Showing posts with label personal. Show all posts
Showing posts with label personal. Show all posts

Saturday, January 25, 2014

Owhhh.... MacBook aku....

Rabu lepas, setelah sekian lama, aku usahakan untuk repair MacBook aku, aku nekad hantar ke Apple authorised centre. VR Technology kat Megan Avenue. Masa hantar, 1st sekali kena bayar RM60 as deposit untuk repair. 

Memang sedih dan rasa menyesal pun ada, kenapa dulu tak beli extended warranty, yang harga hanya RM799.00 je. Tapi, apa boleh buat, masa dah berlalu. MacBook aku pun dah rosak. Aku sendiri tak tahu cemana dia boleh jadi camtu. 

Hari ni, petang, dapat result, untuk masalah MacBook tu. Sebab seperti yang dijanjikan 3 hari bekerja. Dan aku terperanjat besar bila tengok kos untuk repair dalam RM2,500.00. Aku tanya kawan aku, dan dia bagitau, itu not worth to repair. Better amik balik, dan tambah sikit, boleh beli MacBook baru.

Aku pun fikir amik balik je lah. Walaupun, aku bersedih sangat, sebab aku sayang sangat MacBook tu. Dan kalau aku kaya, memang aku repair je, sbb aku sayang data dalam e-Mail yang banyak. 

Aku check website Apple, dan tengok MacBook baru. Aku terfikir nak beli MacBook Air je, dan maybe yang 11" pun dah ok kot, sbb tu je yang paling murah. Cuma, kena upgrade storage, sbb standard agak kecik storage nyer.

Cuma.... Tak tahu, bila lah boleh beli, sebab budget dah takder.

Sedih, sayu, berkabung....



Jan 20, 2014

Friday, January 24, 2014

2014... Perlukah aku berhijrah?

2013 berlabuh lalu. Jika diselusuri dan diimbas kembali, tak banyak yang berubah dalam hidup aku. Aku rasakan yang aku masih sama, walaupun aku bukak company sendiri. Namun tak banyak beza dengan kerja sebelum ni sebab aku masih kena buat segalanya. Itu ini, semua aku kena buat. Jadi, apa perkembangan aku? Mungkin kembang badan kot? 

Lepas interview hari tu, kat Landmark, sunyi je. Takder apa yang dapat. Jadi, aku rasakan yang aku mungkin tak dapat kerja tu. Jadi... Biarkan aje. Try carik yang lain, dan mungkin ada rezeki di tempat lain. Setiap masa aku berdoa, agar aku boleh mendapat kekuatan untuk merubah diri ini.

Latest, aku pergi interview di...... Nampak, dia memang berkenan nak amik aku dan, dia memang nak aku join team dia as sales team. Walaupun asalnya, aku mula untuk apply sebagai proposal Engineer. Maybe, ini adalah stepping stone untuk aku melangkah lagi. Tapi, yakinkah aku untuk berpindah? Dan andai aku berpindah, mungkin serba sedikit Boss aku sekarang terasa dan aku yakin akan counter balik. Cuma, tak pasti, dia nak counter banyak ke tak.... Tapi kalau sama, maybe aku melangkah gak kot. Cuma, kalau dapat lebih, barulah aku terfikir untuk stay....

Sunday, December 01, 2013

Lama dah rupanya

Lama dah rupanya tak update blog ni. Ada rasa nak update, tapi tak berkesempatan, kerana masa yang terlalu pack. Mungkin dunia bloging pun dah semakin padam kini. Lepas ni, nak carik trend, apa pengisian blogging, semoga lebih bermakna.

From atas katil.

Friday, April 13, 2012

Tentang Rasa

Aku tersesat menuju hatimu
beri aku jalan yang indah
izinkanku lepas penatku
tuk sejenak lelap dibahumu

dapatkah selamanya kita bersama
menyatukan perasaan kau dan aku
semoga cinta kita kekal abadi
sesampainya akhir nanti selamanya

tentang cinta yang datang perlahan
membuatku takut kehilangan
kautitipkan cahaya terang
tak padam didera goda dan masa

dapatkah selamanya kita bersama
menyatukan perasaan kau dan aku
dapatkah selamanya kekal abadi
sesampainya akhir nanti selamanya.

Saturday, March 10, 2012

Bagaimana nak bayar yuran pengajian tanpa perlu keluarkan duit kita dulu?

Just nak share untuk kawan-kawan atau siapa-siapa yang baru dan tertanya-tanya cemana nak bayar yuran pengajian tanpa perlu keluarkan duit sendiri dulu. Sharing ni more untuk part time student yang mana takder loan dari ptptn, mara atau jpa. So, kena bayar sendiri. Dan alternative pembayaran adalah melalui kwsp.

Tapi ada gak, kawan-kawan yang bertanya, kalau bayar melalui kwsp, kena bayar duit kita dulu, then claim dari kwsp macam beli rumah... sebenarnya, tak perlu bayar dulu. Apa yang perlu hanya beberapa langkah seperti yang akan aku share kat bawah ni.

Mula sekali, pergi pejabat bendahari universiti. Macam kes aku, aku pergi ke DW7, intekma resort. Sampai kat bendahari tu, aku just minta dorang buat satu surat pengesahan pembayaran yuran. Aku tunjuk bill yang aku dah print online.

Surat ni sebenarnya format yang telah disediakan oleh pihak kwsp. Tapi kita tak perlu lah bawak contoh, sebab pihak bendahari dah tahu pun benda ni. Lepas dapat surat pengesahan ni, make sure bahagian bawah bertanda 'x' untuk pembayaran yuran terus ke bendari universiti. macam kat bawah ni ler...

Lepas dah dapat surat ni, teruslah menuju ke cawangan kwsp yang terdekat dengan anda. Bila sampai, terus minta borang untuk pengeluaran pendidikan. Kalau tak pun, boleh download borang kat sini. Pilih borang KWSP 9H (AHL) - Pengeluaran Pendidikan. Sebelum tu, perlu diingatkan bahawa sila sediakan photostat i.c. depan belakang untuk attach sekali masa buat submission borang nanti.

Kat borang tu, hanya perlu isi maklumat ahli dan pada page belakang yakni bahagian E, masukkan jumlah yuran semasa yang perlu dibayar. Setelah semua maklumat itu lengkap, kepilkan surat pengesahan dari bendahari bersama i.c. photostat anda dan ambil nombor giliran.

Setelah itu, maka berurusan lah anda dengan pegawai jika nombor anda dipanggil. Bila pegawai tu, settlekan urusan menyemak maklumat apa semua, dia akan print seperti statement atau resit, menyatakan bahawa anda sudah membuat pemohonan percubaan pertama - lulus.

So, tunggulah beberapa hari atau minggu, kita akan dapat surat dari kwsp menyatakan bahawa yuran kita dah dibayar oleh kwsp. pihak kwsp akan creditkan terus amount seperti dalam permohonan kita ke bendahari.

Jadi, tak perlulah kita nak keluarkan advance untuk bayar ke bendahari dulu, then claim. Tapi kalau duit banyak tu, lain citer lah... boleh bayar cash je yuran....

sekian. sedikit sharing untuk kawan-kawan ajer. kalau berguna boleh jadi panduan...

Thursday, December 08, 2011

ape-ape ntah...

actually beberapa hari ni, aku nak menulis, cuma tak berkesempatan ajer. aku nak menulis pun bukan apa, just nak luahkan rasa kepenatan dan tekanan dalam diri aku ni. dengan kerja, study dan.... baru aku sedar, untuk study part time, bukan semudah yang disangka. banyak perkara yang perlu dikorbankan dan banyak perlu berkorban. kalau tak, memang terkorbanlah jawabnya.

hujung minggu lepas je, ada 6 assignment nak kena siapkan dan ada beberapa test online nak kena siapkan. memang amik masa nak siapkan. dengan kerja office yang masih berlambak, dan in fact sampai hari ni, aku masih belom bukak kerja office aku. mampus la nanti nak kejar schedule.

Thursday, November 24, 2011

sahabat baru...

finally, benda yang aku idamkan selama ini telah menjadi akhirnya. aku dah berjaya memiliki MacBookPro 13" dengan processor i5 2.3.

sebelum ni, benda ni hanya dalam impian, dan kekadang seperti tidak yakin nak beralih arah ke dunia lain. tapi, aku yakinkan diri yang aku boleh masuk ke dunia apple... 

laptop ni aku tak beli dari kedai, tapi aku beli dari perseorangan yang mana orang tu, seperti dealer untuk mac. harga dia memang cantik, jauh murah dari harga pasaran di malaysia ni. syukur aku jumpa dia sebelom beli. ni semua atas recommendation kawan dalam fb group aku. thanks kekawan...

semoga dengan kehadiran 'orang baru' ni, boleh memberi banyak semangat kepada aku untuk terus bekerja, study dan sebagainya. kira makin rajin lah kot.

Friday, July 22, 2011

owh lappy...

petang tadi, aku dah terbeli laptop baru. bila balik je dari low yatt, aku tak tahu nape aku nak beli laptop tu, sedangkan ia bukan dalam list yang aku nak beli. owh tidak... kenapa? 

aku sebenarnya nak carik acer 13" tapi, kenapa semua kedai dah abis. yang ada hanya 14" harga RM2,499.00. yang 13" hanya RM2,000 je... budget aku memang banyak tu masa ni, sebab aku mintak kat boss aku duit. adeh... rasa nak jual balik ler laptop ni...

Monday, July 11, 2011

sedih

Hari ni hari yang paling sedih. Laptop kena curik dalam office... owhhh.... kalau setakat ilang laptop je, aku tak kisah sangat, tapi hilang data adalah perkara yang paling sedih dan tak boleh nak di terima oleh pemikiran aku.

Cemana lah laptop aku boleh kena curik, sedangkan sebelom ni, ok je kat opis ni. dan pencurik tu memang terror, sebab dia masuk dalam office tanpa sape-sape sedar sebab ada je orang kat office ni. Aku kuar office kol 11.00 pagi, sebab nak ke embassy amik visa, dan pastu drop kat Cheras antar barang, balik je office kol 3.00 petang, aku tengok laptop dah takder. Yang ada hanya cable dan segala accessories nyer ajer. Owh...

Sekarang ni pakai laptop lama untuk buat apa yang patut dan esok kena pergi Miri dan lusa ke Bintulu ada meeting. Tapi... data dah ilang...

laptop ku dimana...

aku balik je opis... tengok laptop dah kena kebas... sapa lah yang kebas laptop ni... aku letak kat atas meja dalam bilik aku... takder sape orang dalam office ni perasan ada orang masuk office dan kebas laptop tu. adeh... ilang semua pangkalan data dari bulan Feb dulu...

baru je nak plan buat back up this week, while traveling esok ke Bintulu, dah ilang semua...

dugaan tuhan...

Friday, July 08, 2011

saya ada 24 jam

sama? yes... sama semua orang ada masa yang sama, tapi saya rasa waktu itu macam tak cukup...

Tuesday, May 17, 2011

Lama...

lama dah rasanya tak update blog. hakikatnya memang banyak kali nak update, tapi tak berkesempatan lagi. kena plak dengan keje yang tak pernah nak habis.

sekarang ni pun, aku update blog ni guna hp je. bukan ape, time bukak pc je, mesti dah tak ingat ape nak tulis. at the end, wat keje lain, kalau tak pun aku jalan-jalan kat blog orang...

well, nanti sambung lagi.




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, January 24, 2011

sambungan...

hari ni dah 24 January dan dah nak abis bulan pertama 2011. aku macam lupa yang sekarang dah masuk tahun baru. mungkin kerana sibuk, tu yang terlupa dah masuk tahun baru. kena plak awal bulan aritu prepare tender yang aku rasa macam tender giler.

tender bagi kat vendor hujung dec 2010 dan closing 4 january. masa diberi dalam 10 hari kalau tak silap aku, tok prepare tender yang kira-kira 49 mil. huh, memang kerja gila oleh syarikat P yang berpejabat kat kerteh itew... jadi aku terpaksa melupakan hujung minggu bersama family dan hingga aku terlupa yang aku dah berada ditahun baru masa tu. memang dah tak fikir apa azam tahun baru da...

so, sekarang ni, sedar-sedar aku dah kat UK dah... dalam masa malam-malam buter ni, aku tak leh tdo sebab masih ikot waktu Malaysia, tu yang aku bangun dan update benda alah ni dan main fb sket. tak tahu nak buat apa, walaupun banyak benda aku nak kena buat sekarang ni. Semua pasal kerja office aku dan kerja personal aku.

tahun ni, mungkin masih kekalkan azam tahun lepas dan aku akan cuba untuk achieve apa yang masih tak dapat terutamanya kerja baru. aku tau, ramai orang akan cakap, dah berapa tahun aku cakap nak tukar kerja baru, tapi tak tukar pun. masih gak kat situ. jawapannya mudah, belom ada rejeki... kalau ada, pasti aku dah beralih arah.

business aku pun tak menjadi sangat lagi, itu jugak jadi penyebab kenapa aku fikir nak kerja je dulu, then bila aku boleh nak up, so aku akan cuba balik tok mula business lagi.

sebenarnya, banyak benda nak tulis, tapi bila nak menulis je, dah jadik blur, tak tahu apa nak update. mungkin sebab dah lama tak update blog macam dulu-dulu kot dan mungkin jugak, aku bukan blogger tegar. hehehe.

ok, mungkin bila aku free sket nanti, aku akan update lagi.