu itu ada banyak. seorang pencinta tak pernah berkurang kasih sayangnya. sentiasa memberi dan memberi, umpama menyemai benih yang subur yang terus tumbuh berakar umbi memencar kemana2.

bukanlah juga cinta tidak tetap pendirian sedangkan terlalu banyak cinta harus ditumpahkan. menahan cinta dalam diri umpama menahan cinta untuk diri sendiri. bukanlah mudah memberi cinta sepertimana menerimanya. tapi cinta tidak boleh dinafi kerna wujudnya bukan atas keinginan yang lain, selain mencari damai. maka sebarkanlah cinta dan damaikanlah hati.

Mungkin kita pernah terdengar... "sedangkan lidah lagi tergigit... inikan pula suami isteri..."

dan aku rasa aku boleh tambah... "sedangkan suami isteri boleh bergaduh, inikan pula sepasang kekasih yang sedang bercinta..."

Kenapa aku bercerita tentang cinta ini, semuanya kerana hati dan perasaan. Aku tidak pasti, adakah ini dugaan untuk orang bercinta jarak jauh ini. Aku juga tidak pasti adakah cinta yang aku berikan ini dibalas sepenuhnya oleh dia. sesungguhnya memang ada orang yang mempertikaikan cinta aku pada dia kerana aku baru kehilangan orang yang dikasihi, dan ada orang yang masih tidak mempercayai mengapa begitu cepat aku dapat pengganti.

Hakikatnya aku dah jatuh hati. Jatuh cinta dan bibit kasih dan sayang telah berputik semula. Aku tidak dapat menyembunyikan perasaan aku itu. aku tidak mahu di permainkan dan tidak mahu ditinggalkan lagi tanpa ada alasan yang munasabah.

Aku tidak tahu kenapa kekadang aku takut. Takut akan di tinggalkan lagi. Dan aku tidak tahu apa akan jadi pada aku jika aku ditinggalkan lagi. Sebelum ini, kehidupan aku kucar kacir setelah ditinggalkan dan jika ia berlaku lagi, aku tidak dapat menjangka bagaimana kucar kacirnya kehidupan aku selepas itu. dan apa yang aku risau adalah aku menjadi pendendam cinta.

Aku tidak tahu... mengapa dunia ini selalu menduga sesuatu. Sesuatu tentang kehidupan. Saban hari kita melihat seorang gadis dipermainkan lelaki. Ahhh... lelaki ajer yang selalu dipersalahkan. Isu itu juga selalu di naikkan. Kenapa bila wanita dipermainkan lelaki ada saja yang kasihan. Berbanding jika lelaki di permainkan wanita. Kenapa?

Dan kenapa wanita yang setia itu tidak dipertemukan terus dengan lelaki yang setia? Kebanyakkan kita lihat... lelaki yang setia akan bertemu dengan wanita yang kurang setia dan begitu sebaliknya. Ini yang menjadikan kehidupan ini sungguh complicated. Arghhh... complecated. Tak per biarkan ia berlalu. Kerna aku percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya.


Thursday, November 24, 2005

Tips - Titik ghairah lelaki

Beberapa hari ni, aku masih tak der idea nak posting apa. Dan ntah cam ner aku terjumpa artikel ni dan aku nak simpan dalam blog aku ni. Ahaks. Mungkin korang @ readers rasa otak aku ni kuning. Hak hak hak... tapi, benda ni adalah satu education.

Dan tok readers sekalian yang inginkan banyak tips pasal tumahtangga, leh ler join satu group ni. Dan lepas korang join group tu nanti, baru korang rasa yang memang group tu memang banyak education untuk dipelajari. Group yang aku maksudkan adalah erotika malaysia. (kat link sebelah tu pun ada)

Seperti pesanan owner of the group dalam description pada main page tu;

“Kita digalakkan memperbaiki diri dan menuntut ilmu.. seks juga ilmu rumahtangga. Jangan malu untuk berbincang tentang seks lebih-lebih lagi kami memberi kebebasan kepada anda untuk hide id/email. Boleh guna nama samaran.

Berbincanglah topik kami secara 'terbuka', matang dan saling menghormati demi keselesaan semua. Begitu juga apabila membaca cerita, bacalah dengan 'terbuka', cerita adalah sebuah penulisan kreatif, ambil petua/tauladan daripada cerita tersebut disamping dapat menghiburkan hati dan meredakan ketegangan di tempat kerja.

Saya mengalu-alukan penyertaan anda sebagai penyumbang, penulis, pembaca malah pengkritik laman ini. BUKA MINDA ANDA dan kemudian anda akan sedar kelainan group ini. erotika_malaysia, satu pilihan."

Jadi, aku galakkan korang pun join jugak ler. Just click pada http://groups.yahoo.com/group/erotika_malaysia
Note: aku bukan owner atau moderator group ni. aku just ordinary member ajer.

Erotika Malaysia – Bicara seks secara ‘terbuka’. Satu pilihan.

Dan ni salah satu tips dan bacalah;

LELAKI BUKAN SAHAJA PENEROKA TITIK GHAIRAH WANITA TETAPI JUGA MEMILIKI RAHSIA TERSENDIRI. CUBALAH MENGENALI TITIK GHAIRAH ANDA SENDIRI.TERDAPAT 22 TITIK GHAIRAH BAGI LELAKI.

BELAKANG TELINGA
Ada lelaki yang begitu sensitif dikawasan belakang telinga Jangankan dicumbu malah disentuh saja sudah membuatkan lelaki kegelian . Saat dicumbu ghairah lelaki akan mulai memuncak. Gesekan lidah akan menimbulkan rangsangan yang hebat. Kerana terlalu suka kadang kala lelaki akan memiringkan kepalanya bagi membuka peluang kepada pasangan untuk menjelajah lengkuk yang terletak dibelakang telinga.

TELINGA
Cuba teka kenapa pasangan anda seting mencumbui atau menjilat telinga anda Jawapannya ialah keran asi dia berharap anda akan memberi perhatianyang sama pada telinganya. Menurut penulis buku How to Be A Great Lover, hormon lelaki iaitu testosteron sangat mempengaruhi kepekaan daerah sekitar telinga. Maka tidak hairanlah jika rangsangan pada telinga lelaki lebih berkesan berbanding telinga wanita. Lelaki akan naik ghairah apabila cuping telinganya dikulum atau dihisap.

BAHAGIAN BAWAH TULANG TENGKORAK
Menurut ahli terapi pakar urut profesional biasanya akan mengelak kawasan urat nadi dan saraf yang tidak berotot. Kerana kawasan ini adalah daerah berbahaya dan pantang tersentuh. Daerah ini sangat sensitive terhadap sentuhan . Kulit dibahagian ini lebih nipis kerana banyak saf\raf yang berkumpul. Oleh itu lelaki mudah terangsang apabila disentuh. Sentuhan pada daerah berbahaya yang berada dibawah tulang tengkorak ini
bolen membangkitkan ghairah. Usapan ringan di daerah ini dapat menambah keintiman anda dengan pasangan.

BAHAGIAN BAWAH LENGAN
Ramai yang mengakui sentuhan ringan di daerah ini iaitu dari pergelangan tangan hingga siku cukup untuk merangsang ghairah. Tetapi sentuhan yang terlalu cepat dan kasar tidak
akan menimbulkan sensasi erotis. Ciuman pada daerah ini akan menambahkan lagi rangsangan dan sudah pasti gejolak seks anda meluap-luap.

PANGKAL LEHER
Gigitan kecil ala vampire dibahagian otot besat yang terbentang dari leher hingga kebahu juga boleh memancing ghairah seksual lelaki . Ketegangan pada otot menambahkan lagi nikmat gigitan. Malahan ia kakan membuatkan anda berasa seolah-olah tidak sabar untuk melayar bahtera

ATAS BIBIR
Bahagian muka paling sensitif terletak diatas bibir. Disitulah terletaknya hujung saraf perasa. Sentuhan selembut mana pun mampu membuat anda dalam keadaan aduhai.
Apatah lagi bagi lelaki bermisai nipis. Bahagian ini boleh diusik dengan lidah. Sentuhan-sentuhan lembut seperti bulu ayam atau apa saja benda berbulu dan lembut akan membuat sentuhan lebih bermakna.

KULIT KEPALA
Antara sebab lelaki suka ke salon ialah kerana ketagih urutan di kepala.. Semua lelaki termasuk yang botak akan menyukai urutan dibahagian kepala , kulit dibahagian kepala sangat nipis dan menyimpan terlalu banyak sarag perasa. Untuk melakukannya cuba berbaring di riba pasangan dan minta dia ramas kepala anda. Ghairah anda dijamin akan menjalar.

PUTING
Putting lelaki amat sensitif tetapi ia sering diketepikan. Walhal sentuhan pada putting dapat mempercepatkan proses orgasme. Ia disyorkansupayan pasangan anda meletakkan sebelah tangannya pada dada anda sambil jari jemarinya bermain-main lembut putting dada anda, manakala sebelah tangannya lagi mengusap lembut bahagian perut. Sudah tentu ghairah anda menggebu. Tapi ingat ! walau apa pun yang dibuatnya pada puting anda pastikan ia tidak deperlakukan denga kasar kerana ia akan menjejaskan ghairah.

TAPAK TANGAN
Tapak tangan antaradaerah yang sangat sensitif untuk dirangsang. Urat-urat kecil dibahagian ini begitu peka dengan geselan atau urutan. Jika diurut pada bahagian ini anda akan berasa cukup ghairah seolah-olah anda ingin melakukan hubungan seks ketika itu juga.

JEJAK CINTA
Jejak cinta terletak diantara pusat hingga ke rerembut kemaluan. Kawasan ini jika ditekan secara perlahan-lahan akan membangkitkan sentuhan erotis. Ia boleh dilakukan dengan gerakan melingkar menggunakan seluruh jari( ini boleh dicuba sendiri )

TULANG TONGKENG
Kedudukan tulang tongkeng terletak pada bahagian peling bawah tulang belakang. Daerah ini akan memberi kenikmatan tersendiri jika disentuh dengan lembut. Mengurut daerah ini dengan losyen boleh memberi kesan yang luar biasa kepada anda.

TULANG PINGGUL
Bahagian ini banyak terdapat saraf-saraf perasa kerana letaknya berdekatan dengan alat kelamin. Nafsu akan bergelora apabila kawasan ini diramas atau digigit.

Monday, November 21, 2005

sunyi

erk... lama ajer sunyi blog aku nie. bukan apa... aku pun sunyi dari idea...

dan tengok ler sehari dua ni kalau ada idea bercambah... aku akan menulis...

Friday, November 18, 2005

ape-ape ntah...

Tak banyak issu yang aku nak highlight... sebab aku dah menganggur. Apalah sangat yang aku boleh buat pun. Menganggur dan lepak di umah. Aiseh... cengini rasanya jadi penganggur. Ahaks. Ini semua kerana aku tidak pernah menganggur lagi sebelum ni. Dan bukan niat aku nak berlagak atau apa, tapi mungkin ALLAH dah tuliskan itu ini untuk aku. atas usaha aku, ALLAH appove permohonan aku. agaknya lah aku dapt kerja dengan mudah dari dulu dan bila tak puas hati ajer aku leh pergi saja kemana aku nak. Alhamdulillah syukur kepada ALLAH atas rezeki yang di limpahkanNya pada aku.

Memikirkan kuasa ALLAH, aku terkenangkan arwah tunang aku. Mungkin ALLAH ada alasan kenapa Dia pendekkan jodoh aku dengan dia dulu. Dan mungkin aku perasan atau tak tuhan dah menduga aku, dan ALLAH maha mengetahui jika aku bersama dia, mungkin ada sesuatu yang tidak elok akan berlaku di masa hadapan. Dan apa yang aku katakan aku tidak perasan adalah, mungkin ALLAH cuba untuk memisahkan aku dengan dia yang mana sebelum ni kami sering bergaduh dan bermacam lagi dugaan. Namun, aku tetap setia dengan dia. kerana itu adalah sikap aku untuk setia kepada sesiapa sahaja yang menjadi pasangan aku.

Dan setelah pemergian dia, aku redha serta pasrah dan kini, ALLAH menggantikan seseorang yang lebih baik untuk aku. didatangkan pada aku seorang gadis yang banyak membantu aku untuk meneruskan hidup aku. gadis yang telah memberi satu harapan pada aku dan padaku dia terlalu baik untuk ku. Aku harap dia adalah pasangan hidup aku sehidup semati.

Arghhh.... merapu plak aku... tak pe. Ahaks. Lepas aku baca blog noush, aku jumpa satu posting dia pasal rahsia di sebalik tarikh lahir, yang mana dia pun amik dari blog afzan. Menurut catatan itu, maksud hari/tarikh aku dilahirkan;


”11hb. Nampaknya kamu ni seorang yang amat berdisiplin dalam mengatur kehidupan kamu seharian. Sebab itulah kamu juga mengharap si dia juga bersikap demikian. Namun, tidakkah kamu terfikir, kadangkala hidup ini terasa boring bila terlalu mengikut peraturan?????”

Ahaks. Bila aku baca rasa tergelak pun ada. Kenapa? Sebabnye aku rasa aku ni jenis yang tak berdisiplin. Kalau appoinment selalu lambat. Kalau bekerja selalu tak seperti orang lain, yang bekerja macam nak mati rupanya. Aku jenis relex. Berdisiplin ke tu? Dan seingat aku lagi... aku lah orang yang paling banyak masalah disiplin masa sekolah dulu. Hingga cikgu dah kenal sangat ngan aku. di universiti pun aku rasa sama, sampai ‘pak guard’ selalu saman aku sebab pakaian salah ler, tak pakai id ler, rambut panjang ler. Tu blom lagi dalam class. Pakai slipar jepun ajer masuk kelas. Hehehehe... sah-sah... aku rasa benda ni salah.

Dan aku cuba check-check buah hati aku, apa pengertian hari dia lahir;

“16hb. Kamu ini seorang yang moody rupanya.... Sekejap mood kamu okey dan sekejap pula kamu marah-marah. Ini membuatkan tekanan dan si dia boring dengan sikap kamu itu. Cuba kawal sikit.”

Errmmm aku tak sure betul ke dia moody. Tapi yang pasti dan sepasti pastinya tanpa talian hayat adalah aku tidak pernah boring dengan dia. malah aku cukup senang dengan dia. hepy, gumbira dan sebagainya. Ahaks. Macamana tu?

Wednesday, November 16, 2005

aku di miri

Pagi ni aku bangun lewat sket. Bangun buat kali terakhir dari bilik yang boleh di anggap stor tu. Bangun ajer, terus berkemas dan aku bersiap untuk packing barang dan masukkan dalam kereta aku. kira relex-relex gak ler aku kerja sebab tak nak rush. Bila kenangkan semula aku rasa ok dan bahagia dapat kuar dari situ. Kuar dari dunia yang aku rasa tak selesa sungguh. Hush....

Aku packing semua barang dan sumbat semua dalam kereta aku. lepas tu aku kemas barang kat meja aku. semua angkut masuk dalam kereta. Memang penuh kereta aku. ye lah. Aku pun tak tahu yang barang aku banyak itu dan aku tak peduli dah. Dalam kepala nak balik miri. Di samping ingat aweks aku. ahak...

Kalau tak silap aku lepas bergambar kejap, lebih kurang lepas kul 9 cam tu, aku terus gerak. Pegi ke ecorich park jap nak ambik auntie aku dan balik miri. Dalam perjalanan tu aku singgah jap ke pantai ABF nak tengok mana tau ada benda yang nak dibeli dan di bawa balik miri.

Banyak gak ler ikan yang aku angkut pagi tu. Alah ikan segar baru dari laut. Aku tak kisah. Seingat aku, kitaorang gerak dalam kul 10.30 dari pantai ABF tu. Aku redah ajer guna jalan baru. Aku tak kisah. Kalau blok cam hari tu... aku patah balik je... malas nak redah ladang sawit tu.

Perjalanan tak punya masalah sangat. Semua berjalan lancar termasuk kereta aku... lancar meredah jalan nak ke miri. Alhamdulillah, jalan tak blok. Aku sampai di miri dalam kul 12.00 tghari. Sampai ajer... angkut barang dari kereta dan relex jap. Makan, solat, pastu ke kedai jap. Ahaks aku nak subscribe astro. Sebabnye umah aku blom ada astro lagi. Hehehehe.... semua umah area aku dah ada astro. Aku ajer tak der. Mungkin dulu tak der sapa sangat nak tengok kot.

Lepas isi form aku balik dan tunggu budak installer datang nak install. Tunggu punya tunggu tak sampai gak. Hangin gak aku... melepas malam ni. Aku pi cuci kereta aku jap. Kereta yang dah lama tak cuci.. ahaks... yang pasti setiap masa aku sms ngan aweks aku. amai ku sayang.

Errmmm.... dalam kesempatan ni aku nak ucap takziah pada keluarga kawan aweks aku yang baru meninggal petang tadi. Di pahamkan melalui aweks aku, yang meninggal ni schoolmate dia dulu dan meninggal sebab eksiden. Al-fatihah.

Malam nie. Aku apa lagi. On internet.... check e-mail aku dan tengok apa yang patut. Dan yang pasti aku dah di miri... di Bandaraya Miri.

Esok nak jalan-jalan jap. Nak jumpa kawan-kawan.

Tuesday, November 15, 2005

rumah terbuka

tahun ni... aku rasa cam sedih pun ada. sebab kalau seperti tahun-tahun yang sudah... lepas raya cam ni sure ramai yang buat rumah terbuka dan tak ketinggalan company-company buat open house. ahaks. [open house ke tu ehh? - tak per le konsep sama] dan aku selalu mendapat undangan untuk hadir ke majlis-majlis tersebut. tapi tahun ni, aku masih di miri lagi dan aku tak dapat menghadiri mana-mana majlis yang di anjurkan. banyak dah jemputan yang aku terima untuk hadir tapi, masalah kos dan jarak menyebabkan aku terpaksa menolak.

aku bukan berkira sangat dengan kos sebenarnya, tapi memandangkan yang lepas ni aku akan berpindah semula ke semenanjung, dan aku yakin, aku perlukan lebih wang untuk memulakan sesuatu yang baru di sana. jadi buat masa sekarang ni, memang aku nak berjimat supaya nanti aku tidak kekeringan masa di sana. kalau aku tidak berpindah ke semenanjung lagi, sure aku pergi ke sana... menghadiri hampir setiap jemputan kawan-kawan di sana.

tak pe. mungkin tahun ini bukan rezeki aku kot. dan mungkin tahun depan aku dapat kot. bila terkenangkan kes ini, aku teringat 3 tahun yang lalu, dimana aku mula kerja di company lama aku. aku mula kerja 15 dec [kalau tak silap aku] dan aku bercuti lama di miri ini. dan kali ini ia seperti berulang semula. dan aku harap life aku kembali bersinar dan aku mendapat sinar cahaya baru dan si dia yang bakal menjadi permaisuri aku. [you know who i mean]

BBQ
hari ni, seperti yang aku war-warkan... adalah last day aku di company ni. petang ni ada bbq di opis aku. actually last day sebenar adalah end of this month, tapi company dah 'halau' aku untuk berhenti awal. aku rasa aku tidak salah kerana aku dah beri notis 30 hari seperti yang termaktub dalam perjanjian. tapi, company aku suruh aku tulis surat lain yang menyatakan agar aku resign lebih awal, so tarikh sebenar aku nanti akan jadi 15 nov sebagai hari terakhir.

huh... sungguh kejam dan menyayat hati aku rasa. aku bukan minta apa-apa pun, cuma perikemanusiaan ler sesama manusia. [sesama bangsa - itu pun kalau depa mengaku kita sama bangsa] tapi... seingat aku dulu awal masa nak kerja selalu sebut sesama bangsa... nak tolong bangsa... tapi... ahhh... forget it kata omputeh...

orait... bbq dah nak mula petang ni. nanti aku try to share some photo masa bbq.

Monday, November 14, 2005

bersambung... kenapa aku resign...

Ok. Continue with what I was writing last week on why I want to resign with this company. Actually today, I want to try to write in English not because of what but because I want to try to improve my English. If the following readers feel that my English is bad, please comment.

This morning, my colleague brings me and my engineer goes for breakfast drink. And he straight away asks me why I’m resigned. And he just know the news last Saturday

As what I told to my colleague, I resign is because of the management. The management makes me disappointed and they just treat me like.... I don't know to describe. After a meeting before my raya leave, I already feel that I want to leave the company. I’m very quit sure that I need to leave it. What for, if every time I try to improve myself here but, there is no support and they keep always said…. “Actually, I’m not just looking at your visit or your report, but I want to see some figure on the report and something. This is not enough if no figure.”

