Wednesday, February 18, 2009

Pelbagai issue

Kali terakhir aku menulis 3 Feb lepas. Dah berapa minggu berlalu dan masa tu, aku hanya sempat update project yang aku buat aje.

Terlalu banyak berlaku dalam masa tu sampai sekarang ni. Hinggakan nak update pun aku masih tak dapat sangat. Malam ni, streamyx aku dah active. Mulanya semalam nak active kan, tapi sebab phone aku ada masalah, jadi tak dapat ler. Takder dial tone. So, petang ni tadi aku try lagi, dan ok.

Hari tu, masa tahun baru cina, aku g Singapore, bawak wife tersayang jalan-jalan. Saje nak bawak dia, sebab aku macam takder masa sangat nak berjoli-joli ngan wife aku, kalau takder kelapangan macam tu. Bukan takat kelapangan dari segi masa, tapi kelapangan kewangan gak.

Dari awal tahun aritu, azam aku untuk tukar kerja makin membuak. Apatah lagi dengan keadaan keadaan semasa aku yang membuatkan aku memang nak sangat kerja baru. Tapi malangnya, dengan keadaan ekonomi sekarang ni, beberapa company yang aku pergi tu, tak mampu nak hire aku sebab masalah ekonomi dunia. Terus terang aku katakan memang aku berminat dengan salah satu syarikat dari Singapore tu. Dia ada branch di KL ni dan buat masa sekarang ni pun baru lagi branch tu set-up. Staff takder lagi, dan aku memang dah lobi GM nyer untuk dapatkan position kat situ. GM memang ok, cuma MD dari HQ (Singapore) tak dapat sebabkan ekonomi dunia. Beberapa minggu lepas, MD dia come back semula ngan aku dan tanya, samada aku nak tak join, tapi kena training 6 bulan hingga 1 tahun di Singapore.

Setelah berfikir semalaman, aku rasa, ada perkara aku perlu korbankan untuk sesuatu. Akhirnya aku memilih untuk stay ajer di KL ni, memandangan kami sekarang ni tengah menantikan cahaya mata sulung, InsyaALLAH Mei ni.

Sekarang ni, aku masih mencari lagi, company mana yang boleh hire aku. Kalau ada sapa-sapa yang baca ni, dan nak c.v. aku, just tinggalkan e-mail @ msj kat msjbox sebelah tu, atau comment bawah ni.

Ops. Selain tu, aku pun tengah nak hire orang. So, sapa-sapa yang rasa nak kerja dalam dunia Oil and Gas, dalam bidang telecommunication system, silalah hantar application letter, c.v. Dalam letter tu, kena nyatakan, kenapa aku perlu amik korang kerja. Semuanya mesti dalam bahasa Inggeris.

So, sapa yang berminat, bolehler hantar ke:
Recruitement,
No. 5A, First Floor,
Jalan PU 7/4, Taman Puchong Utama,
47100 Puchong, Selangor D. E.

Tuesday, February 03, 2009

Work

Actually ada beberapa benda aku nak update, tapi masa membataskan aku buat masa ni.

Sekarang ni;
1. Layang Dev Project. PAA System
2. Tangga Barat Dev Project - PAGA system
3. F23VLAP PAGA system
4. Turkmenistan Dev Project - Telecom

Ada beberapa lagi yang aku sendiri pun dah kalut nak buat yang mana satu dulu.