Friday, June 24, 2005

CARA RASULULLAH (s.a.w.) MENGELAK & MENYEMBUHKAN PENYAKIT

Tulisan ini sebenarnya aku dapat dari forward orang kat aku. So, sempena hari Jumaat nie, mari kita renung pengisiannya dan dijadikan panduan buat semua. Menurut dari e-mail yang aku terima, petikan nie dari buku "Cara Rasulullah S. A. W. mengelak dan menyembuhkan penyakit" yang disusun oleh Ibnu Qaiyum.


Maksud firman Allah: "Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami(ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunaknnya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.
(Surah Al A'raaf: ayat 179)

PENYEBAB ROSAKNYA BADAN
Perkara yang menyebabkan rosaknya badan iaitu perasaan runsing, gelisah, lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan qiyamullai)

MENERANGKAN PENGLIHATAN
Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitu melihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang/barang yang disayangi dan melihat buah (dedaun). Perkara yang boleh menggelapkan pandangan iaitu berjalan tanpa alas (berkaki ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka (masam), banyak menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.

PENYEBAB WAJAH BERSINAR
Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang cahaya) iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya tanpa ilmu dan banyak berbuat dosa. Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar iaitu menjaga maruah, jujur, dermawan dan takwa.

PERASAAN BENCI
Perkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu sombong, dengki, berdusta dan suka mengadu domba.

PERKARA YANG MENDATANGKAN DAN MENYEKAT REZEKI
Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiyamullail (beribadah di waktu malam selepas tidur), banyak membaca istighfar di waktu sahur (masa sebelum masuk waktu subuh), bersedekah dan berzikir di waktu pagi dan petang. Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitu tidur di waktu pagi, sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan khianat.

KEFAHAMAN DAN INGATAN
Perkara yang boleh menyebabkan rosaknya ngatan dan kefahaman iaitu sentiasa makan buah yang masam, tidur pada tengkuk (belakang kepala), hati sedih dan fikiran runsing. Perkara yang menyebabkan bertambahnya daya ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati, sedikit makan dan sedikit minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan berlemak serta mengurangkan kelebihan yang memberatkan badan.

Saturday, June 18, 2005

Desaru

Image hosted by Photobucket.com

Pintu masuk ke desaru

Dari pagi pikirkan nak pergi mana hari nie. sebab seharian dah dirumah dan dalam beberapa hari nie aku tak buat aper pun. Plan mula nak balik kl awal sebab nak tengok exibition, tapi tak dapat sebab barang dah sampai kat singapore dan tak der saper yang nak uruskan. Ape-ape pun aku terpaksa nak uruskan barang tu sampai ia dah settle sampai ke pasir gudang.

Jadi dalam tengahari aku plan nak pergi ke desaru. Bukan apa, beberapa hari yang lalu, tunang aku ajak nak pergi tengok pantai. Bagi aku, macam desaru ajer tempat yang aku tahu sangat cam ner nak pegi dan area maner. Walaupun pada hakikatnya aku tak pernah sampai lagi ke pantai yang bernama desaru. Yelah sebab selalu pergi ke teluk ramunia. Dan dalam pejalanan ke teluk ramunia aku akan melintasi simpang ke desaru.

So, kitaorang plan nak gerak lepas zohor. Makan dulu kat umah, lepas tu sembahyang dan terus gerak. Sebab tak nak lewat, kalau lewat dah pasti balik nanti lewat jugak. Area tu bukanya dekat. Kalau teluk ramunia aku leh bajet dalam 2 jam untuk sampai.

Lepas zohor ajer, terus gerak ke sana. Aku singgah jap kat desa cemerlang untuk top-up petrol kereta. Lepas tu terus ajer sampai desaru.

Mula aku ingat desaru nie satu tempat yang akan dikunjungi ramai dan lawa. Alah macam tempat peranginan yang lain. rupanya tak der mende sangat.

Image hosted by Photobucket.com

pemandangan pantai

Image hosted by Photobucket.com

orang bermandi di pantai

kat desaru, pantai awam dia, kalau kita nak masuk parking kena charge rm3.00. tapi masa aku tu dah tak der duit kecik yang ada rm2.00 ajer. orang parking tu tak kisah. amik ajer rm2.00 tu. lepak ler kejap tengok pantai. tak der aper sangat. aku tak mandi pun sebab tak bawak aper-aper pakaian. orang tak ramai sangat, padahal petang sabtu.

Image hosted by Photobucket.com

salah satu gerai makan

last sekali sebelum balik, kitaorang pegi makan kat situ jap. saje nak rasa ikan bakar. aku order pari bakar, tapi bagi aku rasanya kurang sedap sebab macam tak masak sangat lagi.
dalam pukul 5, dah gerak balik. sebab tak der ape yang menarik sangat.

Monday, June 06, 2005

Hari Ahad yang lepas... Midvalley Megamall


semalam aku pegi nonton wayang bersama member-member lama aku masa kat utm dulu... tak ramai ler... tu pun aku sorang ajer kumbang... yang lain semua bunga... kita orang tengok Madagascar... alah cerita katun terbitan dreamwork tu... pasal si singa dan kawan-kawannyer...

mula aku tak terfikir nak tengok gak, tapi bila pikirkan yang hujung minggu aku tak buat aper... aku kira oklah pegi nonton itu... lagipun rasa bosan tahap dewa sebab jumaat aku dah cuti pasal birthday agong... so aku ada 3 hari cuti...

malam sebelum tu aku tidur lewat... pi layan AF3, sampai habis... hah lepas tu mata tak nak ngantuk plak... aku pun tak perasan pukul berapa aku tido pagi tu... tau-tau jer aku dah bangun pukul 9 pagi... alamak... 9.00... aku janji ngan bebudak tu pukul 10.00 kat midvalley....

aper lagi aku... lompat terus gi mandi dan siap-siap... dalam 9.30 lebih aku baru kuar dari umah aku... nasib baik jalan clear ajer sampai midvalley dari puchong tu... sampai ajer... aku ingat diaorang dah sampai tapi tak sampai lagi... tapi tak per ler aku tunggu dulu kat depan gsc tu... diaorang cakap dalam train lagi... tak lamer lepas tu diaorang muncul... terus beratur nak beli tiket...

tapi mulanya aku tak bajet yang tiket ader lagi sebab 'q' dah ler punya panjang, lepas tu tengok kat screen tu dah tulis 'limited seat'... ahh... diaorang yang 'q', aku bagi duit ajer untuk beli tiket tu... last-last aku tengok dapat tiket kul 11.00.

aku tanya... nie tak duduk belakang ker?

"tidak" kata member aku...

Image hosted by Photobucket.com

"ohhh ok... tapi aku tak sarapan lagi nie..." aku sound diaorang...

memang betul... pagi tu aku tak sarapan lagi sebab kelam kabut... lepas sampai midvalley pun aku blur nak carik tempat nak sarapan...

diorang buat selamber ajer... ye ler dah sarapan kat umah... aku jer lagi belum...

last-last aku pegi beli sandwich dan set combo popcorn... [air cola dan popcorn]... hahahhahaaa satu tebiat pulak aku sarapan dengan coke... dah ler tu sejuk plak...

Image hosted by Photobucket.com

kotak popcorn nie nampak lawa... tu yang aku bawak balik tu... bukan aper sebab lamer tak pegi gsc... so tak tahu perkembangan... pasal tiket pun aku terkejut sebab dah naik harga...
[ aku rasa ler... sebab seingat aku, kalau aku tengok wayang cuma rm10.00 ajer... nie dah rm11.00]

masuk wayang layan cerita tu sampai abis... seronok gak cerita dia... lepas habis.. aku ngan member pekena pizza... abis pizza, gi jalan-jalan...

bukan aper tunggu member yang sorang lagi... si rafi ler .... lambat datang... aku ingat dia tak datang... last-last datang gak... so kitaorang lepak jalan-jalan kat midvalley sampai petang tu... lepas tu aku pun balik ler dalam keadaan yang seba keletihan...


huh... hari yang ???

Thursday, May 19, 2005

Miri Badaraya Bukan Ibu Negeri Pertama di Malaysia

Miri Bandaraya Bukan Ibu Negeri Pertama
Petikan dari Bernama, 17 Mei, 2005.

pemandangan bandar Miri

Miri, 17 Mei (Bernama) - Tepat pukul 12 tengah malam 19 Mei, Miri, yang terkenal dengan industri petroleumnya, akan diisytiharkan sebagai bandaraya dan sekali gus melakar sejarah tersendiri sebagai bandaraya bukan ibu negeri yang pertama di Malaysia.

Sebelum ini kesemua bandar yang dinaik taraf ke bandaraya adalah ibu negara ataupun ibu negeri dengan yang pertamanya ialah Kuala Lumpur pada 1972 yang merupakan ibu negara dan akhirnya Alor Setar, ibu negeri Kedah pada 2003.

Kenaikan taraf itu menempatkan Miri sebagai bandaraya ke sepuluh selepas Kuala Lumpur, Ipoh, Kuching Utara, Kuching Selatan, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Shah Alam, Melaka dan Alor Setar.

Selain daripada bandaraya bukan ibu negeri yang pertama, Miri menyaksikan pencapaian unik keduanya di negara apabila ia turut melakar jenama tersendirinya melalui identiti tersendiri iaitu "Miri Resort City"


permandangan bandar Miri dari udara.

Untuk menjayakan impian dan wawasannya yang diilhamkan sejak lebih 20 tahun lepas, ia telah membentuk satu agensi khusus, Miri City Incorporated (MCI), untuk membangun dan menjenama Miri sebagai sebuah bandaraya yang bukan sahaja dikenali kerana sumber-sumber petroleumnya tetapi juga kerana tawaran lain yang belum di teroka.

MCI yang diketuai oleh Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr George Chan telah menetapkan matlamat untuk mempromosi dan menarik perhatian dunia terhadap daya tarikan luas Miri daripada segi pelancongan, pendidikan hinggalah perniagaan dan industri.

Menjelaskan lanjut konsep itu, Dr. Chan di petik sebagai berkata bahawa penjenamaan Miri adalah detik bersejarah yang penuh makna kerana belum pernah ada mana-mana bandaraya di Malaysia yang dilancarkan dengan fokusnya semata-mata pada penduduk dan budaya.

Buat permulaan usaha-usaha penjenamaan akan dibuat melalui iklan mulai hari Selasa dengan tajuknya "Saya Anak Miri" yang akan disiarkan dalam akhbar-akhbar harian utama dan juga saluran-saluran televisyen.

Objektif utamanya ialah untuk menunjukkan kepada seluruh dunia yang penduduk Miri dengan pelbagai budaya dan agama adalah aset terkemuka dan mereka dianggap sebagai kebanggan dan jiwa yang menjadikan bandaraya itu unik dan cergas.


suatu senja di Miri

Bagi setiausaha Persatuan Jati Meirek Ujud Abd Rahman, transformasi Miri adalah mengagumkan.

"Kamu bangga dan menyokong sepenuhnya usaha-usaha kerajaan tetapi pada waktu yang sama mahukan kerajaan mengekalkan identiti dan budaya etnik kami," katanya.

Beliau berkarata, bermula sebagai perkampungan nelayan dan pusat perdagangan pada awal 1900-an, bandaraya itu yang pada satu masa dahulu dikenali menikut kumpulan etnik asal di situ "Meirek", telah bertukar manjadi salah sebuah bandar yang sangat maju di Malaysia selepas minyak ditemui pada 1910.

Terdapat banyak cerita bagaimana Miri mendapat namanya tetapi yang paling masyur ialah kolonel Inggeris tidak dapat menyebut "Meirek" dengan betul dan sebaliknya menyebutnya sebagai "Miri" dan sebutan itu kekal sehingga hari ini.

Bilangan penduduk Meirek, yang didakwa kumpulan etnik pertama menjadikan Miri sebagai kediaman mereka iaitu sebelum zaman penjajah lagi, pada masa itu dikatakan antara 6,000 dan 8,000 orang dan mereka hidup dalam penempatan berselerak.

"Setiap orang di neraga harus berasa gembira dan bangga tanpa mengira dari kumpulan etnik mana mereka berasal." kata Ujud.

Beliau berkata untuk membolehkan Miri dikenali di seluruh dunia, persatuan itu berjanji untuk menyokong mana-mana program kerajaan negeri untuk mempromosikan bandaraya itu.



permandangan lapangan terbang Miri pada waktu malam

Perisytiharan status bandaraya bagi Miri akan dibuat oleh Yang Dipertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin pada tepat pukul 12 tengah malam di Taman Kipas.

Pada hari berikutnya, perlantikan Datuk Bandar pertama Miri akan berlangsung di Dewan Suarah dengan pengerusi majlis perbandaran Miri Datuk Wee Han Wen dijangka dilantik sebagai datuk bandar pertama bagi Miri.

Wednesday, May 18, 2005

MIRI - bakal menjadi bandaraya menjelang 20-05-2005

beberapa hari nie aku tertengok dalam tv ada beberapa iklan mengenai miri. uhhh... dia iklan pasal miri tu...
untuk sesaper yang tak tahu dimana miri? ia terletak di sarawak, atau dengan lebih tepat lagi di utara sarawak.

apa yang membuat aku tertarik untuk masukkan dalam blog nie bukan apa, pada 20 may 2005 atau dengan tulisan 20.05.2005, miri akan di angkat menjadi sebuah bandaraya. bandaraya pertama di malaysia yang merupakan bukan ibu negeri. dan ia merupakan satu kebanggaan buat semua orang miri.

walaupun aku bukan dilahirkan dimiri, namun aku dibesarkan dimiri semenjak aku berusia setahun lagi. pada aku miri mempunyai banyak kelebihan dan kemajuan yang aku sendiri masih mencarinya. kekadang aku berasa malu juga dengan teman-teman di luar miri, bilamana mereka bertanyakan miri. pengetahuan aku tentang miri amat cetek sekali. jadi aku harapkan selepas miri bergelar bandaraya, ia akan lebih terkenal di mana sahaja di malaysia nie khasnya dan di dunia umumnya.

Kat bawah nie ada beberapa gambar yang aku dapat dari miri. indahnya miri jika di dalam gambar. dan aku pun tak tahu bila aku akan kembali ke miri untuk menabur bakti disana. aku harap suatu hari nanti aku akan kembali ketanah asal ku. betapa aku merindui miri dan betapa aku ingin kembali ke miri.

Gambar yang di ambil di sekitar pesisir kampung luak miri. tempat aku di besarkan


di hujung kampung luak terdapat sebuah tanjung yang dinamakan 'tanjung lubang'


permandangan bandar miri diwaktu malam

E8-DR-A Topsides

Satu pengalaman baru buat aku kerana selama nie aku hanya terlibat dalam bidang jualan dan promoting ajer. So, sekarang nie bukan tu ajer yang aku kena buat tetapi kena buat testing dan commissioning jugak. Nie gambar yang sempat aku amik masa buat ckecking kat atas module tu dulu. Banyak jugak problem yang aku face sebab installation tak complete lagi. Tapi pasal tu bukan masalah aku. Installation orang lain yang buat. aku hanya tahu datang dan check system aku lepas tu test. bila on ajer, semua ok mean success.


so jumpa lagi dalam project lain. Aku ada dapat beberapa project untuk SSB. Untuk PCSB nie payah gak aku nak dapat. aku pun tak tahu kenape? politik aku tak hebat kot. ntah ler.

Tengah perbetulkan termination cable untuk aku punya devices.

Monday, May 16, 2005

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum...

Sempena Hari Guru Hari nie aku nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru yang pernah mengajar aku tentang susah senang dalam pelajaran.

Pengorbanan semua tidak dapat ku balas.

Nie gambar kenangan masa form 4 kat SMB St. Joseph Miri.

Monday, March 14, 2005

Ehhh... dah lamer aku ilang

Emmmm..... lama benar rasanya tak menulis dalam blog nie... bukan apa masa kekadang amat payah nak cakap... sekejap di kl kejap di johor. itu yang membuat aku tak terurus sangat apa yang aku nak buat. Kali terakhir aku menulis awal march lepas. tu pun aku curik-curik mase sket sebab nak luahkan sangat aper yang tertulis. Walau apapun itulah luahan hati aku sket.

Hari nie Monday... memang rasa malas dan letih nak pegi kerja... hujung minggu tak buat aper pun selain mengemas umah... cheh tak tahu nak buat cam ner... esok menjelma lagi.. ntah cam ner ntah...