What there are expecting for the new people like me and the new experience for me. Last time he promises me that he will support… where is it?

Another is during the management meeting. A company restructure meeting. When I highlight what the problem that we having in Bintulu, immediate everybody point at me. The problem is, I’m young, and less experience, my engineer also young and he just have 1 year experience in this field. But two of us need to see the experience engineer/client to convince them. Our face is still like a kid and not matured enough to convince people. What we can convince is if we approach with experience people. However, when I stress this in management meeting, everybody will tell that… we also like that, people will look down with you but you just ignore it. The person who said that is just a service engineer and in my opinion, for his position that is ok, since is working after the project award. Like us, the projects haven’t start yet and we need to convince client to award the project to us. That is the different between us and the service engineer.

Last time, in my previous company, every project that we follow up, we work together with the management. If I got the problem, my management helps me to solve and most of the time we can solve it. And when comes to tendering as well we always keep together and never said that, “if I’m kl just do by myself.” As far as I remember, during my first year with that company, the management did not stress on the figure yet. For him, it’s too early to judge the performance. But, what I get here, after a month, they already ask on figure. Ahhh…. Suck… what he expects me?

Beside that, I’m not comfort with the place, where I stay here. It is more or like a store and what is my advantage as branch exec? Previously, they said, the company will provide the quarters for me and I did not think that this is how the quarters look like. As I said, it more or less likes a store room. Cooking? Sucks… what can I cook? It’s nothing. Last time even worst, uncompleted kitchen. But after the kitchen complete… this people mix the cooking with the non-halal thing. Oh god… its bad for me. Actually, I’m very concern about halal and non-halal food. So, when this happen to me, I’m very disappointed. Why they don’t understand for the muslim religion. Until today, I’ll do not used any kitchen stuff due to unconfident of the hygiene. Sorry for that.

Just for info, actually I never apply for to work with this company before. As I remember, my mother had talk to my neighbor said that, I’m looking for the job in Miri. And when my neighbor heard that, she asks my resume. My mother pass my resume to her and at the early stage, I didn’t know this company. Even the company name also I never heard before.

And at early stage also, I don’t want to move to this company and after my late fiancĂ© pass away, they start to follow up me and I can’t think carefully. I just accept at that time to move to Sarawak. However, during my last day in my previous company, I felt that I want to pull back my resignation. But I think it’s to late already since, every agreement is already sign off. I just follow the time goes by and at that time. I just think maybe this is my destiny. I also still remember that, during last time, when they follow up on me, they talk very nice to me and now, when I resign, they like don’t border on me. And one of the director who are talk very sweet last time also never call me and say hello or what so ever, asking why I’m resign. Huh…

So, now, I feel ok and waiting to start with my new company. Meanwhile I’ll work in Miri first before they send me to KL.

Kuala Lumpur…. I’m coming again…..

Saturday, November 12, 2005

12:20 hrs

tetiba handphone company aku berbunyi.

"romzi"

"yes" jawabku.

"we accept your resignation but, we want to make some adjustment on the date. mean that the date will be back ward so that next week, you can go already." suara dalam telefon bercakap.

pertama: aku ok bila dengar keputusan untuk aku resign diterima.
kedua: aku rasa sedih, macam pemergian aku di alu-alukan dan memang mereka nak aku pergi cepat dari syarikat itu.
ketiga: dengan keputusan itu, aku terpaksa menganggur selama sebulan. kerana di syarikat baru aku akan melapor diri pada 15 disember 2005.

fine. everything is under control.

kenapa aku resign?
ramai orang bertanya kepada aku kenapa aku resign. hinggakan dalam ada orang komen dalam postinga aku yang lepas menyatakan...
"eh?u nak resign ka ngan xxxxxxxx? tak ok ke kerja sana? so apa u punya rancangan pas ni? U bosan ke kerja ngan xxxxxxxx? baru u tau..... he..he.."

di awal ayat aku tak kisah sangat, cuma pada ayat "baru u tau....." membuatkan aku terfikir, ehhh ada cerita ker disebalik syarikat aku itu. cerita yang mungkin aku tidak tahu...

aku ingin meluahkan di sini kenapa aku resign.
hakikat sebenar, kenapa aku resign masih sangsi, namun hati aku terlalu kuat untuk aku menjauhkan diri dari syarikat ini. hati aku selalu berkata, cari peluang di tempat lain dan cari rezeki di tempat lain. dan kini aku percaya pada kata hati aku. kata hati aku yang membuatkan aku menjadi semakin kuat untuk pergi. pergi meninggalkan syarikat ini dan sekaligus meninggalkan bintulu ini.

sedikit sebanyak kenapa aku lari adalah disebabkan syarikat ini sendiri. terutama barisan yang mengaku diri mereka 'director'. ahaks. kenapa aku menulis begini, ini kerana aku tidak yakin yang mereka adalah 'director' yang punyai syer dengan wang sendiri. pada pandangan aku, memang nampak yang ada sesuatu disebalik itu. kerana setiap tingkah laku, tutur kata dan sebagainya agak lain dari seorang yang bergelar 'director' yang menggunakan wang sendiri untuk mengusahakan syarikat.

selain itu, kenapa aku pergi, masih disebabkan oleh janji manis syarikat. janji manis yang mengatakan "romzi, kami takkan biarkan u sorang, we will support you". tapi, dimana support itu. aku tahu aku baru. aku boleh dikatakan sebagai fresh lagi. kerana walaupun aku punyai experience kerja, namun experience aku dalam bidang yang berlainan. dan aku memang memerlukan support atau sokongan dari pihak management. kenapa aku kata dimana support? setiap project yang aku cari, aku minta tolong mereka yang pengalaman untuk guide aku, tapi mereka kata... " this is bintulu project, you guys try to do this" malah, pernah sekali one of the director pernah call

"romzi, i want to ask you, what is xxx doing?" [xxx adalah salah seorang engineer yang di pindahkan ke bintulu, yang kononnya akan bersama aku]...

sambung...

makna ejaan nama anda

aku tetiba melawat duck dan ternampak posting dia dan dengan selamber aku pun menyalin apa yang dia tulih nie. ahaks.

aku nak tengok nama aku plak...

R - anda seorang yang gemar social.
O - anda seorang yang berfikiran terbuka.
M - kejayaan mudah datang kepada anda.
Z - anda selalu bergaduh dengan seseorang
I - anda mudah senyum dan boleh membuat orang lain senyum.

ohhh... itu rupanya maksud tersirat di sebalik ejaan nama aku. tapi aku rasa ok gak kot. ada kebenarannya. cuma yang 'z' tu aku tak sure lah... sebab aku ni bukan jenis suka bergaduh dan jenis yang tan nak cari gaduh... errr.... takpe-takpe... kepada kawan-kawan aku yang pernah kenal dan tahu aku, korang nilailah aku cemana... apa penilaian korang tentang aku. sila komen kat bawah tu, ok.

errr... kalau nak try just tengok kat bawah tu, makna ejaan nama anda....

A - anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dalam fikiran anda.

B - anda selalu berwaspada bila bertemu kenalan baru.

C - anda ada kelebihan, jangan malu mempamerkannya.

D - anda ada masalah dalam mempercayai orang lain.

E - anda sentiasa seorang yang exited (ghairah).

F - semua orang menyayangi anda.

G - anda ada cara sendiri untuk menilai manusia.

H - anda bukan seorang judgmental, kurang otak keadilan.

I - anda mudah senyum dan boleh membuat orang lain senyum.

J - anda seorang yang cemburu.

K - anda suka mencuba perkara-perkara baru.

L - anda sangat percaya dengan cinta dan mudah tenggelam ke dalamnya.

M - kejayaan mudah datang kepada anda.

N - anda suka bekerja, tapi selalu mahukan kerehatan.

O - anda seorang yang berfikiran terbuka.

P - anda seorang yang mudah berkawan dan mudah memahami.

Q - anda seorang hipokrit.

R - anda seorang yang gemar social.

S - anda sangat broad-minded (fikiran terbuka).

T - anda ada sikap canggih, amat canggih.

U - anda merasakan anda ada ciri-ciri istimewa setanding dengan orang lain.

V - fizikal anda baik sekali.

W - anda suka menyendiri.

X - anda tak akan benarkan orang bagitahu apa yang patut anda buat.

Y - anda selalu penyebab pada banyak masalah.

Z - anda selalu bergaduh dengan seseorang

Friday, November 11, 2005

analisis zodiak aku

Aku terbaca tulisan kawan blogger [credit untuk mend] aku tentang Mengenali Lelaki Melalui Zodiak dan lepas aku membaca terutama yang berkaitan dengan zodiak aku, aku rasa tak semua yang tertulis itu betul. cuma sikit ajer yang betulnyer. meh kita analisis apa yang tertulis mengenai lelaki melalui zodiak...

Aries...

Badannya tidak tinggi tetapi tetap tegap dan kuat berkerja. Pada badannya banyak bulu,suka bergaul, bersemangat dan bercita-cita, menjadikan dia seorang pemimpin.
~romzi~ aku memang tak tinggi pun, tegap - aku rasa tak. kuat berkerja - aku sendiri tak sure, banyak bulu - biasa ajer... suka bergaul - yeah.. itu memang kerja aku... dan aku memang bersemangat dan punya cita-cita selain tuk jadi pemimpin.

Dia lebih suka mengarah,berani dan suka menjelajah.
~romzi~ aku rasa ada gak betul lah... aku suka menjelajah...

Dia tidak tekun ,dia lebih suka memulakan sesuatu tetapi kemudian menyuruh orang lain menyelesaikan kerja itu.
~romzi~ ini, aku rasa tak kot. aku kalau buat sesuatu kerja selalu aku akan habiskan. selagi tak habis selagi tu aku tak puas hati.

Dia mementingkan lahiriah dan mudah bergaul tetapi agak kurang keyakinan ,terutamanya dari segi daya penarik,dia mungkin risau kerana tubuhnya kecil misalnya,kerana ini dia biasanya mencari kawan yang kualitinya kurang berbanding dirinya,dan ini juga menyebabkan dia mudah cemburu dan kurang yakin dalam hubungan dengan wanita.
~romzi~ aku rasa aku tidak memikirkan sangat lahiriah. dari segi keyakinan aku rasa, aku memang lebih dan aku selalu yakin. dan dalam pergaulan, aku tak pernah membedakan siapa aku berkawan, ok ke tak dari segi penampilan. janji hati mau baik. pasal hubungan dengan wanita, aku selalu yakin. andai aku nak aku akan usahakan. ahaks.

Di samping itu dia merupakan seorang yang panas baran maka selalulah timbul keributan dalam hal berkasih sayang.
~romzi~ aku tidak panas baran. aku boleh kawal emosi baran aku. cuma kalau seseorang tu 'merajuk', itu yang buat aku tak senang duduk tu... ahaks.

Padanya cinta adalah amat penting, kerana dia benci hidup keseorangan, dan kerana dia merasa bangga ada orang yang sanggup menyerahkan jiwa raganya kepadanya.
~romzi~ memang aku akui cinta itu penting buat aku. dan aku akui aku tidak suka hidup keseorangan. tapi aku tidaklah sampai bangga jika ada orang yang sanggup menyerahkan jiwa raganya padaku. cuma aku menghargai orang itu kerana sanggup bersama aku.

Ketika mula bercinta dia baik hati, mudah jenaka dan bersukaria tetapi apabila telah lama berkenalan, dia selalu menyakitkan hati, curiga dan marah-marah.
~romzi~ yang nie aku rasa memang tak. sebab setahu aku, walaupun dah lama berkenalan, perkara yang menyakitkan hati, curiga dan marah-marah memang tak ada dalam diri aku. malah aku sentiasa elak perkara itu. prinsip aku dalam berpasangan, bila aku dapat seseorang itu, aku takkan sia-siakan dia sampai dia tinggalkan aku. sebab tu, aku selalu setia pada sorang pasangan aje. ahaks.

so, itu serba sedikit komen aku tentang apa yang tertulis dalam bintang aries tentang diri aku. orang lain aku tak tahu.

Thursday, November 10, 2005

Tender My Resignation

ROMZI SELI
Lot 1186, Jln 4B/2,
Kampung Luak,
Off Jalan Miri-Bakam,
98000 Bandaraya Miri,
Sarawak.

Date : 7 November 2005

Human Resource Director,
Company Name,
Company Address.

Dear Sir

Subject : TENDER MY RESIGNATION

I, Romzi Bin Seli hereby giving you a notice of my intention to leave my position as Branch Executive with xxxxx xxxxx Sdn Bhd, effective from the date above.

My last date of employment will be 30th November 2005.

I wish xxxxx xxxxx Sdn Bhd continued success, and I want to thank you for allowing me to be a part of your team. Please feel free to contact me at any time if I can be of further assistance in helping with a smooth transition.

Thank you,

Yours faithfully,



……………………….
ROMZI SELI

Monday, November 07, 2005

first day kerja lepas raya

aduh... letih... mood masih kurang...

arghh... sebelum ni aku tak banyak upload/post aku punya story... bukan apa, ada masalah nak connect line. tapi aku ada jugak tulis dalam document aku dan ada masa nanti aku upload.

nak relax jap. dan actually aku nak nulih surat resign ni...

Sunday, November 06, 2005

Perjalanan seminggu di hari raya.




Perjalanan

Rabu, aku bertolak lebih kurang dalam jam 7.00 pagi dari rumah. Pagi tu, aku bangun lewat sikit sebab seperti kebiasaan malam-malam sebelumnya aku akan bergayut di pohon telephone untuk memadu asmara. Ahaks.

Sedang aku bersiap mandi dan sebagainya pagi tu, parent aku dah siap simpan semua barang-barang dalam kereta aku. memang parent aku, kalau pasal nak travel ni, diaorang akan cepat punya. Dan diaorang ler yang paling best sebab diaorang yang akan pastikan semua berjalan lancar dan tak tertinggal. Kalau harapkan aku sorang, sure banyak barang yang akan tertinggal atau apa. Setelah mempastikan semuanya ada termasuk adik beradik aku, maka perjalanan bermula jam 7.00.

Aku seperti biasa akan jadi pemandu sepenuh masa untuk perjalanan balik ke kampung. Aku drive menggunakan jalan coastal road yang baru dari miri ke bintulu. Jalan yang licin, membolehkan aku memandu agak laju berbanding dengan jalan lama yang aku biasa lalui dahulu. Tapi sayangnya, jalan baru ini masih punya masalah selepas batang suai. Dan ini yang menyebabkan perjalanan terganggu dan menyebabkan ramai pengguna akan melalui pekan niah untuk ke jalan lama dan meneruskan perjalanan hingga ke bintulu. Aku sampai ke bintulu lebih kurang dalam jam 9.00 pagi. Dalam 2 jam ajer aku drive dari rumah di miri hingga quarters aku di tanjung kidurong.

Sampai bintulu, jalan-jalan sekejap dan pergi ke park city dan kemudian terus ke town bintulu. Lepas segalanya selesai... aku memulakan perjalanan dari bintulu ke mukah. Perjalanan bermula jam 11.00 pagi. Dari bintulu. Lepas aku isi minyak, RM30.00 aku meneruskan perjalanan.

Rupa permukaan jalan yang tidak beberapa elok, membuatkan aku tidak dapat memecut kereta aku dengan pantas. Jika dari miri ke bintulu, aku kekadang boleh pecut hingga 140 km/j, tapi di jalan ini, pecutan maksima yang aku boleh buat dalam 110 km/j sahaja. Ini gara-gara permukaan jalan itu. lebih kurang sejam, kereta aku sampai di simpang masuk ke mukah. Kampung halaman yang bakal aku tujui.

