Wednesday, June 07, 2006

journey to bokor - a

selasa aku mulakan journey ke bokor aku. bagi yang tak tahu maner bokor tu... ia terletak di perairan miri sarawak. ahaks... kiranya offshore lah ni...

yes. another trip lagi untuk aku. lepas trip hari gawai hari tu cancel. yang ni naik boat dan plan nak wat daily. kira balik hari ler. mulanya nak bermalam di baronia platform tapi, tak jadi sebab dapat boat dari ajang warf yang boleh kejap ajer sampai dan balik. so, naik tu ler. naik boat borcos firdaus 2. boleh tahan gak laju boat ni. dari ajang warf tu terus sampai ke bokor, hanya amik masa sejam ajer. berbanding dari mpa. [mpa = miri port authority] dan baik boat lain.

2 hari kerja di sana, dan pagi ni tadi buat pertama kalinya aku tengok dengan mata kepala aku sendiri mini taufan. taufan tu bertiup dan berputar ke langit. dan lalu terus dan hampir melanggar pelantar kat area aku tu.

aku ada copy dari orang kat situ yang amik video tu. nanti-kalau aku dapat edit aku share sini. wah... satu pengalaman yang menrik buat aku. tengok mini taufan depan mata. selama ni tengok melalui tv ajer.

hari ni just balik. kali ni, akhir sikit sampai darat. lepas kol 9 malam. aku pun dah lengoh. sekarang aku nak tdo dah. babai...

Monday, June 05, 2006

monday blues

letih ajer bangun pagi ni. aku tak tahu kenapa... mungkin pasal letih malam tadi kot.. pergi konsert member dan adik beradik aku. ok ajer ler bagi aku konsert malam tadi. takder aper yang menarik sangat pun. biasa-biasa ajer. aku pergi cuma nak dapatkan suasana konsert lagi... rasanya dah lama tak tgk konsert life cengitu... tu yang pegi tu....

ops... sebelom aku terlupa sesuatu... yang rumah terbuka gawai tu, aku g umah officemate aku dan budak officemate aku. ermm... biasalah... officemate aku tak ramai yang muslim pon... kebanyakkan nya bangsa bumiputra yang bukan muslim. jangan salah sangka yerk pasal mabuk-mabuk tu. ahaks.

ok... lets continue... pagi ni, aku belom dapat confirmation sepenuhnya mengenai trip aku ke offshore dan nak ke kl. aku dah mula rasa tension ngan jadual cengini. jadual yang tak menentu ini. dan dorang akan confirm kan ngan aku petang ni plak nak ke offshore. kalau jadi, kiranya esok akan ke offshore dan tak tahu berapa hari. aku harap aku boleh pergi sehari je dan balance tu budak-budak aku yang buat. senang sikit. ahak. bukan apa, aku nak ke kl nak atend course/seminar pasal autoCAD.

ermmm... harap-harap dapat ler aku ke kl...

Sunday, June 04, 2006

weekend yang panjang

ermmm... aku tension pasal hujung minggu yang panjang ni. lepak tak tahu nak lepak mana dan ngan siapa. alih-alih member aku yang sorang tu gak... nak ke kl, flight pulak tengah mahal... aduh... tertekan gak kekadang ni. pulak tu, kat kl sana, kereta aku kena service. aku dengar ada problem. isk... aper ler nak jadi...

cuti mula rabu. berterusan hingga ke hari ahad. mulanya aku kena pergi ke offshore pada 1st june, khamis. tapi cancel sebab dorang tak ready lagi dan sekarang ni plak aku kena standby. aduh... kenape ler ini berlaku plak.

sabtu dan ahad ni ada fiesta jom heboh tv3 kat miri ni. aku tengok memang ramai sungguh makhluk datang dan tengok siap dari kuching pun ada. huh... tak kusangka... kalau takat dari sabah ok lagi sebab tak jauh mana, ni dari kuching nu... yang drive lebih kurang 15 jam...

aku plak... just jalan-jalan hari sabtu lewat petang tu ngan kawan aku. takder ape yang menarik bagi aku... mungkin aku cam lali ngan pesta-pesta cengini kot masa aku kat semenanjung dulu. ahad ni, aku plan nak g konsert malam tu sebab dah lama rasanya tak tgk konsert... tapi... aku takder member plak nak pergi... tanya sorang, depa kuar ngan pasangan masing-masing dan ada kawan pun tak sure lagi... tgk ler cam ner petang-petang nanti kalau ada sape-sape yang free aku nak ajak pergi... sekarang ni pun tak sure lagi....

malam tadi... pergi rumah kawan aku. dia wat open house gawai dayak. pergi ler ngan member-member biasa aku. aduh... lewat gak balik... dorang ni semua mabuk-mabuk plak malam tu... tensen plak aku. bukan apa, dorang ni mabuk sampai tak ingat dunia... aku malas sungguh ler nak mabuk-mabuk ni... cukup ler mabuk laut tu. ahaks... tapi tak per... aku ok. syukur...

hakikatnya aku rindu sangat nak ke kl. nak jumpa awek aku. rasa dah sebulan aku tak kesana. tapi hakikatnya aku rasa lebih dari sebulan pulak. biasalah tu... sebulan rasa setahun ajer.. ahaks.

well, tengok ler petang ni cam ner... aper yang berlaku... arghhhh... lagi...