Sunday, November 14, 2004

Sebening pagi raya 1425H

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar...
La ila ha illallah hu wallahu akbar, Allahu akbar walillah ilham...

suasana takbir memecah keheningan pagi. tapi taklah jugak dikatakan pagi sangat sebab masa tu hari dah mula cerah. aku seperti biasa dah bangun awal lagi, seawal subuh untuk menyambut hari kemengangan buat umat islam yakni aidilfitri... namun dalam hari kesedihan masih menjelma dan kesedihan itulah yang masih membuat aku tidak tenang seharian. aku sentiasa kenangkan tunangku yang masih dalam keadaan tidak stabil. bagaimana keadaan dia... hanya Allah tempat aku berserah dan mengadu...

Walaupun malam tadi aku baru balik dari johor, terasa sangat yang aku dah lama balik. kerinduan dan ingatan aku terhadap tunangku masih menebal hinggakan aku tidak terdaya untuk menahan kesedihan aku dipagi raya...

dipagi itu... seperti tahun yang sudah... aku akan sarapan dulu bersama keluarga dan kemudian bersiap untuk pergi ke masjid untuk bersembahyang raya... mmmmm satu perjalanan yang telah biasa setiap tahun... kami sekeluarga akan menuju kemasjid... ayah biasanya yang memandu kereta walaupun jarak masjid tidaklah dikira jauh sangat. namun kami telah biasa naik kereta beramai-ramai untuk kemasjid. keadaan cuaca pagi yang tidak berapa panas membuatkan kami selesa dalam perjalanan dan menuju ke masjid...

Khutbah pagi tu dibacakan oleh Tuan Haji Abdullah Sebli... kitaorang selalu panggil pakcik Dullah... dia sebenarnya pengawai kadi untuk area kawasan kami tu... isi khutbah lebih kurang ajer tentang kehidupan dan kejayaan atau kemenangan selepas sebulan puasa. habis khutbah... seperti biasa akan bersalam bersama jemaah-jemaah masjid... kebanyakkan mereka akan berpelukan bersama memohon kemaafan antara satu sama lain... mata aku liar jugak mana tahu jumpa kawan-kawan sepersekolahan dulu, namun tiada nampak bayang mereka disana... maner mereka pergi aku pun tak tahu... mungkin ada kot... dan dah balik awal... tak kusedari... sebab aku masuk ajer terus duduk di saf depan dan balik pun lewat... pergi bersalam dengan jemaah di depan dulu... tak per... petang-petang nanti aku akan call mereka carik nak dengar aper cerita lama...

Seperti tahun yang sudah... kami sekeluarga akan bersalam dirumah dulu... tahun nie aku ada digital camera [actually company punya but aku pakai ajer] so, setiap detik kat umah tu semasa bersalam dan sebagainya aku amik gambar... adalah kenangan tahun nie... bukan apa aku saja nak simpan untuk kenangan atau ingat nak tunjuk ngan ira... [minta-minta dia selamat dan kembali seperti sediakala... boleh tengok gambar aku dan family aku di kampung]

habis majlis bersalaman di rumahtu... anjang aku buat majlis doa selamat skit... so, kitaorang just bersiap gitu-gitu ajer untuk ke sana... pegi umah anjang aku.
[di tempat aku anjang ni adalah gelaran untuk packik no. 2, maksudnya kalau kebanyakan tempat disemenanjung nie ia digantikan dengan pak ngah atau angah]

mula mengeluh jugak mak ayah aku... sebab kenduri lambat start... sebab kita orang plan nak pergi jumpa saudara mara lain lagi dan ingat nak ke kubur arwah atuk aku... tapi tak per ler... nak buat cam ner... kenduri tu pun bukannya besar sangat just kitaorang kat area kampung tu jer...

last -last bila abis jer majlis tu... kita orang balik umah dan tak buat aper pun... sajer lepak umah... ayah pegi betulkan lampu lip-lap... dan aku tolong prepare nak bakar sate lagi... heheheheeee