ini antara photo yang menarik yang sempat aku amik masa pesta kaul 2006 yang lalu...
Thursday, April 27, 2006
Thursday, April 20, 2006
Andai kau Menjadi
Aku Aku yakin kau mengerti
Aku yakin Kau Memahami
Aku yakin kau mengetahui
Hidup ini bukan sekadar impian dan mimpi....
aku sengaja menulis balik phase ini. semua kerana jiwa aku kacau. aku kacau memikirkan adakah tindakan aku betol. kenapa aku di uji sebegini? kenapa?
11 april lalu, ulangtahun kelahiran aku. apa yang istimewa kali ini? hanya dia yang tahu... apa?
sampai hari ini, aku masih mencari damai di hati.
kesimpulannya...
jika kau menjadi aku... aku yakin kau akan mengerti segalanya...

Saturday, April 15, 2006
Pesta Kaul Mukah
kaul merupakan satu pesta keramaian yang diraikan oleh masyarakat Melanau sejak dari dulu lagi. Pesta tradisi yang disambut secara tahunan ini menghimpunkan pelbagai upacara dan adat resam yang menarik dan luar biasa dari kaum lain.
Dahulu, Kaul dilihat sebagai perayaan keagamaan oleh masyarakat Melanau 'Pagan' untuk memohon restu daripada penunggu laut, darat ladang dan hutan agar penunggu tersebut tidak mengganggu ketika mereka mencari rezeki. Disebabkan kaum Melanau sinonim dengan aktiviti nelayan, Kaul diadakan bagi menandakan musim tengkujuh telah berlalu.
Perubahan agama dan anutan di kalangan masyarakat Melanau turut mengubah aplikasi dan kepercayaan Kaul. Kehadiran Islam dna Kristian membawa senario baru kepada Kaul yang lebih sesuai dilihat sebagai satu pesta sosio-budaya. Namun di dalamnya masih terselit keunikan warisan Bangsa Melanau di Negeri Sarawak iaitu masyarakat yang masih mengekalkan upacara tradisi yang disesuaikan mengikut masa.
Pesta Kaul menjadi medan perkelahan komuniti terbesar masyarakat Melanau. Pesta ini menghidangkan satu menifastasi khazanah budaya kaum Melanau dari aspek pakaian, kraftangan, makanan, permainan dan tarian. Kini sambutannya disertai oleh semua lapisan masyarakat dari pelbagai kaum terutamanya untuk melihat dan menyertai pelbagai permainan tradisi seperti 'tibow', pameran dan jualan makanan eksotik tempatan seperti 'tebaloi, si'et, sagu dan umai', persembahan kebudayaan, pameran kraftangan dan yang lebih menarik adalah proses penyatuan keabrabaan yang menemukan pelbagai bangsa, agama dan pertuturan dalam upacara perkelahan komuniti.
source: Pesta Kaul Mukah 2006
SERAHANG... tiada Kaul tanpa Serahang. Serahang ialah lambang penyataan simbolik yang mempunyai motif tertentu. Motif-motif serahang dan makanan yang disembahkan di dalamnya membayangkan kosmologi dan sistem kepercayaan Melanau Liko yang percaya kepada kewujudan ipok dan makhluk halus.
Sumber: Kaul Suatu Interpretasi Sosiobudaya
Penulis: Jeniri Amir & Awg. Azman Awg. Pawi
Tahun: 2001
TIBOW
Permainan TIBOW pada asalnya bertujuan untuk menyambut ketibaan musim bunga. Melalui permainan ini mereka memohon agar rezeki dimurahkan - ikan di sungai dibanyakkan dan tanaman berbuah dengan lebat.
Sumber: Kaul Suatu Interpretasi Sosiobudaya
Penulis: Jeniri Amir & Awg. Azman Awg. Pawi
Tahun: 2001
Sunday, April 09, 2006
ahad di KLIA
hari ni, aku dah nak balik miri semula. aku rasa cam sekejap ajer kat kl. tapi memang sekejap pun. aku sampai kl hari rabu lepas dan khamis, jumaat, sabtu (semalam) dna hari ni balik. memang aku rasa cam tak puas ajer kat sini dan nak stay ler kejap lagi kalau boleh. ye lah... kalau tak pun balik dalam 2 hari lagi. tapi last friday, boss aku dah call dan cakap aku kena balik miri cepat. ada beberapa benda nak kena aku settlekan. adeh... itu lah kerja namanya.
mungkin, aku rasa tak nak balik sebab aku jumpa si dia last weekend dan spent time ngan dia. ermm... its a another wonderfull time lagi tok aku.
sekarang ni, tgh melepak di klia kejap... sebelum masuk balai berlepas. dah check in awal tadi dan, aku cari port yang sesuai tok aku online internet ni. sebab yang aku tahu tak semua kawasan di klia ni ada wireless connection. dan aku mula lepak di mc donald sini, lepas aku tanya ngan information counter. yang lawak lagi, bila aku ke mc d, time nak order makanan, depa cakap takder connection sini. aku pegi balik information counter dan tanya. dia cakap memang ada, try dulu. aku balik semula ler ke sini dan cuba tok connect. then aku dapat.
So, ini lah hasilnya, aku dapat update blog aku ini. ye lah... aku tengok blog aku cam dah bersawang dah. dah lama tak update dan tak masukkan apa-apa latest issue. lagipun tak banyak sangat issue yang aku nak share dalam blog ni, tu yang diam ajer tu. walau apapun, lepas ni aku akan cuba tok dapatkan beberapa issue tok aku tulih kat sini. untuk kenangan aku sendiri di suatu masa nanti. apa yang dah berlaku pada aku pada tarikh itu.
Ok lah... aku ingat nak masuk balai berlepas plak dah. ngantok pun yea gak ni. mungkin tdo je kot dalam flight nanti. ahaks.

Subscribe to:
Posts (Atom)