Monday, September 19, 2005

aweks sintok vs. aweks bandar utama

Ni saja aku buka topik khas pasal awek kedah nie. Hehehehe... mungkin special sket kot. Tu pasal aku buka cerita pasal dia ajer.

Aku mula kenal dia dari kakak angkat aku di kl. Dia yang kenalkan aku ngan aweks ni. Actually adik dia. dia bagi no h/p aweks ni kat aku. first day aku tak kacau lagi. Sebab masa tak mengizinkan. Aku biarkan aje. The next day baru aku mula hantar sms. Intro ler kiranyer.

“akum, bole kenal? I dapat number dari ur sis. Buat ape sekarang? Romzi” Tak sampai beberapa minit. Tipon aku bunyik. Sms masuk.

“Wslm. Hah? Melawak sis i tu. Dia tak bagitau apa pun. Duduk-duduk je baru bangun tido. U kat mana ni?” erk... respon baik nie. Dia reply. Aku hantar lagi sms cuba nak tengok apa plak respon. Mmm... dia reply lagi, ada satu sms tu dia tulis,

“mahal tu sms celcom. Campus zone je ni... murah sket.”

Tapi... dia tetap reply sms aku. kira ok ler. Tak sombong. Lepas dia cakap cam tu aku call ajer ler. Aku ni kan pemurah... eceh... eceh... eceh... angkat bakul sendiri nampak.

Kiranya intro malam tu, tak panjang sangat ler. Dekat satu jam gak ler. Esok nyer continue plak. Tapi selain tu aku ada gak report kat akak aku tu pasal dia. huh... siap rekomen abis tu kat aku. semua kasi tau... hehehe... cam betul-betul je dia nie nak aku ngan aweks tu. Aku just bagitau dia. sekarang nie apa yang boleh aku buat adalah kawan saja. Aku rasa cam tak mampu untuk bercinta dan berkasih dulu. Kerana kesedihan dan kelukaan ditinggalkan masih ada terpahat di jiwa dan hati aku. masih menunggu ada orang yang boleh membantu aku mengubahnya.

Tetiba, “ aku tak letak harapan sangat. Saja suka-suka. Aku pun tak pernah buat cam ni. Ni first time. Entah ler kenape aku jadi beria plak.” Sms.

Tak per ler. Aku pun sama. Tak letak harapan. Cuma kekadang aku masih takut. Takut pada banyangan sendiri.

Beberapa hari berlalu, aku contact guna sms dan kekadang ym. Dia layan gak. Err... ok gak dia nie. Cara dan stail dia memang matang jika dibandingkan dengan usia dia. malah kekadang aku rasa cam aku ni banyak kurang dari dia. dia banyak nasihatkan aku pasal life. Pasal cam ner aku nak develop semula semangat aku yang dah down nie. Payah rasanya. Dan kekadang kata-kata dia ada benarnya.

“Rilex ler. Live must go on.. wah ckp senang je. Hehe. Betol what.. yg dah pergi tu titipkn doa je.. Xelok awak cmni..”

“Wlpn sy muda lg sy rs sy layak tok nasihat awk.. yg lepas tu bkn nak suruh pdm. Kenangan tu hak milik indivdu tp jgn hanyut dbuai kenangan.. ble2 bleh dkng.”

dan malam tadi jadi sejarah aku call dia melebihi 2 jam. Memacam borak hingga aku sendiri terlupa dan leka. dan dia buat aku gembira. Ahh... aku pun tak tahu, bolehkan aku menerima andaikata dia sudi menerima. Tapi, aku masih tidak menyimpan apa-apa harapan pun. Kerana aku sedar dengan keadaan diri aku nie. Siapalah aku. kerana aku tidak punya apa. Tiada rupa dan harta. Siapalah yang sudi menerima aku. biarkan ia berlalu...

tapi... hari ni dia sms aku...

“drive carefully nanti. Bila sampai bintulu bagitau” erk... stail ni macam pernah ku lalui je. Stail kena report bila dah sampai destinasi. Adakah dia caring kat aku? atau? Ahhhhhhhh.......... imaginasi aku.......... biarlah lagi...

Kalau dia baca blog nie... boleh ler dia komen something. Aku tahu dia ada offer diri sebagai pendengar yang setia untuk masalah aku nie... tapi???

Akak... tolong aku...... cheh.... dah tua-tua pun nak mintak tolong. Erk.

aweks bandar utama aku akan sambung kemudian... jangan marah yerk. ini hanya imaginasi seorang penulis macam aku ler. hehehe... tgh ting tong ni

No comments: