Tuesday, April 22, 2008

ape cerita tah

lately ni memang tak banyak cerita nak cerita... walaupun hakikatnya banyak benda nak share. tapi at the end... dah jadi malas... huhuhu...

masih terkenangkan hard disc aku tu... apa cerita sekarang ni... kat korea dah ker... dan dapat dah ker dorang godek-godek tok dapatkan data dalam tu...

harap data dalam hard disc tu berjaya di bawa keluar... dan di kembalikan semula kat aku...

Thursday, April 17, 2008

11 april 2008

lama dah aku tak tulis dalam ni... dan memang aku rindu sangat nak menulis dalam blog ni... cuma masa yang membataskan aku untuk menulis. aku sekarang ni, memang akui bahawa masa aku semakin berkurang... dan ini mungkin maknanya aku terpaksa kurangkan tidur dan apa yang patut, agar masa aku masih balance.

tarikh ni, merupakan kermat buat aku.... 28 tahun yang dulu, aku di lahirkan pada tarikh ni... tapi pada tahun ini, tarikh ini macam tarikh hitam untuk aku... tarikh yang tak mungkin dapat aku lupakan selamanya...

pada tarikh ini lah, hard disc aku 100GB yang hampir penuh tu, out. semua data dalam tu, takleh nak baca dan data-data itu merupakan tulang belakang dan umpama nyawa buat aku. mana tak nyer... semua project company ada dalam hard disc tu dan yang agak menyedihkan aku adalah, gambar-gambar aku dari dulu. gambar dari 2005, masa mula-mula kenal isteri aku, sampai ler ke gambar kawin dan gambar terkini. semunya ada dalam tu dan aku tak sempat nak burn dalam cd. bukan apa, aku tak burn, sebab aku selalu tangguh-tangguh kerja nak copy benda tu. dan at last, semua ilang.

aku try hantar ke low yat hard disc tu, tok recovery data, tapi dorang tak dapat gak buat. sebab hard disc tu macam fail. power tak masuk aper semua. dan sekarang ni, aku dah dalam process nak hantar hard disc tu ke korea untuk dorang retrive data dalam tu. sebab buat masa sekarang ni, hanya di korea ajer ada machine untuk bedah benda alah tu, dan amik isi data dalamnyer. tapi kejayaan tu, bergantung juga pada nasib, kerana dorang cakap, dalam 10 yang di hantar, hanya 7 yang berjaya dapat hasilnya... dan aku berharap, hard disc aku ni di antara yang dapat hasilnya...

aku berharap, korang semua boleh tolong aku berdoa agar kesusahan aku ini di permudahkan dan semoga aku dapat balik data-data yang ada dalam hard disc tu... tak der aper yang boleh menggembirakan aku masa ni, kecuali aku dapat balik data-data dalam hard disc aku tu.

andai masa boleh undur, sudah pasti aku akan undurkan dan buat persediaan untuk kepedihan ini... tapi apakan daya... apa yang berlaku, telah berlaku dan tak mungkin akan dapat berundur kembali...

ya, Allah,
aku berdoa, moga engkau permudahkan segala urusanku dan permudahkan segalanya agar aku dapat balik data-data dalam hard disc tu... amin...

Friday, April 11, 2008

11 April 2008

tarikh ni memang keramat bagi aku... dan pada tarikh ni, di tahun ini 2008, aku dah berusia 28 tahun. dan dalam banyak-banyak sejarah sempena tarikh ini, tahun ini merupakan tahun hitam buat aku... bukan aper... pada tarikh itu, aku hanya mampu bersedih dan meratapi ajer aper yang telah berlaku...


Monday, April 07, 2008

Jemputan...

Jemputan ke majlis kawin abg ipar aku di pahang... mari meramai dan memeriahkan majlis.


abang ipar kawin

Untuk map ke majlis perkahwinan tu, sila rujuk kat link ni...