Sunday, December 16, 2007

what the story???

Hari ni birthday wife aku... semalam g beli kek ajer tok dia. yang lain, semua kiv dulu sebab ada beberapa masalah akhir-akhir tahun ni. aduh... kesian dia... tahun lepas just bagi kad ngan bunga ajer, tahun ni baru kek ajer.

dan malam ni baru aku update online sebab dari semalam lagi internet tak dapat... ada masalah network. biasalah... benda free... memacam ler jadinyer... lain ler kalau line tu aku sendiri yang punyer.... hehehehe... biasalah...

takder aper story sangat pun weekend ni... cuma agak moody sket... ntah ler... another story to tell in another word...

Wednesday, December 12, 2007

aku

## cerita satu ##
sekarang aku rasa cam hampeh je aku ni... kerja melambak. plan nak buat itu, ini, semua tak menjadi... itu lah hampeh...

"dengan satu keputusan yang kecil, ia akan mengubah segalanya, malah ia akan menjadi sesuatu yang amat besar"

aku perasan, frasa kat atas tu, ada orang bagitau kat aku aritu... ntah ler... ape kes dia cakap camtu plak. mungkin kerana kita kekadang terlupa akan keputusan yang bakal kita buat. malah keputusan yang terburu-buru ditambah plak dengan perasaan yang berkecamuk dan tatkala fikiran kurang rasional, menjadikan kita membuat satu keputusan itu secara mendadak. dan impaknya, bukan sedikit.

mungkin ada kalanya, kita tidak punya pilihan dan pilihan itu hanya YA. dan tiada TIDAK. jadi, dimanakah keputusan itu nanti? pastinya kita akan pergi dengan apa yang ada.

note: habis topic satu (aku rasa lah... kalau ada pun nanti-nanti aku sambung semula)

## cerita dua ##
satu sikap aku yang memang aku sendiri perasan dan akui adalah... "aku tak nak kalah dengan sesiapa".

Yes, sikap itu, ada baiknya dan ada yang tak baiknya. yang baiknya, ia akan membantu untuk mengubah diri kita menjadi yang terbaik antara terbaik. kerana kita tidak mahu tewas dengan sesiapa. dan yang negatifnyer... pelaksanaan dan juga apa yang harus menang.

dah beberapa issue aku rasa macam ntah ler... dari dulu lagi, aku memang tak nak kalah pada sesiapa dan kalau boleh biarlah aku yang terhebat antara yang terhebat. tapi tuhan maha kaya, selalu ajer ada yang lebih hebat aku temui. .....mungkin kerana aku diperantauan.... dan merantau...

kalau aku tengok kembali apa yang aku tak nak kalah, semuanya perkara remeh... kalau aku jumpa dak-dak sarawak, aku borak... dan tanya berapa kali setahun dorang balik sarawak. dan aku akan bangga jika aku balik selalu. walaupun atas urusan kerja. hehehe... dan selain tu, ah, banyak lagi rupanya kes remeh yang aku nak menang ajer. kes ni, tak yah menang pun xper. sebab kadang-kadang ia boleh memakan diri.

baik jadi somebody yang humble. tapi boleh kah aku? ntah ler... dah dari dulu lagi, aku akan suka berbangga dan suka nak menang. aku akan rasa puas jika aku berjaya memenangi dari orang lain. dan aku akan rasa puas bila orang lain tewas. tapi... kenapa aku masih di takuk lama dan tak berubah lagi untuk lebih berjaya.

huh... sebuah story hampeh dari aku.....

Sunday, December 09, 2007

xtahu cerita....

tak tahu cerita dah sekarang ni... dna sekarang ni, aku dah macam masuk semula ke blog. tak tahu ler, adakah ini satu permulaan untuk aku memblog kembali. aku rindu dengan blog ni... banyak perkara yang terpahat dalamnya dan banyak juga perkara yang aku ingin kongsikan dalam nya... ini lah tempat untuk aku meluahkan segala rasa hati andai tiada siapa yang ingin mendengarnya... kerana aku tahu, tiada siapa yang sudi mendengarnya...

minggu lepas dah aku start cari-cari templete baru untuk blog aku ni. sebab aku tengok cam tak best je templete lama ni. dan aku ada jumpa sesuatu. yang mungkin pada aku agak menarik dan simple. so, hari ni tadi mulalah nak 'oter' coding dia... tapi tak habis pun. sebab kemalasan melanda dan aku rasa cam bebal ajer nak tengok coding tu...

aku pun tak tahu kenapa lately ni, memacam benda dalam fikiran aku... dan memacam perkara gak terfikir dan sekarang bermacam perasaan wujud. 'kemalasan' adalah salah satu perkara yang paling banyak wujud dalam diri aku sekarang ni... aku dah mula malas nak itu, malas nak ini. dan bermacam lagi. tak tahu kenapa... mungkin juga kekadang ada emosi yang mengganggu menyebabkan hati aku rasa malas dan serba itu ini.

tapi apapun, aku akan cuba untuk kuatkan diri aku. sekarang ni, tanggungjawab dah banyak dan banyak perkara yang harus di fikirkan...


