Saturday, September 17, 2005

weekend 17 sept

Hujung minggu kali ni aku nak balik jugak. Bukan apa aku nak tengok kereta aku. cheh, rindu sungguh aku dengan kereta aku. tapi tak per... aku akan balik jenguk dia. keh... keh... keh...

Hari jumaat lepas memang rasa nak pengsan. Apa tidaknyer, buat kerja dari kul 7.00 pagi, rushing nak submit tender jam 12.00 tghari. Arghhhh... boleh plak black out. Cheh. Dah ler tak abis print lagi.

TIDAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK.......................

Mungkin masih ada peluang lagi, masalah letrik kejap. Dan sambung. Errr.... tak stop langsung buat sampai jam 11.30 pg. Siap ajer, terus bungkus dan rush ke ABF. Hantar. Nasib baik selamat.

Jumaat. Lepas sembahyang, makan dan beli starter pack maxis. Saja nak tambah line. Actually bukan apa, aku nak bagi kemudahan kepada kawan-kawan aku yang pakai maxis. Sebab yang aku dengar maxis to maxis murah sms dia. lepas tu balik opis dan prepare nak balik miri naik bas.

Cerita pasal starter pack tu, rupanya di pasar malam seberkas miri ada karnival maxis tu. Diaorang pun jual pada harga yang sama. Rm10.00 untuk satu starter pack. Nombor banyak plak tu. Arghhhhhh.... siap ada souvenir lagi siapa yang beli. Tak per le. Aku dah beli. Sekarang ni yang tahu pun tak banyak lagi no aku tu. Sebab aku bagi pada yang pakai maxis ajer. Lagipun, kalau bagi, bukan ramai yang nak call aku. aleh-aleh aku yang call diaorang. Tak per ler. Lupakan cerita itu.

Sampai miri malam tu dan aku pun lepak di pasar malam. Saja nak cuci mata. Dalam pejalanan aku naik bas tu, ada satu awek plak tipon. Kalau tak silap aku ni awek penang tu. Line tak berapa nak clear so, aku tak dapat nak layan dia lah.

Malam tu, lepas balik umah, seperti biasa aku akan online kejap. Cheh. E-mail aku plak problem ntah ape hal ler plak nie. Tak per ler. Aku layan kejap ajer. Lepas tu tidor.

Bangun dengan semangat tengok ‘bini’ aku di bungkus elok kat garage. Aku mandikan dia pagi-pagi dan terus bawak ke pusat service.

lepas service, jalan-jalan. Ops. Ada discussion pasal nak buat re-union sekolah lama aku. ok lah aku nyampuk ajer. Discus punya discus nak buat masa puasa. Sebab ada sorang kawan dari semenanjung nak datang pada masa tu. Buat ler... aku tak kisah.

Malam sambung lagi tolong mak aku meniaga pasar malam. Sambil meniaga, sambil cuci mata dan main sms ngan awek-awek yang aku kenal.

“ehh... mak aku suruh aku kawen lah...” sms awek dari lawas kat aku.

“alah kawen ajer ler. Pompuan kalu dah 30 susah nak kawen, pasal apa risk nanti masa mengandung. Laki tak per lewat.” Balas ku.

“masalah nyer tak der calon”

“erk. Tak leh nak tolong”

Sebenarnya kes cam ni aku pun tak tahu. Sebab walaupun aku suka nak tolong, tapi tolong carikan jodoh orang payah. Aku masa nie nak relax dulu dari kawen. Masih menunggu orang yang betul-betul leh ubah mind aku untuk dia.

Selain ngan awek lawas aku pun main sms ngan awek sintok. Hehehe... semua ni.. kakak angkat aku punya kerja la. Actually aku tak pernah tengok lagi awek tu. Cam ner tah rupa dia. tapi kakak angkat aku siap describe lagi cam ner rupa dia. tak per ler. Aku nak bekawan ajer.

Sambung esok ahad.

No comments: