Friday, February 09, 2007

gambar zoo dulu2

dulu rasanya aku ada cerita yang aku ke zoo, dan sekarang saksikan gambar itu... tak banyak ler...


untuk gambar-gambar yang lain, boleh ler berkunjung ke romzie.fotopages...

Sunday, February 04, 2007

anugerah bintang fofular

huh... saje je aku nak menyemak sini nak hapdet pasal benda alah ni... isk... tahun ni mawi lagi yang menang... aku mengharapkan apek yang menang... tak tahu ler nape... aku minat sangat ngan si apek ni. kena plak gitu-gitu apek di pagi era tu buat aku gelak sorang-sorang. well, ini result panas yang aku perolehi setelah pra-tonton di depan tv. ahaks.

  1. pengacara tv lelaki popular – aznil nawawi
  2. pengacara tv wanita popular – fara fauzana
  3. penyanyi nasyid popular – rabbani
  4. penyampai radio lelaki popular – halim othman
  5. penyampai radio wanita popular – linda onn
  6. artis komedi lelaki popular – saiful apek
  7. artis komedi wanita popular – shiela rusly
  8. artis baru lelaki popular – faizal af4
  9. artis baru wanita popular – farahwahida
  10. pelakon tv lelaki popular – rosyam nor
  11. pelakon tv wanita popular – fasha sandha
  12. artis berkumpulan/duo popular – jamal & mawi
  13. penyanyi lelaki popular – mawi
  14. penyanyi wanita popular – siti nurhaliza
  15. pelakon filem lelaki popular – saiful apek
  16. pelakon filem wanita popular – fasha sandha
  17. anugerah khas bintang popular – datuk jamil sulong
  18. anugerah biduan veteran – jefrydin
  19. anugerah seniwati veteran – datin umi kalthum
  20. anugerah bintang paling popular – mawi
p/s: kekawan semua... sorry ler kalau aku jarang update dah lately ni... keadaan aku agak bz sekarang ni dan kalau ada update pun mungkin dalam fotopages aku. almaklum ler dah mula nak minat dalam fotography... free-free tu jenguk ler fotopages aku dan beri komen di sana...

Thursday, January 25, 2007

kamera

aku terbeli benda makhluk ni....

foto source : dpreview.com

mulanya aku tak terfikir pun nak beli... memandangkan keadaan kewangan aku yang tak menjadi ajer kebelakangan ini. dan awalnya memang aku target nak rembat slr bukan compact. alih-alih bajet lagi tinggi.. akhirnya terbeli jugak benda alah ini dengan tidak sengaja...

boleh ker aku belajo tentang dunia foto ni? dan boleh ker aku paham benda alah ni... aku rasa boleh... sebab semua kerana minat. kalau takder minat takkan menjadi... tak kira ler aper jenis camera pun. aku tahu orang akan gelakkan aku, kalau pakai compact bawak tripot besow... hehahahha... aku dah agak...

aku membayangkan, aku bawa tripot besor... lepas tu ngan camera bag yang besar gak. pasang-pasang tripot last sekali pasang camera. alih-alih nampak compact ajer. ingatkan guna "penembak" besar ngan lens 400mm ker... rupanya... aduh... tapi takper ... akan aku buktikan...

Tuesday, January 16, 2007

wehh...

aper dah... tak abis-abis kutuk cerita itu ini... ape dah... merapu keng merapat serapat... cheh... merapu benor dah ni...

aku dah mula minat dengan foto... maksud aku mengambil foto. dulu aku minat art, tapi nak amik gambar ni tak sangat sebab dulu aku ingat, modal cam besar je... sekarang ni dengan teknologi digital... leh save sikit. tapi aku takder basic ke mende pasal benda alah ni. aku pun poyo melancarkan fotopages aku. tapi berbulan berkulat ajer. dan aku nak active kan semula dan nak jadikan itu fortfolio aku dalam dunia foto ni. aku nak cube try test plak.

hakikat sebenar, aku minat dunia seni, dan foto pun cabang seni... kalau tak caya aku minat seni ker tak, tengok result spm aku. pendidikan seni tu ajer satu-satunya yang dapat pangkat satu... yang lain paling baik pun tige ajer. dan yang membanggakan plak, masa spm dulu aku tak pernah masuk kelas pendidikan seni dan tak pernah belajar secara formal apa itu seni. semua melalui pertanyaan si mulut becok aku ni...

seingat akulah kan... masa sekolah form 4 & 5 dulu, aku dilarang untuk masuk kelas pendidikan seni. yea lah, aku dak sains dan seni tu tok budak sastera. - itu kata cikgu pendidikan seni sekolah aku. dan aku di larang keras untuk mengambil paper seni dalam spm. alasan ciktu tu, kang reputasi sekolah jatuh kalau aku gagal. target dia takder student gagal. dan aku tak layak tok seat exam. sebab aku tak masuk kelas.

akhirnya dengan penuh riak, selepas keputusan keluar... aku berlagak depan cikgu yang menghalang aku tok amik exam seni dulu. diam dia...

huh... melalut ke aku ni... biarlah... untuk suka-suka aku... kalau orang menyampah nak baca, tak yah baca... tapi kalau orang komen dan kutuk aku... maka berbangga lah aku kerana ada jugak makhluk yang mengikhtiraf penulisan aku. macam makhluk yang kutuk english aku dulu... bangga sih ada orang kutuk... bukan senang.... nak dapat kutukan dan kritikan cam tu... hehehehe....

Monday, January 15, 2007

second posting of 2007

aku tak tahu, 2007 ini akan memberikan satu permata atau kaca buat aku. ini posting kedua dan rasanya dah separuh bulan berlalu, namun aku masih seperti dulu. separuh bulan ini juga menunjukkan tiada apa perkembangan dalam blogspot ni dan seumpama aku dah mula layu. layukah aku? dan alasan biasa akan terbina... bz... atau bahasa yang agak biasa jugak... sibuk ler... yea ker aku sibuk? hampeh betol ler pengutuk itu... arghhhhhhhhhhhh....

2007, aku rasa air mata dah membeku dalam alur-alur mata... setelah beberapa tahun yang lalu ia terbocor. terbocor kerana suka duka, pedih pilu dunia kehidupan... selain meredhai ujian ILAHI. 2006 yang lalu, air mata mula kering, air mata sudah tidak selalu bergenang lagi... ia dah mula tegar... tapi, kenapa akhir 2006 ia kembali pecah. air mata kembali berlinang semua dikala, hati mula merasai kenikmatan hidup. kembangan hati mula mengecil laksana airmata yang bergenang itu.

jika memang telah ditakdirkan untuk air mata aku semurah itu, aku akan terimanya dengan hati yang terbuka. jika memang dah tertulis dari azali, memang itu ujian untuk aku, maka dengan hati yang terbuka dan penuh redha aku terima. aku tiada kuasa altromen atau superman atau cicak man untuk melawannya... aku hanyalah hamba abdi yang sentiasa sujud padaNya.

aku tidak tahu bila air mata ini benar-benar akan tersimpan dan keluar tatkala hati mengembang. ku harap suatu petunjuk akan muncul memberikan aku satu sinaran agar aku tidak terus menerus begini.

tuhan, bantulah hamba mu yang hina dina ini... tiada daya untuk aku melaluinya lagi melainkan dengan kehendakMu. kau maha berkuasa...

andainya...
benarlah apa yang diperkatakan... aku dengan rasa penuh tawadduk dan rendah diri... sedia menerima ketentuan itu, dan sedia sekali lagi untuk menyimpan rahsia itu dari pengetahuan mereka... ibubapaku. kerana aku sayang dia... aku tidak mahu kehilangan dia...

jika hilang, biarlah hilang bersama daku, kerana aku...

Wednesday, January 03, 2007

selamat tahun baru 2007

selamat tahun baru 2007 untuk semua...

hari ni aku baru je masuk kerja selepas cuti yang panjang dan aku nak kena siapkan beberapa kerja yang tertunggak lagi ni... so nanti aku update lagi cerita... lagipun kepala dah jem sket ni...

Tuesday, December 26, 2006

Selamat Hari Krismas

mungkin belom terlambat lagi untuk aku ucapkan selamat hari krismas kepada warga malaysia yang berugama kristian terutama sekali pada kawan-kawan aku yang tengah celebrate sekarang ni. ermmm... mungkin kat semenanjung ni tak ramai kot, tapi kawan-kawan sekolah dulu memang ramai, malah office mate aku di miri pun ramai. so, sekali lagi aku ucapkan selamat menyambut hari krismas dan selamat tahun baru.

krismas ni, tak banyak sangat aktiviti yang aku lakukan melainkan mengabiskan masa bersama yang tersayang. plan awalnya kami nak ke cameron highland, tapi bila fikirkan keadaan kereta aku yang tak service lagi, aku tak berani sangat nak pergi... ye lah... takut apa-apa yang berlaku di sepanjang perjalanan nanti sapa susah. aku ler jugak. dah ler kereta company... selambe plak aku nak lenjan.

akhirnya, kami ke zoo negara. ahaks. masa awal nak decide ke zoo negara tu, puas kami fikir anak sapa nak bawak tok cover line. hehehe... konon bawa budak ler nak tengok binatang tu, last-last semua anak buah takder. kami pun pergi ler berdua ajer. punya lah ramai orang yang pergi hari tu. kami pergi pagi, pun dah ramai. masuk lah kami berdua sambil menikmati keindahan haiwan. ahaks.

sampai tengahari gak ler kami menghabiskan masa kat zoo tu. letih bangat si.... lepas abis je, kami sambung lagi jenjalan seharian. membeli belah dan bawa awek aku ke sungai buloh tok cari bunga dan ikan. tok simpan kat opis katanya.

Thursday, December 21, 2006

sama ke?




Kim Rae Won is a Korean-born actor and model who started his career as a teenager in the television series Me with Ahn Jae Mo. His childhood dream was to become a basketball player but his dream was shattered when he hurt his ankle tendon while on a basketball drill. When he first started acting, Kim was considered just another of the good looking and well built newcomers. However his serious take on acting and his maturity did eventually set him apart. He starred in the movie Plum Blossom with actress Bae Doona in 2000.

Friday, December 15, 2006

???

aku letih.... bak kata omputeh, tired. adeh.... bukan letih aper tapi letih otak nak berfikir....

aku baru ajer bali dari johor malam tadi. pergi hari selasa hari tu. pergi sorang, memang meletihkan malah semalam pun aku tdo kat machap kejap sebelom teruskan perjalanan ke kl smule.

sabtu ni nak ke miri plak. ntah ape tah, tetiba pak ngah aku call malam tadi suruh balik. dan ayah aku pun call, malah pagi tadi pun call lagi suruh balik. adeh...

duit aku dah abis tok beli tiket dah. ye lah, musim cuti sekolah dan nak krismas ni, tiket memang mahal giler.

Friday, December 08, 2006

vacancy...

SALES & SERVICE ENGINEER / TECHNICIAN

An established company serving the Oil and Gas industry is looking for suitable candidates to fill the above position.

Min requirements:-
  • Diploma/Degree in Electronic/Electrical/Telecommunication
  • Possess good communication and interpersonal skill.
  • Willing to travel and working under min supervision.
  • Candidates without the above discipline but with some working experience in Oil & Gas related Industry may also be considered.
Interested candidates please send your
application together with detail resume to:-

rs.romzi[at]tm[dot]net[dot]my.