Sunday, December 02, 2007

lama dah....

dulu aku pernah menulis tajuk ni... "lama dah..." sekarang aku tulis balik. kerana memang dah lama aku tak update banda alah ni. banyak perkara telah berlaku sepanjang ini yang menyebabkan aku jarang menjenguk apatah lagi nak meng update blog ni...

sekarang ni, banyak benda yang bermain dalam fikiran aku... itu, ini, semua ada... 2 minggu lepas aku balik miri, sebab nak hantar parent aku menunaikan haji tahun ni. alhamdulillah, panggilan haji mereka dah sampai... dan aku doakan mereka selamat pergi dan pulang ke miri semula dengan mendapat haji yang mabrur...

banyak perkara nak cerita... tapi... biarlah...

Saturday, August 11, 2007

satu perjalanan yang lama....

sekarang ni aku berada di airport. lebih detail, airport senai, johor. satu perjalanan yang memenatkan bagi aku. bukan apa, sepanjang masa aku kena travel. minggu lepas aku dah fly ke jb ni tok beberapa hari, then, minggu ni pun kena fly lagi. dan aku rasa... letih sangat dah. dengan kerja yang berlambak di kl office, tambah plak ngan job di jb ni dan beberapa job di sarawak. tapi nak wat cemana, dah urusan kerja... tok cari rezki.

dan blog ni pun dah jadi habuk... tanpa ada update, malah aku xsempat pun nak update pasal perkahwinan aku sebelom ni. kalau nak tgk gambar, boleh ler masuk ke http://romzie.fotopages.com. kat situ ada sket gambo...

lepas kawin ajer, banyak tol kerja, malah cuti aku pun xbanyak mana masa kawin tu. huh, ntah ler... minggu depan aku nak ke miri lagi dan aku akan wat majlis kat miri 19 ogos nanti. so untuk sapa-sapa yang berada di sarawak espcially di miri tu, datang ler ke majlis aku. kalau nak tau tempat leh ler contact aku yea.

orait. dah petang ni, flight aku pun dah nak sampai. mungkin beberapa hari nanti aku akan update lagi. kalau tak pun, mungkin lepas majlis aku nanti...

adios...

Monday, July 02, 2007

walimatulurus


assalamualaikum...

to all blogger yang baca blog aku ni, aku menjemput korang semua ke majlis perkahwinan aku kat jengka 7, pahang darul makmur pada 8 julai 2007.

perjalanan, di jangka dalam 2 jam setengah jer... dari kl (tu drive ikot peraturan jalanraya ler) kalau tak ikot, memecut ajer... dalam sejam setengah sampai ajer.

dan kalau rasa tu jauh sangat sebab dalam 2 jam setengah, boleh datang ke miri. sebab dari kl ke miri hanya amik masa 2 jam 15 min je...

sampai airport miri, cakap ngan teksi tu ke alamat aku tu, dalam 10 minit ajer dia drive ke umah aku. dan korang boleh balik petang tu gak....

miri majlis dalam kol 10 pagi je... tapi kalau guest datang dari jauh, bleh je kol brapa....
cadangan flight, kalau airasia, amik flight kol 7.00 pagi dari lcct, then sampai miri dalam kol 9 lebih. dan terus g umah aku, makan aper semua... gambar-gambar, pastu leh ronda-ronda bandaraya miri jap, then balik kl smuler pakai flight kol 9 malam. mudah kan? aku selalu camtu je kalau nak balik umah...

well, maklumat peta dan sebagainya ada kat sini.

*p/s: sorry ler kalau tak dapat kad tu eh...

Thursday, May 03, 2007

sorry msjbox

aku just kembali dari outstation dan sekarang dalam persediaan untuk satu lagi outstation. haritu aku ada call shai, konon aku bleh join party kat sate kajang tu, masa aku call tu, aku masih di miri lagi dan tetiba aku dapat call, barang aku dah sampai masuk tambak dari woodland. so, aku beli tiket ke kl dan drive ke johor. sebabnyer aku nak letak a.k.a tinggalkan kereta tu di johor nanti. so, next time, mungkin aku fly ajer ke johor dan tak payah drive.

di johor, berapa hari aku habiskan pun tak ingat sangat. aku balik kl hari sabtu. jumaat check flight, semua penuh nak naik airasia. airasia hanya ada satu flight je sehari so, takder chance nak balik. aku g kaunter mas, dan syukur ada flight kosong lagi. aku just beli je dan balik sabtu. aku balik kl sabtu dan lepas tu, atas beberapa urusan peribadi aku kena setlekan dulu sebelom another outstation ni. ahad, aku ke pahang dan baru balik semalam ke kuala lumpur.

hehehe... belom abis lagi udara kuala lumpur, petang ni aku nak amend tiket aku ke kelantan ahad ni. sepatutnya aku akan ke kelantan 5 hb. mean esok ler. tapi sebab heli tak book lagi, so pospond beberapa hari. the next trip is 7hb ni. so, next week aku takkan berada di daratan selama 2 minggu. aku akan berada di lautan biru... di sempadan malaysia vietnam.

kalau ada sape-sape nak carik aku, e-mail je ler... kalau tak pun simpan hasrat tu dulu sampai aku balik darat nanti. hehehehe....

itulah dunia aku sekarang ni. nak update selalu benda alah ni pun masa tak mengizinkan sangat. lantas ia jadi cengini...

Tuesday, April 17, 2007

fly ke miri

sekarang ni aku kat lcct.

heh, sebelom ni, kemain aku nak update selalu blog ni, tapi lepas aritu, yang aku ke johor tu, time aku agak tight, sampai takder masa pun nak update, apatah lagi jenguk blog aku ni.

dan tengok-tengok ada orang dah tinggal msj kat msjbox aku tu. terima kasih kerana melawat. hari tu, aku ke johor dan perabih banyak masa tok siapkan beberapa job kat sana. balik je kl, sibuk buat itu ini plak. engineering work.

dan hari ni, aku kena fly ke miri lagi tok management meeting jumaat ni dan attend survival course esok. rasanya last aku fly ke miri masa tahun baru cina aritu, dan tak sure ler dah ada wifi ke tak kat sini. dan sekarang ni ada dah. cuma slow sket, mungkin sebab orang ramai guna kot. tu yang jem.

flight aku sepatutnya kol 4.20 ptg, tapi delay ke kol 5.00. itu aku leh terima lagi. setengah jam ajer. tapi tak lama lepas tu, cakap delay lagi ke 7.40 malam. dan tahap delay dia mengatasi flight kol 7 malam. (sebab malam ada satu lagi flight ke miri. kol 7)

huh, aku fikir sengsorang, mungkin sebab sebelom ni aku riak, tak pernah kena delay. so tuhan nak test aku, cemana rasa member2 lain yang kena delay. yeah, memang betol, sebelom ni, dah banyak kali aku naik airasia ni, aku tak pernah kena delay dan selalu on time. kalau tak pun, kekadang leh awal dari jadual sampai ke destinasi. dan kali ni, memang dia uji aku ler. hehehehe...

dan, nasib baik, dorang bagi refreshment berupa kek dan air kotak tok pasangger. selain tu aku try gak tok dapatkan seat flight kol 7 tu, mana tau ada. syukur. aku dapat flight kol 7 punya seat. heh, airbus. biasa sebelom ni, kol 4 petang tu boeing. mungkin ada masalah teknikal kot boeing tu. sebab kapal lama lah katakan.

ni sambil lepak-lepak ni, aku download e-mail jap. walaupun sedar yang kuasa men download itu lembab. ahaks. harap lepas ni, takder delay lagi ler.

aku tak tahu ler, cam malang je arini sket tok aku. dah ler tadi, aku tak perasan yang pisau serbaguna aku dalam beg laptop, sah kena tahan keselamatan masa nak masuk. then aku cari kawan nak pas pun tak dapat. akhirnya aku letak kat luggage counter dan kena charge 10 sehari. lepas je simpan, jumpa plak member aku tu. so, g amik balik, soh dia simpan. selamat sekt duit aku dan selamat sket pisau tu. sayang tu aku nak buang aku bagi camtu je, walaupun awek aku cakap buang je. berapa ratus tah aku beli pisau swiss tu dan kenangan banyak, sebab dah banyak berjasa kat aku dari zaman study dulu. awek aku plak salah sangka, ingat awek mana bagi aku sampai aku tak nak buang.

ops, flight dah nak sampai. nanti sambung balik.

Monday, April 02, 2007

trip cancel

huh, mula kemain minggu lepas aku plan nak ke JB petang tadi. nak buat joint inspection ngan client pasal barang aku tu. alih-alih atas beberapa sebab aku tak jadi pergi. adeh, esok ler kena pergi...

hari ni, aku ingat barang dari singapore tu akan datang, tapi tak datang-datang gak. lastly bile check, rupanya dorang baru nak courrier ke KL. jadi di sebabkan itu, trip aku pospon. satu lagi sebab ada satu tender yang aku belom siapkan lagi. tender tu sepatutnya closing last week tapi di sebabkan supplier aku lambat bagi proposal, hari ni baru nak prepare. sangkut lagi. adeh... malam ni baru habis kerja aku buat proposal tu. dah kol 9 malam rupanya.

ok lah. nak balik dah.

Friday, March 30, 2007

hari ni cuti

bersempena dengan sambutan maulidur rasul esok hari, maka dengan ini, di istiharkan bahawa hari ini cuti untuk company aku. cuti ini ada lah macam replacement untuk cuti esok yang mana memang kami tak bekerja pada hari sabtu.

sekian terima kasih....

Thursday, March 29, 2007

kesudahannya

aku try tok ikot apa yang aku plan pagi tadi, but ada lagi benda tak settle. aku hanya mampu siapkan sumandak aku tu, dan east belumut, terus berlumut.

kena plak masalah peribadi sket. adeh... kenapa aku selalu tersilap ajer... nasib ler... aku yang kena... biarkan.

esok public holiday tok company aku sempena sambutan maulidurasul sabtu ni. so, office aku tutup jumaat bagi menggantikan public holiday yang jatuh pada hari sabtu tu.

hari ini...

bangun agak awal gak hari ni, sebab malam tadi tidor awal. aku dah tak larat malam tadi nak tidor lewat sebab kepala aku rasa macam nak pecah je... sakit...

bangun-bangun je, dalam kepala dah ada task nak kena siapkan...

sumandak
  • drawing kena review balik
  • update, comment drawing
  • reply e-mail, explain to client on system.

east belumut
  • study design, prepare engineering drawing
ops... sebelom itu, prepare engineering design/drawing untuk meeting semalam. sebab nak submit ke SSB.


Wednesday, March 28, 2007

meeting...

bangun awal pagi ni. nak ke kl. bayangkan dari puchong nak ke KL. jem gilee babas...

aku ke kl sebab ada meeting untuk conceptual design project baru di offshore bintulu. meeting di empire tower, di meeting room ranhill worley. attendee semua lead engineer yang ada ir. kat depan nama. sedangkan aku hanya ada diploma aeronautic. hehehehe... apa kaitan?

selain ranhill, technip dan client ada. client kali ni sarawak shell berhad. meeting abis kol 12.30.

g makan jap ngan client, lepas tu pergi project office smart tunner. ada meeting dan discussion pasal equipment dalam smart tunner. tu yang smart tunner tu masih tak boleh operate. belom beli lagi rupanya... hehehe...

petang, balik office, settle kan beberapa documentation yang tertangguh.

job discontinue...

sambung...

pertama kali aku nak gelak sket pada komen yang cakap gaji aku besar... hakikatnya, gaji aku masih tahap diploma lagi kat company sekarang ni. so, korang tau ler range dia kan? below 2K. aku siap bold lagi situ, supaya korang tau yang gaji aku memang ciput. yang aku maksud kan 4K and above tu adalah market aku dengan resume yang aku ada.

aku mencuba memperdagangkan resume aku ke beberapa company dan feedback dari yang aku dapat ialah itu. malah ada satu company di plaza central pernah panggil aku untuk bekerja dengan dia... bila aku tanya offer... jawapan dia "sky is limit of your income, just say it" pergh... sky is the limit... tapi aku tak nak join. kerana, aku kurang minat dalam kerja camtu... aku lebih suka kerja yang banyak pada project management. mean that, apa yang aku buat sekarang ni. kalau aku accept kerja tu, aku mungkin takkan belajar tentang import/export... tentang documentation. sebab company tu besar dan semua kerja ada orang yang uruskan. aku hanya uruskan bahagian aku ajer. promote. that its.

tidak seperti kerja aku sekarang ni, tugas aku... meh nak list bawah ni dan siap susun jalur kerja lagi...
  1. bermula dari mencari tender baru... actually belom ada tender keluar pun... aku dah kena jumpa consultant atau direct client, dan borak ngan dorang pasal system aku. dan aku proposed design.
  2. lepas jumpa consultant tu untuk promote design system aku, aku plak jumpa client dan proposed benda yang sama.
  3. lepas selesai, barulah consultant akan keluar dengan concept design untuk sesuatu project. dan dalam masa yang sama, aku kena pastikan yang concept tu dah di masukkan element product dan system aku. kalau nama aku masuk skali lagi bagus... hehehe...
  4. lepas selesai... akan keluar tender untuk meneruskan dengan detail design. aku kena aware dan alert perjalanan masa tu. sebab masa tu aku belom dapat project lagi. ini masih dalam fasa homework. bila dah tau sapa dapat detail design, aku akan jumpa connsultant tu dan discuss pasal system aku. aku akan bagi sebanyak mungkin info, supaya bila keluar je tender nanti, produk/system aku dah tertulis dalam document tender. kira masa aku bid nanti sebelah kaki dah masuk ler.
  5. lepas tu, aku kena ikuti perjalanan prosess tender tu. kalau boleh jumpa client, dan convince kat client tu, yang system aku ni bagus dan specification yang di tulis dalam tender tu ok. (specification tu, aku kena tolong buat gak ngan consultant)
  6. bila client dah setuju, client akan kuarkan tender untuk fabrication. so, biasanya ada 6 - 7 yard (fabrication) di malaysia ni. jadi salah satu yard tu nanti akan dapat tender tu.
  7. bila satu yard berjaya untuk buat project tu, aku kena jumpa orang-orang di yard tu. terutama procurement, engineering dan project. selain perkenalkan diri (actually kebanyakkan yard di malaysia ni dah kenal aku. heheheh... xyah nak perkenalkan dah), aku promote product aku.
  8. lepas tu, baru ler yard ni bukak tender, sub-con ke vendor. so, masa tu baru aku dapat tender document untuk aku bid. dan masa tu, baru aku start prepare quotation dan technical proposal. (actually, aku dah hampir boleh buat apa yang tender tu nak, sebab aku buat dari awal, masa specification stage)
  9. dan masa tu baru ler, berlawan harga tender, dan seperti biasa aku jarang nak bagi discount banyak. sebab aku yakin, aku boleh menang tender kalau takder orang main kotor. so, itu aku kena monitor.
  10. kalau dapat jer tender, maka bermula lagi satu kerja. aku kena prepare documentation, prepare kick off meeting dan segalanya.
  11. masa dapat project ni ler, masa aku banyak habis kat depan pc dan prepare engineering document, prepare benda nak kena beli, prepare drawing (aku buat sendiri drawing dalam CAD tau kekadang...). lepas tu hantar design/drawing ke yard untuk approval dan baru start manufacturing.
  12. masa manufacturing ni, kena prepare progress report... dan sekarang ni, alhamdulillah... sesetengah kerja aku assign kat engineer aku. aku dah ada engineer bawah aku. sekarang nak carik lagi ni...
  13. bila masa nak delivery ke client, aku kena advice factory aku, shipping invoice dan instruction. selain tu, kena deal dengan logistic company. kekadang tu, barang ni hantar melalui singapore. aku kena aware pasal transipment ke malaysia dan segala macam exemption kalau ada. kalau tak, kena ngadap kastam bayar cukai. selalunya ada exemption ler... dan aku selalu akan pass ke logistic aku buat. dorang lagi pakar. tapi aku kena tau procedure gak.
  14. lepas barang sampai je, aku kena ke lokasi untuk buat material inspection. situ aku kena verified barang yang aku supply tu sama dengan documentation aku sebelom ni.
  15. siap je tu, nanti dorang pasang. yang ni nasib bukan kerja aku, kalau tak mampus aku nak buat,
  16. dah siap pasang, aku kena berada di site jugak untuk monitor pemasangan dan lepas tu buat testing dan commissioning system tu. aku kena pastikan system tu berjalan dengan lancar tanpa ada masalah.
  17. siap commissioning, aku prepare report commissioning.
  18. lepas tu, aku kena prepare final documentation. final documentation ni macam surat beranak ler untuk system tu. setakat pengalaman aku buat documentation ni, paling nipis aku pernah buat adalah 4 inci. hehehehe... semua kertas A4. drawing A3. just imagine....
  19. siap documentation, aku kena advice payment/invoice ke account aku. bila aku tengok ok, accaount aku akan prepare invoice tok client tu. so, aku hantar invoice.
  20. selain hantar invoice, suppliar aku akan hantar invoice kat aku, dan aku kena check invoice tu dan aku kena sign. kalau aku tak sign, company aku takkan bayar. so, sapa nak jadi suppliar aku, kena buat baik ngan aku. make sure aku sign. kalau tak, korang tak dapat payment.
  21. aku kena kejar account department client aku untuk dapatkan bayaran project aku. sebab aku dah siapkan kerja, so aku kejar. ni tahap yang berat. kekadang client lambat bayar. kekadang ada sesetengah client tu aku pakai letter of credit je. so selamat sket dari kejar dorang ni.
  22. bila dapat payment baru lega. tapi project dan tugas aku belom tentu habis. dan bila project tu, biasanya plantar yang di bina tu nak ke offshore dan nanti di offshore akan ada testing lagi... so, situ aku kena ke offshore lagi. sebab tu, korang kekadang tgk aku ke laut. dan buat kerja lagi di laut. testing semula system aku, dan kekadang kena interfacing dengan yang lain. kritikal beb. kena kalau dah live, salah tekan, pelantar boleh shut down. mampus kena....

so.. itu ler kerja aku.. perjalanan/flow kerja aku. dan biasanya, setiap project bukan start bile dah abis project lama... tapi bertindih... dan sekarang ni dalam tangan aku ajer ada 5 project yang aku kena settle kan satu-satu. dan yang masih berat, masih dalam engineering ada 3. satu hampir nak delivery, satu lagi tunggu offshore testing.

jadi, ble tgk perjalanan kerja aku, ia meliputi segalanya. aku kena tahu, tendering, document, proposal, engineering, account sket, management dan macam-macam. kalau korang jadi boss, rasanya berapa nak bayar aku? sebab tu, kalau ada company offer aku, aku akan tengok bidang kerja. berapa banyak aku boleh belajar kalau aku kerja ngan dorang. cam kerja sekarang ni, kalau aku bukak company sendiri pun, insyaALLAH boleh survive kot.

dan, dalam company ni, selain buat project aku bertanggungjawab menjaga user email. kalau ada e-mail staff aku yang down, aku kena check. website pun aku tak update lagi. so sapa yang expert, boleh contact aku tok promote nak buat website.

Tuesday, March 27, 2007

urgent meeting?

awal pagi, buka e-mail.

Romzi,
................. kindly come for a meeting at 4.00 PM tomorrow at the procurement office. Please also bring along the approval given by Shell ..................

Other agenda for this meeting shall be:-

1) ......................
2) .................
3) .................................

Your attendance for this meeting is compulsory.

Regards,
Mr. Expeditor
Tel: 07-some where in johore...

lepas baca e-mail tu, aku rasa macam... bengong sekejap... wah... kezutan... e-mail aku tengok sent semalam. tomorrow yang di maksudkan adalah hari ini. aku kena ke johor petang ni tok meeting. huh... mana dan.

boss call, terkejut dengan e-mail tu. sebab dorang c.c ke boss aku gak. dan boss aku tanya cemana. aku dengan relex cakap ngan boss, tak per... i call them.

aku call client. try solve problem via telephone. dah tengahari. done. semua setuju tak yah meeting petang tu. giler aper aku nak ke johor sedangkan esok aku nak ke kl. ada meeting tok project baru. untuk meeting esok pun aku tak siap wat design lagi. so, tadi, berjaya siapkan concept design dan nak continue lagi...

Friday, March 23, 2007

another day to update

rupanya baru aku perasan yang last update aku adalah 12 march lepas. dan rupanya dah 2 minggu tak update benda alah ni. mungkin bagi sesetengah orang akan cakap, "huh, dulu kemain, angat-angat taik hayyam" yeah... aku tak kisah ler kalau orang nak cakap cengitu.

banyak perkara berlaku dalam 2 minggu ni, dan hingga aku terlupa sebenarnya apa yang berlaku. yang pasti, hypertention aku dah jadi dah... tekanan dah jadi 140/90bp. err... doc cakap, itu tak normal. dan dalam beberapa hari tu gak ler, aku kureng sihat. selalu sakit perut.

dan... ada beberapa kes dan issue lagi yang berlaku dalam masa tu sebenarnya... isu yang aku rasa biarkan ajer jadi rahsia aku... minggu lepas aku memang all out sebab boss aku ke oversea dan kebanyakkan kerja, aku kena settlekan sendiri. dan minggu lepas boss aku dah balik malaysia, dan aku ingat bebanan kerja aku kurang, tapi aku tengok sama ajer. aku rasa, boss aku ada plan tok aku kot. dan minggu ni, another manager datang kl. to do some testing. dan dia explain kat aku, kalau boss dah mula macam bagi je job kat seseorang full tu, tanpa dia campur, maksud nya ada something la tu.

apa yang dia maksudkan something tu, colleague aku explain yang boss biasanya jarang beri semua kepercayaan pada orang kecuali dengan orang yang betol-betol dia nak. wah... ada something nampaknya... itu yang buat aku terpaksa sabar kat sini, memerah tenaga aku tanpa bayaran yang tinggi. aku yakin, suatu hari nanti, aku boleh jadi somebody di sini. selagi vdp belom ada orang amik, selagi itu, aku try nak pertahan diri aku di sini.

aku tahu, market aku di luar sekarang ni tak kurang 4K. bukan nak cakap besar, tapi dengan pengalaman yang aku ada dan dengan keupayaan aku ini, aku dah survey yang dorang boleh bayar antara 3 - 4k. malah director aku pernah cakap ngan aku, dia evaluate aku, dan bagitau, kalau aku apply international company, aku boleh demand 6 - 8k sebulan. wah... terkejut kujat aku dengar... pastu director aku tanya, berapa aku nak sekarang... aku just cakap terpulang ler berapa dia nak bagi... asalkan reasonable.

well, melalot plak aku cerita pasal kerja ni. tu lah... dah ada dah orang tegur aku workaholic. (betol ke ejaan ni). ntah ler. yea ker? aku pun tak tahu. tapi itulah hakikat diri aku sekarang ni. errr... kekadang aku nak jadikan blog aku ni sebagai diari kerja aku, tapi... tengok lah...

next episode....

Monday, March 12, 2007

kena tag

Tag : Show Me Ur Desktop !!

Teh Bunga a.k.a. yatt tag aku ...!
walaupun aku ade keje tp buat gak la ... muhhahahah

yang aku jumper ler, acai yang membawa virus ni, menurutnya "desktop, arrangement, resolution mengambarkan tingkah laku kerja seseorang" benarkah? ada sapa-sapa leh komen aku plak?


Yatt, aku punya desktop sekarang...

Resolution : 1280 by 800 pixel (right clik/properties/setting)
Laptop, LCD or CRT monitor : Laptop
Been using this desktop since : baru lagi, lepas format aritu... ke vista...


Kaedah (sape yg tak tau) :
Hit "Print Scrn" button (sblh F12) > paste kat paint/adobe photoshop..:)

aku nak tengok desktop :
sapa-sapa ajer yang melawat blog ni.... (kalau ada lah)

lama dah...

it has been long time did not update this blog...

arghh....... aku rindu pada blog ni, lama dah tak update... kerana aku sibuk.

hari ni, isnin. aku tak seperti isnin yang selalu... pagi tadi, macam malas je nak bangun dan malas je nak keje. lastly aku masuk dalam blog ni dan luahkan. aku tak tahu nape... mungkin kerana lately ni keje aku banyak kot. dan aku perasan beberapa hari ni, aku bangun pagi, kepala aku mesti ingat pada kerja ajer. aku tak tahu cemana nak buat. mungkin itu yang menyebabkan aku bosan nak kerja atau malas nak pergi kerja.

dan pagi tadi, aku lagi malas, bila sedar-sedar je aku dah teringat pasal beberapa drawing dan documentation untuk 3 project aku. dan dalam 3 project ni, masih belom settle lagi. argh... pagi-pagi bangun dan fikir pasal kerja. dan aku kekadang perasan, macam aku ni tak leh nak terima tekanan yang banyak sangat.

kalau tekanan yang banyak sangat, mula lah kerja aku jadi tak menentu dan kekadang buat kerja bodoh... dan aku tak tahu, sekarang ni, tekanan darah aku cemana? yang aku tahu, beberapa minggu yang lalu, memang aku hadapi tekanan darah tinggi. dan menurut doc, aku ada hypertension. arghh.... aku dah kena blood pressure ker?

aku rasa, macam aku nak bercuti dan lupakan segala masalah yang timbul dalam kerja aku ni... tapi bila dan dimana? sebab aku rasa, kalau aku bercuti sekalipun, aku akan ingat lagi kerja aku ni.... arghhhh....

workerholic ker aku ni?

Friday, February 09, 2007

gambar zoo dulu2

dulu rasanya aku ada cerita yang aku ke zoo, dan sekarang saksikan gambar itu... tak banyak ler...


untuk gambar-gambar yang lain, boleh ler berkunjung ke romzie.fotopages...

Sunday, February 04, 2007

anugerah bintang fofular

huh... saje je aku nak menyemak sini nak hapdet pasal benda alah ni... isk... tahun ni mawi lagi yang menang... aku mengharapkan apek yang menang... tak tahu ler nape... aku minat sangat ngan si apek ni. kena plak gitu-gitu apek di pagi era tu buat aku gelak sorang-sorang. well, ini result panas yang aku perolehi setelah pra-tonton di depan tv. ahaks.

  1. pengacara tv lelaki popular – aznil nawawi
  2. pengacara tv wanita popular – fara fauzana
  3. penyanyi nasyid popular – rabbani
  4. penyampai radio lelaki popular – halim othman
  5. penyampai radio wanita popular – linda onn
  6. artis komedi lelaki popular – saiful apek
  7. artis komedi wanita popular – shiela rusly
  8. artis baru lelaki popular – faizal af4
  9. artis baru wanita popular – farahwahida
  10. pelakon tv lelaki popular – rosyam nor
  11. pelakon tv wanita popular – fasha sandha
  12. artis berkumpulan/duo popular – jamal & mawi
  13. penyanyi lelaki popular – mawi
  14. penyanyi wanita popular – siti nurhaliza
  15. pelakon filem lelaki popular – saiful apek
  16. pelakon filem wanita popular – fasha sandha
  17. anugerah khas bintang popular – datuk jamil sulong
  18. anugerah biduan veteran – jefrydin
  19. anugerah seniwati veteran – datin umi kalthum
  20. anugerah bintang paling popular – mawi
p/s: kekawan semua... sorry ler kalau aku jarang update dah lately ni... keadaan aku agak bz sekarang ni dan kalau ada update pun mungkin dalam fotopages aku. almaklum ler dah mula nak minat dalam fotography... free-free tu jenguk ler fotopages aku dan beri komen di sana...

Thursday, January 25, 2007

kamera

aku terbeli benda makhluk ni....

foto source : dpreview.com

mulanya aku tak terfikir pun nak beli... memandangkan keadaan kewangan aku yang tak menjadi ajer kebelakangan ini. dan awalnya memang aku target nak rembat slr bukan compact. alih-alih bajet lagi tinggi.. akhirnya terbeli jugak benda alah ini dengan tidak sengaja...

boleh ker aku belajo tentang dunia foto ni? dan boleh ker aku paham benda alah ni... aku rasa boleh... sebab semua kerana minat. kalau takder minat takkan menjadi... tak kira ler aper jenis camera pun. aku tahu orang akan gelakkan aku, kalau pakai compact bawak tripot besow... hehahahha... aku dah agak...

aku membayangkan, aku bawa tripot besor... lepas tu ngan camera bag yang besar gak. pasang-pasang tripot last sekali pasang camera. alih-alih nampak compact ajer. ingatkan guna "penembak" besar ngan lens 400mm ker... rupanya... aduh... tapi takper ... akan aku buktikan...

Tuesday, January 16, 2007

wehh...

aper dah... tak abis-abis kutuk cerita itu ini... ape dah... merapu keng merapat serapat... cheh... merapu benor dah ni...

aku dah mula minat dengan foto... maksud aku mengambil foto. dulu aku minat art, tapi nak amik gambar ni tak sangat sebab dulu aku ingat, modal cam besar je... sekarang ni dengan teknologi digital... leh save sikit. tapi aku takder basic ke mende pasal benda alah ni. aku pun poyo melancarkan fotopages aku. tapi berbulan berkulat ajer. dan aku nak active kan semula dan nak jadikan itu fortfolio aku dalam dunia foto ni. aku nak cube try test plak.

hakikat sebenar, aku minat dunia seni, dan foto pun cabang seni... kalau tak caya aku minat seni ker tak, tengok result spm aku. pendidikan seni tu ajer satu-satunya yang dapat pangkat satu... yang lain paling baik pun tige ajer. dan yang membanggakan plak, masa spm dulu aku tak pernah masuk kelas pendidikan seni dan tak pernah belajar secara formal apa itu seni. semua melalui pertanyaan si mulut becok aku ni...

seingat akulah kan... masa sekolah form 4 & 5 dulu, aku dilarang untuk masuk kelas pendidikan seni. yea lah, aku dak sains dan seni tu tok budak sastera. - itu kata cikgu pendidikan seni sekolah aku. dan aku di larang keras untuk mengambil paper seni dalam spm. alasan ciktu tu, kang reputasi sekolah jatuh kalau aku gagal. target dia takder student gagal. dan aku tak layak tok seat exam. sebab aku tak masuk kelas.

akhirnya dengan penuh riak, selepas keputusan keluar... aku berlagak depan cikgu yang menghalang aku tok amik exam seni dulu. diam dia...

huh... melalut ke aku ni... biarlah... untuk suka-suka aku... kalau orang menyampah nak baca, tak yah baca... tapi kalau orang komen dan kutuk aku... maka berbangga lah aku kerana ada jugak makhluk yang mengikhtiraf penulisan aku. macam makhluk yang kutuk english aku dulu... bangga sih ada orang kutuk... bukan senang.... nak dapat kutukan dan kritikan cam tu... hehehehe....

Monday, January 15, 2007

second posting of 2007

aku tak tahu, 2007 ini akan memberikan satu permata atau kaca buat aku. ini posting kedua dan rasanya dah separuh bulan berlalu, namun aku masih seperti dulu. separuh bulan ini juga menunjukkan tiada apa perkembangan dalam blogspot ni dan seumpama aku dah mula layu. layukah aku? dan alasan biasa akan terbina... bz... atau bahasa yang agak biasa jugak... sibuk ler... yea ker aku sibuk? hampeh betol ler pengutuk itu... arghhhhhhhhhhhh....

2007, aku rasa air mata dah membeku dalam alur-alur mata... setelah beberapa tahun yang lalu ia terbocor. terbocor kerana suka duka, pedih pilu dunia kehidupan... selain meredhai ujian ILAHI. 2006 yang lalu, air mata mula kering, air mata sudah tidak selalu bergenang lagi... ia dah mula tegar... tapi, kenapa akhir 2006 ia kembali pecah. air mata kembali berlinang semua dikala, hati mula merasai kenikmatan hidup. kembangan hati mula mengecil laksana airmata yang bergenang itu.

jika memang telah ditakdirkan untuk air mata aku semurah itu, aku akan terimanya dengan hati yang terbuka. jika memang dah tertulis dari azali, memang itu ujian untuk aku, maka dengan hati yang terbuka dan penuh redha aku terima. aku tiada kuasa altromen atau superman atau cicak man untuk melawannya... aku hanyalah hamba abdi yang sentiasa sujud padaNya.

aku tidak tahu bila air mata ini benar-benar akan tersimpan dan keluar tatkala hati mengembang. ku harap suatu petunjuk akan muncul memberikan aku satu sinaran agar aku tidak terus menerus begini.

tuhan, bantulah hamba mu yang hina dina ini... tiada daya untuk aku melaluinya lagi melainkan dengan kehendakMu. kau maha berkuasa...

andainya...
benarlah apa yang diperkatakan... aku dengan rasa penuh tawadduk dan rendah diri... sedia menerima ketentuan itu, dan sedia sekali lagi untuk menyimpan rahsia itu dari pengetahuan mereka... ibubapaku. kerana aku sayang dia... aku tidak mahu kehilangan dia...

jika hilang, biarlah hilang bersama daku, kerana aku...

Wednesday, January 03, 2007

selamat tahun baru 2007

selamat tahun baru 2007 untuk semua...

hari ni aku baru je masuk kerja selepas cuti yang panjang dan aku nak kena siapkan beberapa kerja yang tertunggak lagi ni... so nanti aku update lagi cerita... lagipun kepala dah jem sket ni...