Sunday, November 12, 2006

raya akan berlalu pergi...

pertama sekali, mungkin belom terlewat untuk aku ucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin tok semua. pada tahun ni, aku beraya di kampung nenek aku di mukah. awalnya, ada gak plan nak jumpa si carney dan iemah sekali di mukah, tapi masalahnya, si carney kejap ajer dimukah dan lebihnya di igan [kampung halaman dia]. si iemah pun sama masih di miri, macam aku. tapi tak pernah jumpa pun. hehehheee... akhirnya tak jumpa pun sesapa.

jika di lihat pada jadual perjalanan aku sebelom ni, memang agak ketat masa bulan puasa tu. masa tu gak ler aku traveling sana sini. dan perjalanan yang terakhir sebelom raya tu yang buat ramai member-member aku menyangka yang aku akan beraya di perantauan. ye lah, 18 oct tu, ramai kawan-kawan aku dah balik ke kampung halaman, sedangkan aku baru nak fly ke luar dari kampung. hehehe... dan balik semula ke miri pada 20 oct tu.

hari sabtu tu, aku terus ke pusat service kereta tok service kereta aku. sebab aku dah plan nak balik ke mukah raya tahun ni. mungkin ni terakhir kot... mana tau tahun depan raya umah mertua. service pun lama gak, even aku pergi pagi-pagi sebelom kedai tu bukak lagi. tapi tak per... sekurang-kurangnya aku rasa selamat sebab dah di service.

hari ahad aku relex dulu di miri sebab nak buang keletihan berjalan naik flight dan segalanya dan prepare tok drive ke mukah hari isnin. isnin tu plak, bukan awal pagi kami bertolak, tapi dalam kol 9.30 pagi, lepas aku ke office kejap tok hantar report dan sebagainya.


ni gambar masa kami berhenti kejap di bintulu. masa tu dalam kol 1115 kalau tak silap aku. actually, drive dari miri ke bintulu amik masa 2 jam, pada kelajuan normal. dan pada kelajuan yang dibenarkan kerajaan plak, ianya akan mengambil masa lebih kurang 3 jam. sebab kelajuan yang dibenarkan kerajaan untuk jalan persekutuan adalah 90 km/j ajer. kena 'ops sikap' kelajuan menjadi 80 km/j ajer.

tapi, aku rakyat yang melanggar perintah itu, menggunakan sebaik mungkin kemudahan di jalan raya itu. hakikatnya dah sunyi dah. yea lah, orang ramai balik hari sabtu dan ahad. dan hanya sorang dua ajer yang akan balik isnin tu. last day before raya.

sampai di mukah lebih kurang kol 1.30 petang. dan dari bintulu ke mukah pun, perjalanan normal adalah 2 jam setengah. pun sama, aku jalan ajer.

sampai di mukah, dah tengok orang buat persediaan tok raya. makcik-makcik aku pergi buat rendang, ketupat, rendang, kari dan sebagainya tok hidangan di hari raya.

raya tiba lagi. hari selasa. pagi-pagi bangun sarapan aper semua dulu, then ke masjid setia raja mukah. [dalam blog carney ada gambar masjid tu]. lepas sembahyang raya, kami balik ke umah dan bersalaman sambil bermaafan antara semua. kesian kat budak-budak, tahun ni aku bagi duit raya lambat. sebab takder duit kecik. yang ada semua dalam note 50 jer. takkan nak bagi ngan dorang note 50 sorang. kopak aku. hehehhee...


gambar yang kecik reramai atas tu adalah gambar aku dan sepupu aku. tu semua sepupu aku yang berjaya datang. ada ramai lagi yang tak datang sebab mak ayah dorang tak datang. dan aku tak segan nak cakap, yang aku tak kenal semua sepupu aku tu. hehehe... ada diantara mereka aku jarang jumpa dan nama pun aku tak tahu. tapi sekurang-kurangnya aku tahu itu anak siapa. hahahhaa...

dan seperti biasa, ada sedikit doa selamat pagi tu, menandakan kejayaan menempuh ramadahan sebulan dan sedikit bacaan doa tok kesejahtraan bersama nanti dan hingga boleh berjumpa di raya yang akan datang.

dah selesai seisi kat umah, seisi kat kubur plak. mula pergi kubur atuk nenek sebelah mak aku. sebab atuk nenek sebelah mak aku ramai yang di mukah. kalau belah ayah aku, kebanyakkannya di miri.

lepas habis je di tanah perkuburan, kami sekeluarga ke oya. satu lagi kampung, di mana nek usu aku tinggal. nek usu ni, kira nenek yang balik bongsu ler. ni belah ayah.

dah sampai lepas zohor gak ler kami kat sana. then balik ke mukah semula. perjalanan dari mukah ke oya lebih kurang sejam ler. lagipun jalan kampung dan kecik. bahaya laju.

di mukah, jalan-jalan umah sedara dan makcik aku. sampai nak maghrib dah. bukan apa, kami semua cuba sebanyak mungkin rumah saudara nak pergi, sebab esoknya rabu, kami dah balik miri. jadi perjalanan pun sampai ke malam gak ler. aku malam tu, rest.

raya tu gak, aku pergi umah salah sorang pakcik aku yang kerja polis di bintulu. dia tanya, berapa kelajuan aku bawa kereta? sebab dia tahu, aku bawa memang laju. then dia cakap, lepas raya nanti tengok-tengok ler, kalau dapat saman. sebab di sarawak ada 3 lokasi utama ops sikap. bintulu, sibu dan sri aman. dan aku akan berkemungkinan tok kena di bintulu.

tapi beberapa hari lepas aku check kat internet tak der saman. syukur ler. tak tahu ler kalau tak update lagi.

rabu, lewat skit balik. ujan plak pagi tu. perjalanan balik tu, aku bawa kereta slow-slow ajer. hehehe... sayang ma, kalau kena saman. terbang 300 ringgit. no discount. sampai bintulu, pergi beraya lagi kat sana. 2 buah rumah ajer, then diteruskan perjalanan balik ke miri. sampai miri aku dah letih giler. terus tdo je. malam baru bangun.

khamis, terus ke kubur atuk nenek belah ayah plak, di samping jalan-jalan ziarah keluarga di miri. ye lah.. masa aku agak terhad tahun ni.

jumaat dah aku kena outstation. aku akan terbang ke london.

cerita raya aku agak pendek, kerana tak banyak yang menarik bagi aku tahun ni. harap tahun depan lebih menarik berbanding tahun ni.


No comments: