Saturday, July 30, 2005

cerita pasal kerja

mmmmm... satu minggu terasa terlalu cepat berlalu. dan secara tidak langsung ia mendekatkan diri aku pada tarikh kepulangan aku ke negeri kelahiran aku. walaupun terasa sedih kerana terpaksa pergi meninggalkan 'lubuk' ini, tapi 'puak' telah bersuara [perkataan "'puak' telah bersuara" itu aku ambil dari siri 'survival' dulu]. dan dengan itu jugalah aku terpaksa meninggalkan syarikat yang aku kerja sekarang ini [petro-excel sdn bhd]. banyak jasa syarikat ini terhadap aku, dan syarikat ini jugalah yang telah memberi satu jalan baru dalam hidup aku untuk aku merealisasikan impian aku untuk bergelar 'businessman' suatu hari nanti. menang aku sungguh bersyukur sangat, bila mengenangkan pada bulan desember 2002 dulu, dimana pengurusan syarikat ini telah memanggil aku bekerja bersama mereka untuk membantu membangunkan cawangan semenanjung ini. dan peluang itu memang tidak aku lepaskan.

mengenang kembali zaman awal penglibatan aku dalam dunia pekerjaan, yakni setelah tamat pengajian dulu, aku memang akui yang bidang kerja aku tidak pernah lari dari bidang jualan dan pemasaran. ya. itu jugalah yang menjadi batu loncatan untuk aku mencari cara dan pengalaman untuk memulakan perniagaan. memang pada awalnya cabaran itu amat besar.

aku mula dulu, yakni dalam bulan april 2001, [setelah tamat pengajian 'rendah'] aku bekerja di sebuah syarikat jualan. masa tu aku sebagai 'sales executive'. tugas aku jual kad-kad discount, promosi astro, buku-buku dan memacam lagi produk. ahhh bagi siapa yang di kl ini, pasti pernah berjumpa dengan aku di tepi-tepi jalan. kerana 'market' aku adalah di sepanjang jalan. aku berjalan kesana-sini, tegur orang sana sini dan promote barang aku. maki, caci, kutuk, herdik, tengking memang aku pernah rasa. biasalah ramai orang [dari segi pemerhatian akulah] akan berasa kurang senang dengan 'mereka' ini. kerana bagi mereka, golongan penjual seperti kami ini adalah golongan yang 'rendah' dan tidak berpelajaran. atau ada yang mengatakan bahawa golongan seperti kami ini terdesak sebab tidak dapat kerja berjawatan baik. duduk dalam perjabat, ada air-cond.

namun bagi aku semua itu karut, setelah beberapa bulan aku bekerja. disitu aku belajar erti kepayahan seorang peniaga. erti susah senang nak dapatkan jualan, nak achieve target dan nak dapatkan untung yang berganda. [bukan macam sesetangah itu, ali baba aje.] lepas kerja itu aku dapat tawaran jadi 'sales engineer' dah naik satu level lagi.

sebagai sales engineer, kerjaya ini lebih profesional sikit. bukan aku bermaksud sebagai penjual kaki lima ini tidak profesional, tapi market atau pasaran aku akan lebih specific lagi. ini kerana sebagai jurujual yang lama dulu pasaran aku tidak tetap. siapa saja yang bergelar manua, maka dia layak sebagai prospek seterusnya sebagai pelanggan aku. namun berbeza selepas itu, dimana aku mula berurusan dengan syarikat-syarikat besar. gaya pun berubah. pergi pejabat, sedia proposal, jumpa executive yang terlibat sahaja. masa itu syarikat yang aku wakili adalah untuk menjual pam untuk industri. jadi, engineer lah pelanggan yang harus aku temui dan prosesnya banyak. bukan engineer itu yang akan beli dengan duit dia nanti tapi syarikatnya yang membeli. disitulah peranan aku untuk meyakinkan engineer dan syarikatnya bahawa produk aku adalah yang terbaik.

banyak pengalaman yang aku perolehi disitu. dari kosong, aku membina empayar 'peniagaan' aku. yang aku maksudkan adalah kontek. bukan mudah. setelah beberapa bulan bekerja, dan akibat ketidakpuasan hati terhadap pihak pengurusan, aku mencari peluang lain. biasalah, ada masalah perkauman sedikit, mungkin disebabkan prestasi aku kot. sebab syarikat itu milik bangsa asing dan aku hanya pekerja [bahagian sales] melayu tunggal. yang lain semua bangsa dia. jadi, tidak mudah untuk mereka menerima hakikat yang aku boleh buat yang terbaik dalam masa yang singkat.

rupa-rupanya ketidakpuasan aku ini telah didengar oleh sebuah syarikat pesaing kepada syarikat yang aku bekerja itu. dia mula risik aku dan 'ambil' aku dari syarikat itu. walaupun syarikat itu milik bangsa asing, namun kepercayaan yang dibuatnya terhadap aku melebihi kepercayaan dia terhadap bangsa dia. aku mulakan satu yang baru. semua pelanggan aku dari syarikat lama aku tarik. syarikat baru itu telah memberi satu peluang kepada aku untuk menjadi seorang businessman. huhhh... cepat sungguh. ye lah sebab masa tu seingat aku usia aku baru 22 tahun. dia ajar aku tentang dunia perniagaan, stail mereka. yakni stail seorang chineseman business. beberpa bulan, membina dan membangunkan syarikat bersama, tapi aku kena pergi jua.

untuk pengatahuan, syarikat yang 'ambil' aku itu baru sahaja memulakan business. dia, wife dia sebagai admin dan account dan aku sebagai engineer dia. dalam masa yang sama, aku bukan saja sebagai engineer dia tapi lebih dari itu. aku lebih kepada partner dia. mungkin sebab aku melayu, maka untuk dapatkan pasaran melayu dia perlukan aku. aku tak kisah. sebab itu adalah dunia perniagaan. aku rasa tak lama disana, kurang dari 6 bulan, bila ada syarikat lain melamar aku.

syarikat baru ini pula dalam industri yang berbeza dari apa yang aku buat ketika itu. dulu, pelanggan aku kebanyakkan dalam industri perkilangan dan pembinaan. tapi, yang baru ini dalam industri minyak dan gas. menurut executive director yang 'mengajak' aku menyertai dia, dunia oil and gas ini, satu dia yang unik. kerana ia dikawal oleh kerajaan dan persaingan adalah kurang berbanding dengan general inustri yang biasa. setelah beberpa perbincang dijalankan akhirnya kau setuju dengan tawaran beliau. maka bermula satu era baru yang aku kena mulakan dari kosong semula.

bila aku menghantar surat peletakan jawatan dari syarikat lama, memang dekat 2 minggu juga dia memujuk aku untuk masih bersama mereka. hinggakan dia nak beri 5% share dalam syarikatnya kepada aku. namun, aku berkeras hati. walaupun share percuma diberi untuk aku, tapi aku kena fikir masa depan aku. dan aku kena mencuba sesuatu yang baru juga. mungkin ini akan menambahkan lagi pengalan kerja aku. akhirnya, dia terpaksa akur yang aku pergi jua.

aku pergi ke syarikat baru yang belandaskan oil and gas dengan tiada siapa kontek dalam industri itu. aku kena mulakanya semula. aku kena develope semula kontek aku dan aku kena establishkan semula diri aku untuk aku jadi succes.


bersambung...

di posting yang akan datang aku akan menceritakan apa yang berlaku selepas penglibatan aku dalam dunia oil and gas dan hingga aku 'di panggil' oleh syarikat lain untuk mengembangkan empayar mereka.

meja tulis.
pada jam bawah tu

Friday, July 29, 2005

aku cinta awak

Bahasa Inggeris: I Love You

Bahasa Belanda: Ik houd van u

Bahasa Perancis: Je t'aime

Bahasa Jerman: Ich liebe Dich

Bahasa Itali: Ti amo

Bahasa Portugis: Eu te amo

Bahasa Sepanyol: Te quiero

Bahasa Albania: Te dua

Bahasa Bulgaria: Obicham te

Bahasa Croatia: Volim te

Bahasa Finland: Mina" rakastan sinua

Bahasa Korea: Tangsinul sarang ha yo

Bahasa Kurdish: Ez te hezdikhem

Bahasa Latvia: Es Tev milu

Bahasa Navajo: Ayor anosh'ni

Bahasa Rusia: Ya lyublyu tebya

Bahasa Thailand: Phom Rak Khun

Bahasa Turki: Seni seviyorum

Bahasa Yiddish: Ikh hob dikh lib

Bahasa Swahili: Nakupenda

Bahasa Sioux: Techihhila

Bahasa Lithuania: Ash miliu tave

Bahasa Greek: S' ayapo

Bahasa Estonia: Mina armastan sind

Bahasa Czeh: miluji te

Thursday, July 28, 2005

ntah ape-ape ntah hari nie

Pagi nie aku datang agak lewat sket ler. sebab malam tadi pening betul kepala aku dan aku pun tertidor awal. ahhh... housemate ajak minum mula, dan aku join ajer. tapi disebabkan rasa berat kepala, minum pun tak lama. balik umah tido.

mula tu pagi nie prepare surat untuk hantar ke jpa. surat pemberitahuan tentang kematian tunang aku tu. sebab jpa ada hantar surat untuk arahkan dia melapor diri. so, siap ajer terus pergi jpa kat putrajaya. balik dari situ terus ke bank. amfinance seksyen 15 shah alam untuk dapatkan surat pelepasan untuk kereta aku ler. apa lagi sebab dah nak balik miri ma...

ahhh... rupanya kau kena tulis surat pulak untuk dapatkan letter tu. tak per, balik aku plan nak buat. tapi sebelum tu aku pi jumpa member yang buat forwarding untuk discuss pasal shipment aku nie nanti. makan ler... ape lagi.

lepas tu balik opis. arghh... buat keje dan buat itu dan ini... macam biasa. ada kalanya buat-buat sibuk. aku rasa orang lain pun sama.

Wednesday, July 27, 2005

selamatkan diri sendiri dahulu? - satu knowledge.

pagi nie tadi aku dapat satu e-mail dari satu group yang aku join. bandar utopia. aku kenal pada penulis itu walaupun aku tak pernah perjumpa dengan dia. namun kami pernah beberapa kali berhubung melalui e-mail. kalau dia baca blog nie, aku nak mintak maaf pasal tak minta izin, terlebih dulu nak kuarkan artikel nie, tapi apa yang menarik untuk aku share adalah mengenai apa yang di tulisnya. actually, memang satu benda yang reality yang ditulis oleh beliau tentang dunia hari ini. aku mendapat beberapa ilmu baru tentang erti satu perjuangan dalam membentuk diri untuk mencapai sesuatu terutama dalam bidang perniagaan.


terus terang aku nyatakan yang aku memang berminat dalam bidang perniagaan dan untuk aku berjaya aku kena mencari beberapa resepi dan formula sebelum aku memijakkan kaki kedalam dunia perniagaan. memang tidak semudah yang disangkakan untuk berniaga dan memang ramai yang punyai keinginan untuk berniaga. tapi berapa ramai yang mampu bertahan dan berapa ramai yang mampu untuk memulakannya.

ada sesetengah orang yang aku temui berkata, untuk memulakan perniagaan adalah satu perkara yang mudah, tetapi untuk 'maintain' kan perniagaan itu satu perkara yang payah. tapi, ada kebenaran pada itu, dan aku memberi masa untuk diri sendiri untuk memulakan perniagaan sebelum mencecah usia 40 tahun.

ok, berbalik pada e-mail yang dikirimkan itu, kat bawah nie ada aku masukkan sekali untuk kita baca bersama dan fikir-fikirkan. to saudara asrul muzaffar, thanks for the knowledge.


Assalamualaikum.

Kelmarin, 26/7/05, terpampang di muka hadapan kebanyakan akhbar tempatan mengenai kes Tengku Tan Sri Mahaleel Tengku Ariff yang tidak diperbaharui kontraknya sebagai CEO Proton bila tempohnya tamat akhir September nanti.

Saya amat tertarik membaca permulaan ulasan kes ini dalam akhbar The Star yang berbunyi kira-kira seperti berikut:

"In the end (he) made one fatal mistake that cost him his job. The mistake: no matter how GOOD a CEO one may be, one doesn't own the company. The shareholders do."

Sememangnya track record Tg Mahaleel membangunkan Proton dalam tahun-tahun kebelakangan ini tidak dapat disangkal lagi. Ketika krisis ekonomi Asean dahulu, Proton masih mampu mencatat keuntungan. Itu belum termasuk milestones Proton yang lain-lain seperti pembukaan kilang Proton di Proton City Tanjung Malim yang bernilai lebih dari RM2 bilion, perluasan 'takluk' Proton ke benua Eropah dan Timur Tengah dan berbagai lagi.

Saya percaya untuk menikmati pencapaian sebegini, seseorang 'ketua syarikat' seperti beliau haruslah benar-benar komited, benar-benar mengetahui selok belok syarikat tersebut dan mempunyai tanggungjawab yang tinggi untuk memastikan peningkatan syarikat dari masa ke semasa.

Namun dari sudut lain pula, ramai juga telah sedia maklum akan krisis 'perebutan kuasa' yang kini berlaku di syarikat seperti Penang Shipbuilding Corporation yang diterajui Dato' Amin Shah. Atau kita boleh rewind beberapa tahun sebelum ini yang menyaksikan syarikat gergasi telekomunikasi Celcom (one of my ex-employers) direbut dari Tan Sri Tajudin Ramli. Dalam skala yang lebih kecil, saya pernah menceritakan bagaimana nama kartunis Ujang 'dicuri' oleh penerbit majalah berkenaan --- yang mana secara teknikal walaupun Ujang tidak lagi melukis di majalah tersebut atau membabitkan diri dalam apa jua bentuk dengan majalah berkenaan, beliau tidak boleh 'mengambil' semula namanya.

Saya kira di sini ada dua perkara utama yang mungkin boleh direnung:

(1) Walau seteruk mana kita berpenat lelah, mengorbankan masa dari bersama keluarga, bersengkang mata dan komited maut dengan syarikat yang kita bekerja --- hakikatnya kita hanyalah pekerja yang 'makan gaji' dan kebajikan kita serta keluarga terletak hampir sepenuhnya di tangan syarikat berkenaan yang hanya akan bertindak berpandukan keuntungan.

(2) Walaupun kita ada memegang saham dalam sesebuah syarikat yang mungkin boleh dianggap 'gergasi', hakikatnya akan tetap ada mereka yang sering memerhatikan kejayaan kita dari jauh dan menunggu masa untuk mencuri syarikat / saham tersebut dari kita demi meningkatkan keuntungan/empayar syarikat sendiri.

Ini tiada kena mengena dengan mitos perkauman (spt "biasaklah, Melayu takleh tengok orang Melayu lain berjaya") atau tiada mengena dengan mitos dengki-mendengki.

Secara paling ringkas, kedua poin di atas hanya menjurus pada satu atribut --- SURVIVAL --- baik dari konteks individu atau organisasi.

Memang telah jadi hukum alam, bila saja ada seseorang yang menang, akan ada seseorang yang kalah. Ada yang mengatakan bahawa "Buat apa laaa pijak kepala orang lain kalau setakat nak menang...." namun hakikatnya mungkin orang yang mengatakan demikian itu telah atau sedang melakukannya tanpa disedari!!!

Saya beri senario paling mudah --- ada dua orang yang memohon jawatan di sebuah syarikat untuk menyuap nasi ke mulut keluarga masing-masing. Kedua-duanya amat desperate mendapatkan jawatan itu. Dengan erti kata lain kedua mereka perlu bersaing sesama sendiri. Skilset keduanya sama mengancam begitu juga dengan merit lain. Namun akhirnya cuma ada seorang yang akan terpilih walau mungkin dari segi teknikal seorang yang lain itu lebih 'memerlukan'.

Mungkin A mempunyai masalah kewangan meruncing yang mana gaji dengan syarikat sebelum ini bolehlah dikatakan 'basic pun tak cukup'. Manakala B pula telah menganggur berbulan-bulan selepas khidmatnya ditamatkan kerana syarikat mempunyai masalah kewangan. Kedua-duanya mempunyai keluarga, mempunyai komitmen loan bulanan dan keperluan lain.

Bilamana A berjaya mendapatkan jawatan tersebut, beliau berjaya 'reduce' masalah kewangannya dan kemudian menjadi antara penyumbang aktif ke badan kebajikan. Manakala kegagalan B pula telah menyaksikan ikatan dengan keluarganya terlerai kerana 'pasangannya tidak sanggup hidup dalam kemiskinan'. A seterusnya menaiki anak tangga korporat satu persatu sedangkan B hidup merempat.

Dalam kes ini saya kira boleh dikatakan bahawa kemenangan A yang mendapat kerja tadi adalah 'at the expense' si B yang gagal. (Kalau nak jalan mudah boleh saja dipujuk hati dengan mengatakan... "well, takde REZEKI" atau "nak buat camner, dah TAKDIR"--- tapi rezeki PERLU DICARI/DIUSAHAKAN dan takdir takkan berubah selagi kita tidak berusaha merubahnya).

Persoalannya --- sejauh manakah kita sanggup mengorbankan insan dan keluarga yang lain hanya untuk memastikan kita dan keluarga dapat survive...?

Seorang bekas kenalan yang merupakan teraju sebuah syarikat telah membuatkan saya tersentak bila dia mengatakan bahawa prinsip beliau ialah "Selamatkan diri kamu dan anak isteri kamu sebelum kamu selamatkan orang lain". Melihat kepada 'conduct' beliau dengan syarikatnya tidak hairanlah kenapa begitu ramai sekali pekerja-pekerja baik ditamatkan kontrak atau di'blacklist' over the years.

Prinsip perniagaannya senang --- bawa masuk skil yang bagus, bayar gaji tinggi, namun bila sesuatu kontrak itu dapat direbut bermulalah proses untuk 'menyingkirkan' yang empunya skil tadi. Sebabnya,
"buat apa bayar gaji tinggi-tinggi memandangkan kita dah dapat kontrak. Gaji tinggi bermakna kurang untung syarikat. Kurang untung syarikat bermakna kurang ler income aku nak support anak bini (yang mana beliau telah mempunyai 3 orang....)".

Walaupun ahli perniagaan tersebut yang dari luarannya nampak seperti 'alim' dengan serban, celak dan janggut, bila bercakap memang tak lekang dengan puji-pujian terhadap Allah dan Rasul --- tindakan beliau itu saya yakin BUKANLAH bersangkut dengan agama atau penampilannya (walau beliau claim Al-Quran dan Hadis ada menyuruh "selamatkan diri sendiri dahulu") tetapi terdorong oleh instinct asas insaniah --- SURVIVAL.

Begitu juga yang pernah terjadi pada saya dahulu. Untuk menyelamatkan 'periuk nasi' sendiri, ada di antara bekas rakan sekerja yang sanggup memastikan saya disingkirkan dengan mula 'nitpicking' apa jua yang saya lakukan. Dan mungkin ketika itu saya belum cukup 'bijak' untuk melindungi diri saya dari serangan demikian. Akibat dari serangan itu hingga kini saya masih terasa bahangnya. Mungkin saya tak akan memaafkan tindakan tersebut dan akan sentiasa mencari jalan 'to get even', namun saya sedar bahawa apa yang dilakukan mereka itu adalah natural bagi seorang manusia.

(Dan mungkin natural juga bagi saya sehingga kini mencari peluang untuk 'membalas dendam'... siapa tahu, kan??? Ahaksss... Namun pada saya 'membalas dendam' tak bermaksud 'menjatuhkan'... mungkin sekadar berusaha memastikan kewangan saya kelak 100x lebih baik darinya. Kalau ketika tu dia nak rasa dengki --- that's his problem!).

Saya kira andai kita dapat memaklumi percaturan hidup ini yang bersangkut dengan SURVIVAL, kita akan lebih mudah dan ceria menjalani hidup. Kita akan lebih faham kenapa manusia bertindak seumpamanya dan apa yang harus kita lakukan untuk melindungi hak kita.

Dan lebih penting lagi pada saya, kita akan lebih memaklumi akan Qada' dan Qadar Allah s.w.t. dan betapa segala yang terjadi pada kita itu --- baik yang baik atau yang buruk --- mempunyai HIKMAH tersendiri.

Jika kita masih keras kepala dan degil, asyik menyalahkan itu ini, mengungkit (walaupun kita sedia maklum apa yang sebenarnya berlaku) --- selamanyalah kita akan terbelenggu dengan 'self-pity' dan 'inferiority complex'. Dan selagi itulah kita tak akan ke mana kerana asyik terperap dalam kepompong otak sempit atau emosi hancus!!!

Jangan mudah kalah dengan emosi!!!

Wassalam.

Asrul Muzaffar Mohammed
Pentadbir - Bandar Utopia

doa nak bertemu jodoh!!!

aku sengaja menjelajah blog orang untuk mencari sesuatu yang menarik. dan hari nie aku jumpa something mungkin untuk share ajer. kredit untuk cekodoksedap ( ...biarkan hati itu bersih... ) sorry aku terus amik dari ko punya blog tanpa minta izin terlebih dahulu.

dia tulis dalam blog dia doa untuk mencari jodoh, yakni doa nabi musa sblm jumpa bini dia..

"robbi innii limaa anzalta ilayya min khairin faqier"

maksudnya,

"Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sangat memerlukan suatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku." (QS 28:24)

semoga bertemu jodoh. ahaksss.

Friday, July 22, 2005

jumaat

friday hari ni. uhhhh.... sekejap sungguh masa berlalu tanpa aku sedari dah sampai jumaat. rasanya macam baru semalam ajer isnin. - tanda-tanda kecil kiamat.

aku selalu gak mengikuti perkembangan akedemi fantasia nie. cuma aku mula mengikuti untuk musim ke 3 ni ajer. yang first dan kedua dulu sket-sket ajer. tak macam yang nie. dalam af3 nie yang aku minat, semestinya mawi. bukan sebab pengaruh orang lain, tapi aku nampak sesuatu pembaharuan yang dibawa oleh dia dalam dunia seni hiburan tempatan. dalam masa kita lihat sekarang nie dunia nasyid dah mula kurang sket, mawi muncul untuk menaikkannya semua [aku harap lepas grade nanti macam tu lah] suara dia pun lunak gak. ye lah, qari - memang boleh nak control suara, cuma mungkin ada perbezaan sket berbanding dalam seni suara. pengawalan suara mungkin agak berbeza.

selain mawi, aku suka tengok marsha. dan lagu nie yang dia selalu nyanyi tu dan pada konser ke 6 yang lepas dia nyanyi kat adlin. heheheh.. lepas tu aku tengok vt ve plak yang nak rakam. tak tahu ler betul atau tak kan. tapi check it out the lirik.

Everytime I see Adlin...
My heart bergoncang...
Everytime I am thinking of you...
Pagi dan petang...
I forget to eat my makan...
Cause there's no other boy...
but this one...
eeii malu...
Undernearth pokok kelapa (pokok kelapak)
I'll wait for you...
Oh! Adlin... hear me lah...
Dont tutup pintu
Cause your hair is like penyapu...
Cause I know it is full of kutu

best jugak lirik dia yerk. aku rasa kalau 'dia' ada pasti akan main-main dengan lagu nie. sebab aku tahu sangat perangai 'dia'. sorry, masih tak leh lupakan dia lagi. hari nie ajer dah berapa kali aku terkenangkan dia. nak telephone dia pun ada. tapi itu semua mustahil sekarang nie.

ok lah. mungkin tu ajer yang aku boleh celotehkan hari jumaat nie.

Thursday, July 21, 2005

Sihir

SEJARAH SIHIR
Sihir telah difirmankan oleh Allah s. w. t. di dalam kitab suci Al Quran di mana ia wujud sejak zaman Nabi Musa a. s. Sihir juga ada diriwayatkan di zaman Nabi s. a. w.

ADAKAH NABI PERNAH TERKENA SIHIR?
Persoalan ini telah menjadi pertikaian para ulama Islam. Maka dalam hal ini kita merujuk kepada Hadis Sahih riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

Dari Aisyah: "Nabi pernah disihirkan sehinggalah Baginda menyangkakan bahawa ia telah mendatangi mereka (isteri-isteri) sedangkan ia tidak mendatangi mereka" (Bukhari dan Muslim)

Ulama-ulama yang menafikan hal ini memberi alasan bahawa ini merupakan sesuatu yang mengaibkan martabat Ar-Rasul s. a. w., akan tetapi menurut Qadhi Iyadh, katanya "(kejadian sihir) ini tidak mencacatkan kebenaran Baginda kerana telah jimak bahawaNabi dipelihara dari sudut itu. Cuma yang berlaku hanyalah di bidang yang harus berlaku di atasnya, di bidang duniawi semata-mata".
Juga Qadhi Iyadh menegaskan: "Dan sihir adalah merupakan satu daripada penyakit penyakit".
Dengan ini jelas bahawa adalah tidak mustahil bagi seseorang itu ditimpa penyakit yang disebabkan oleh sihir, akan tetapi hendaklah diingat bahawa ia berlaku atas keizinan Allah s. w. t. Sihir adalah sejenis ilmu yang dikuasai oleh golongan jin dan syaitan. Oleh itu bagi manusia yang mengamalkan ilmu bererti mereka akan memperalatkan dan bekerjasama dengan syaitan bagi tujuan-tujuan tersebut

TANDA-TANDA TERKENA SIHIR

Tanda-tanda gejala sihir begitu banyak, antaranya:-
1. Seseorang yang baru berkahwin tidak mempunyai nafsu terhadap isterinya.
2. Seseorang itu merasa kadangkala terlalu panas dan kadangkala terlalu sejuk sehingga ia sanggup " meminum air yang mendidih.
3. Suami dan isteri yang tiba-tiba sahaja merasa tidak aman, benci-membenci antara satu dengan lain walaupun sebelumnya mereka sangat berkasih-sayang.
4. Kebiasaannya gejala penyakit yang disebabkan oleh sihir lebih menonjol sewaktu senja.
5. Juga banyak dari penyakit-penyakit baik fizikal atau kejiwaan yang tidak dapat disahkan puncanya oleh doktor-doktor yang pakar.

CARA MENGHADAPI SIHIR
Orang-orang yang beriman dengan Allah mempunyai banyak kelebihan di dalam menghadapi sihir. Pertamanya mereka mempunyai tempat pergantungan dan tempat berlindung yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa iaitu Allah "Azza Wajalla.
Imam Ibnu Qaiyim telah berkata, "Ubat yang paling bermanfaat untuk penyakit sihir ialah Al Adahihiyah Al Ailahiyah (penawar Ketuhanan) iaitu dengan banyak berzikir, membaca Al-Quran dan berdoa.
Seseorang yang beriman itu menganggap bahawa sihir yang menimpanya sebagai satu ujian dari Allah. Sekiranya ia melalui ujian ini dengan cara yang betul sepertimana yang dikehendaki oleh Allah maka Insya Allah bertambahlah imannya. Kaifiat penghadang sihir ini seperti yang diamalkan oleh Rasulullah s. a. w. telahpun dijelaskan di dalam tajuk Tibb Nabawi.

Orang-orang yang beriman hendaklah meyakini bahawa kuasa Allah s. w. t. mengatasi segala-galanya baik yang ada di langit mahupun yang ada di bumi dan bahawa interaksi dengan Ayat-Ayat Allah (Al-Quran) itu sebesar-besar penawar; oleh itu mereka tidak perlu berubat dengan cara-cara yang memudaratkan aqidah seseorang seperti dengan berlindung dengan jin dan syaitan melalui perantaraan bomoh atau dukun dan jin-jin yang tidak beramal dengan petunjuk Allah s. w. t.

Imam As Syafie mengharuskan penggunaan jin (Jin Islam) di dalam perkara melawan sihir sahaja. Manakala Imam Hanafi, Hambali dan Maliki tidak mengharuskannya sama sekali. Oleh yang demikian kita dapati di Nusantara Melayu yang rata-rata bermazhab Syafie ramai sekali kedapatan amalan ini. Akan tetapi perlu diingatkan seperti yang dijelaskan dalam tajuk yang terdahulu (Masalah Berubat Dengan Perantaraan Jin), terdapat bahaya-bahaya yang banyak terutama bagi mereka yang jahil apabila meminta pertolongan dengan jin seperti pandangan Syeikhul Islam Ibnu Taymiyah.

RASUKAN
Satu lagi ciri-ciri sihir ini ialah yang menyebabkan si penghidap dirasuk oleh satu kuasa hingga tidak sedarkan diri, mungkin menjerit-jerit, meronta-ronta dan lain-lain. Kuasa di sebalik kejadian itu ialah daripada golongan jin dan syaitan. Imam At-Tabrani telah meriwayatkan hadis dengan asnad yang Hassan bahawa Nabi s. a. w. bersabda yang maksudnya: "Jin itu tiga golongan, satu golongan yang mempunyai sayap yang boleh terbang di angkasa, satu golongan berupa ular dan satu lagi golongan yang bertempat dan berpindah".

Di dalam Al-Quran juga disebut jin dalam bangsa-bangsa yang disebut jin, ifrit dan syaitan. Bangsa-bangsa jin yang memegang peranan penting itu amatlah banyak, antaranya:-
1. Iblis - bapa segala jin
2. As Syaitan - syaitan
3. Al Muraddah - peragu (pewas-was)
4. Al Afariit - Ifrit (penipu-penipu)
5. Al A"wan - penolong-penolong (khadam)
6. Al-Ghawasuum- penyelam-penyelam
7. Atthiaruun - penerbang-penerbang
8. Attawabi" - pengikut-pengikut
9. Al Qarna" - pengawan-pengawan
10. Al "Ammar - pemaa"mur-pemaa"mur

PENGALAMAN MUJAHIDIN AFGHAN
Diriwayatkan dalam kisah perjuangan Muhahidin Afghan bahawa pernah berlaku salah Seorang daripada Mujahidin telah dirasuki jin. Kemudian sahabat-sahabatnya telah Membacakan ayat-ayat suci Al-Quran kepada sahabat mereka yang sedang dirasuk itu. Akan tetapi bahawa jin yang merasuknya menjawab bahawa ia juga beragama Islam dan bahawa ayat-ayat Al Quran itu tidak akan memberi kesan apa-apa kepadanya. Maka apabila tiba Amir Muhahidin yang lebih arif, beliau lalu melaungkan azan dan seketika itu juga jin tadi telah gentar dan mengaku kesalahannya. Barulah jin itu menjawab ia sebenarnya beragama Nasrani dan bahawa ia adalah salah seorang daripda 5,000 jin yang dihantar oleh Pope untuk merosakkan bumi Mesir dan memporak-perandakan hubungan suami isteri. (Sejauh mana benar dakwaan jin ini wallahu"alam). Dari peristiwa ini dapat diambil kesimpulan bahawa tindakan yang paling berkesan terhadap mereka yang dirasuki jin kafir ialah dengan melaungkan azan.


Note: artikel nie aku amik dari kawan-kawan yang forward dengan aku. mengenai sihir dan aku rasa ini boleh dijadikan panduan. kerana aku seumpama pernah merasai pengalaman sebegini.

Wednesday, July 20, 2005

another quote of the day

Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang.
Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.
Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.
Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.
Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu,
tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih,
terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu.


Note: quote nie sebenarnya aku amik dari somebody yang selalu dia tulis kat fotenote dia. halalkan aku letak kat sini yerk, sebab aku rasa cam ada kena mengena ajer ngan aku.

2 minggu dah berlalu...

hari nie 20 julai, dah 2 minggu nadira tinggalkan aku di dunia ni. apa khabar dia 'disana' agaknya. aku tak tahu kenapa pagi nie ingatan aku terhadapnya amat kuat. malah hampir setiap detik, wajah, tawa, tangis, gurauan dia bermain di fikiran aku.

"astarfirullah hal azim... al-fatihah"

"Ya Allah, aku terima Qada dan Qadar ini darimu dan aku terima semua ujian ini dari mu, sesungguhnya Engkau lebih mengetahui dari segalanya. Sesungguhnya aku insan yang kerdil ini ingin memohon dariMu agar Kau tabahkan hati aku menerima kenyataan ini, dan Kau tetapkan imanku kepadaMu ya Allah. Sesungguhnya tiada yang lebih berkuasa melainkan Mu ya Allah."

amin ya rabbal a'lamin.

sampai ajer di office aku onn kan laptop dan lepas tu buka folder my document dan cari picture gallery aku. mmmm... aku pun tak tahu kenape, kuat sungguh aku nak tengok pic-pic aku bersama dia. aku memang rindu sesangat hingga aku terleka seketika dan mataku tajam melihat gambar-gambar aku bersama dia. satu persatu gambar ku tatapi. dalam masa yang sama, officemate aku pun sama memerhatikan gambarnya bersama aku. air mata aku mula mengalir tanpa disedari. dan aku ingatkan bukan aku sorang saja yang malah officemate aku pun sama. mungkin officemate aku pernah bersama dengan dia, jadi dia pun dapat merasai kesedihan itu.

Image hosted by Photobucket.com


gambar nie ku tatap sedalam-dalamnya. kuperhatikan setiap sudut wajahnya. mencari dimana persamaan. ramai orang berkata wajah aku ngan dia adalah sama. namun aku sendiri masih tidak mengetahui apa yang sama itu. malah officemate aku sendiri menyatakan bahawa wajah kami serupa. kawan-kawan aku yang lain pun turut sama. malah seingat aku masa awal aku berkenalan dengan dia dulu, orang anggap kami adik beradik. malah adiknya sendiri pun menyatakan bahawa wajah kami serupa. aku pun pernah tunjukkan wajahnya pada kawan aku di kampung. mereka kata, wajah kami sama. dan orang kata kalau wajah sama, selalunya memang ada jodoh. tapi... dimanakah jodoh aku dengannya???


Ya ALLAH,
seandainya telah engkau catatkan...
dia milikku tercipta buatku...
satukanlah hatinya dengan hatiku...
titipkanlah kebahagiaan antara kami...
agar kemesraan itu abadi...
dan ya ALLAH...
ya tuhan ku yang maha mengasihi...
seiringkanlah kami melayari hidup ini...
ketepian yang sejahtera dan abadi...

tetapi ya ALLAH...
seandainya telah engkau takdirkan...
dia bukan milikku...
bawalah ia jauh dari pandanganku...
luputkanlah ia dari ingatanku...
dan peliharalah aku dari kekecewaan...

serta ya ALLAH ya tuhanku yang maha mengerti...
berikanlah aku kekuatan...
melontar bayangannya jauh ke dada langit...
hilang bersama senja nan merah...
agarku bisa bahagia...
walaupun tanpa bersama dengannya...

dan ya ALLAH yang tercinta...
gantilah yang telah hilang...
tumbuhkanlah kembali yang telah patah...
walaupun tidak sama dengan dirinya...

ya ALLAH ya tuhanku...
pasrahkanlah aku dengan takdirmu...
sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan...
adalah yang terbaik buatku...
kerana engkau maha mengetahui...
segala yang terbaik buat hamba Mu ini...

ya ALLAH...
cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
di dunia dan di akhirat...
dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini...
jangan engkau biarkan aku sendirian...
di dunia ini mahupun di akhirat...
menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran...
maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
supaya aku dan dia sama-sama dapat membina...
kesejahteraan hidup...
ke jalan yang Engkau redhai...
dan kurniakanlah padaku keturunan uang soleh...

amin... ya rabbal a'lamin


keje malam???

huh... actually aku bukannya keje malam. saje aku pegi opis malam-malam nie. sebab tulah satu-satunya tempat untuk aku access internet. aku plak dah makin mula menggilai nak menulis dalam blog nie. aku pun tak tahu kenape. mungkin disebabkan sekarang nie aku dah tiada tempat untuk meluahkan dan share macam dulu kot.

heheheeee. petang tadi lepas menulis blog pasal aku jumpe kawan lama, aku terus lepak kat kedai minum. lepak ngan member. sampai maghrib gak ler. lepas tu balik. errr... lepak nak mentedarah nasik lemak. ingat nak makan pizza ada gak masa tu, tapi tak jadik. lepas azan maghrib ajer, blah. tengok tv.

haaaa... bile citer pasal tengok tv, aku hari nie tengok cerita "mencari cinta". aku rasa cerita tu konsepnyer amik dari cerita barat cam "the bachelor" lah kiranya. sembilan lelaki nak memikat seorang wanita. bagi aku personally, awek yang dipertaruhkan tu cun jugak. cuma kalau aku join, aku rasa memang aku cam tak leh ajer nak tuntut apa yang dia demand. walau apapun, bagi aku pencarian jodoh cam nie cam kurang sesuai untuk aku. sebab nak jodoh pun nak di kommercialkan. nampak cam tak laku ader plak. tu yang terpaksa promote sana sini nak dapatkan cinta. heheheh....

jangan marah yerk. ni komen peribadi aku ajer. kalau ada yang tak puas hati haaaaa sila tulis dalam komen tu. lepas tu tengok wrestling plak. channel 80. ok gak lah... tengok-tengok gitu ajer...

dan malam nie ke opis. temankan housemate untuk print resume, dan dia nak submit. tapi hakikat aku pun nak update blog nie. walaupun tak banyak idea nak nulis. tapi inilah idea yang terpancul dari kotak fikiran aku.

mmmm.... rasanya malam dah nie kot. ok, nak balik, nak beli minyak kete, lepas tu nak beli air mineral untuk minum... dan..... aku rasa balik kot.