Pagi tadi aku try call Best Wide Engineering Sdn Bhd. nak set appoinment nak promote barang aku... tapi tak dapat. pas tu try nak call ader satu company nie... tu pun tak dapat... last-last aku ke Serdang ajer pergi hantar tender untuk dapatkan proposal.

Petang nak prepare final doc sampai la nie... tak siap lagi ntah esok leh abis ke tak.

Chears,

Thursday, March 03, 2005

Perjalanan yang meletihkan

Aku baru ajer balik dari kl petang nie tadi... pagi nie tadi ker Putrajaya nak pi JPA... nak settlekan masalah pinjaman JPA yang aku buat masa zaman diploma dulu. dan dalam masa yang sama nak settlekan masalah pinjaman ira jugak...

satu berita yang agak baik jugak yang orang kat JPA tu suggest supaya buat surat rayuan untuk pengecualian pembayaran balik pinjaman tu... wah satu yang menarik... tapi tak per... nanti try.

lepas tu aku withdraw duit nak bayar hutang piutang... mula carik amfinance... jumper ler kat sri petaling... dalam keadaan hujan yang lebat masa tu... nak tak nak kena pegi gak bank tu... pas tu nak cari rhb atau bank islam... tapi tak jumper... last2 drive terus ke kl... pi parking kat nikko hotel... maner ler tahu dapat kejar rhb lagi... tapi malangnyer dah close... aku pun bayar citibank ajer ler... lepas tu terus ke celcom, bayar bill yang tertunggak. aku pun tak tahu nak buat cam ner ngan bill celcom nie... aku tak guna pun tapi tetap kena bayar... tu yang sadis buat aku tu... sebab package yang aku amik dulu menyatakan guna tak guna aku tetap kena bayar banyak tu... so every month... tertunggak dan terus tertunggak... sampai la nie...

lepas bayar terus pi lowyat... wah tak ku sangka aku leh jumper ngan abang yus... lamer giler rasanyer aku tak jumper dia dan dalam masa yang sama aku dah lost contact ngan dia... pergh... dah kawen dah mamat tu... so tukar contact no dan dia blah... aku tengah nak carik catridge untuk opis aku... sebab catridge kat opis nie dah abis... dan balik-balik ajer dah petang... time pick hour plak tu... pergh....

itu lah yang aku nak katakan perjalanan yang meletihkan...

chears....

romzi... di meja opis...

Thursday, February 17, 2005

Hujan petang nie

aku tengah sibuk di opis buat kerje aku... tetiba aku dengar ajer bunyik cam rintik-rintik kat atas bumbung opis aku... alamak... nak ujan ker nie... poning jugak kalau ujan nie... bukan apa lama dah rasanya tak ujan kat tempat aku nie kot... risau gak...

tapi sebelum nie kalau tak silap aku ler memang dari christmas dulu dah tak der ujan... tak tahu ler sepeninggalan aku outstation ke johor dan miri. tapi susah benow nak tengok ujan... ingat aku sekali ajer dulu masa aku outstation ke miri... masa aku nak balik... dah check-in kat airport baru ujan turun... pergh... risau gak kang tak pasal-pasal flight delay... letih gak tu... sebab kang sampai lambat ke jay bee.

beberapa hari nie memang terasa sangat panasnyer... sampai tidur malam pun terasa panas... walaupun tido bawah kipas aku kena belenggeng gak... tu pun basah gak belakang sebab berpeluh... pelik jugak aku... tapi petang nie.. ujan lebat... siap ngan petir skali... risau gak aku nie... kang ujan teruk...

Sekarang nie masih kat opis lagi buat keje dan nak prepare aper yang patut untuk travelling next week... next week aku ke jay bee lagi nak buat testing and commissioning project aku kat mse... huh tu baru satu project... ada satu lagi kat tempat yang sama... letih kepale... badan jangan cakap ler... kekadang longlai ajer... walauapapun kena buat gak...

ok nak balik ler plak... sebab risau ler tengok hari cam nie.. kang tak pasal-pasal air naik ker aper ker... tak ker payah... okey geng... gerak dulu...

pinggir meja opis.1650hrs.