Serosak-rosak jalan tadi, jalan dari simpang ke bandar mukah lagi teruk. Jalan bukit bukau, dipenuhi lubang dan segalanya menjadikan kereta aku semakin menjadi kereta kebal. Kereta kebal kerana jalan yang teruk terpaksa aku redah. Batu yang agak besar dan banyak.

Jika tidak silap aku, aku sampai di depan rumah di kampung jam 2.15 petang. satu pejalanan yang agak meletihkan buat aku dan aku terus mandi tok rehat.

kereta aku berehat setelah selamat sampai di kampung halaman. kotor ajer satu kereta.

Kampung

Tidak banyak yang perlu aku sediakan untuk raya tahun ini. Apa yang aku perlu sediakan hanyalah duit raya sahaja. Duit raya untuk cousin aku, anak buah, tak ramai, lagipun diaorang tidak beraya di kampung, jadi tiadalah untuk mereka. Memang nampak jelas yang apabila raya di kampung arwah tuk nenek aku, persediaan tidak banyak untuk aku sekeluarga nak buat. Semua dah sedia ada oleh makcik-makcik dan pakcik aku di kampung tu. biasanya kami datang nak tolong sket-sket ajer.

aku lihat lemang sedang dibakar. dan untuk kenangan aku, aku menolong sket ler apa yang patut dan dalam masa yang sama merakamkan kenangan aku bersama membakar lemang itu. ahaks. tapi, aku tak berapa reti sangat nak buat persedian untuk membakar lemang ni. ntahler tak belajar, jadi sebab tu aku tidak tahu cemana nak sediakan bahan-bahan nak membakar lemang. kalau takat tolong bakar, tu memang aku boleh ler.

Raya
malam menjelang hari raya, walaupun pada mulanya ramai yang tidak yakin yang esoknye raya, aku pergi masjid untuk solat isyak. tapi aku yakin, esok raya. bagi kami di sini, pengumuman hari raya memang lewat, dan waktu isyak adalah lebih awal berbanding semenanjung. selepas mendengar keputusan esok raya aje, aku masih berada di masjid untuk bersama bertakbir.

pagi raya, aku bangun dengan satu semangat baru. semangat kemenangan sempena ramadhan dan kesedihan meninggalkan ramadhan. kerna aku tahu, ramadhan kali ini, memang aku tidak banyak mempergunakannya dengan sehabis baik. selepas mandi dan bersarapan sedikit - sunat di pagi aidilfitri, aku bersiap untuk ke masjid bagi menunaikan aidilfitri. aku pergi bersama keluarga aku ke masjid boulivard setia raja mukah. selesai solat, kami balik ke rumah dan seperti setiap tahun, maaf-bermaafan dan bersalaman bersama keluarga adalah menjadi satu kemestian. setelah selesai... bersalaman sesama ahli keluarga, aku dan keluarga menjamu selera.

satu yang unik untuk aku adalah makanan aku di pagi raya itu. makanan terhidang memang memenuhi ruang tamu. almaklum ler, keluarga besar... jadi memang panjang ler hidangan itu. dan di depan aku, memang aku hidangkan makanan kegemaran aku. aku tidak menghidangkan lemang, ketupat dan rendang di depan aku tapi umai, udang, sambal, sago, ulam, terubuk masin dan sebagainya yang tradisional. itulah makanan yang aku selalu rindui setiap masa, bila aku berada di semenanjung dulu. dan kini aku bedal abis...

lepas makan, kami bersiap untuk ke tanah perkuburan. kubur yang wajib adalah kubur atuk dan nenek aku.
selesai jer... baru balik rumah dan berehat.

hari raya kedua pula di penuhi dengan aktiviti dirumah sahaja. selepas pak anjang aku sampai, kami buat tahlil arwah sikit dan lepas tu hanya lepak di umah ajer ler.


Perjalanan pulang
balik ke miri hari sabtu. perjalanan dimulakan dari mukah/kampung jam 9 lebih. kelewatan kerana hari hujan dan aku memang sengajakan untuk balik lewat skit. jalan memang agak kurang elok selepas hujan. aku teruskan perjalanan sampai ke airport bintulu sebab nak berjumpa dengan pak ngah aku yang akan ke kampung hari tu, naik flight. lebih kurang kul 12 gak ler sampai. sebab banyak berhenti.

lepas tu meneruskan perjalanan ke bintulu. di bintulu aku lepak sekejap, mandi dan meneruskan perjalanan dalam kul 2 petang. satu pengalaman buat aku apabila, aku melalui jalan ladang kelapa sawit untuk merentas jalan yang di potong untuk maintenance. aku pakai jalan baru dari bintulu terus ke miri. di sepanjang jalan itu, memang tiada masalah hinggalah di kawasan yang aku maksudkan di awal tadi iaitu antara similajau dan suai.

aku sampai di miri lebih kurang jam 5 lebih dan singgah sebentar di rumah saudara aku yang tidak jauh dari rumah aku. waktu sebenar aku sampai di rumah dalam sekitar 6. petang dan terus rehat.

satu kenangan hari raya yang aku kongsikan bersama untuk kenangan di masa hadapan.