kaul merupakan satu pesta keramaian yang diraikan oleh masyarakat Melanau sejak dari dulu lagi. Pesta tradisi yang disambut secara tahunan ini menghimpunkan pelbagai upacara dan adat resam yang menarik dan luar biasa dari kaum lain.
Dahulu, Kaul dilihat sebagai perayaan keagamaan oleh masyarakat Melanau 'Pagan' untuk memohon restu daripada penunggu laut, darat ladang dan hutan agar penunggu tersebut tidak mengganggu ketika mereka mencari rezeki. Disebabkan kaum Melanau sinonim dengan aktiviti nelayan, Kaul diadakan bagi menandakan musim tengkujuh telah berlalu.
Perubahan agama dan anutan di kalangan masyarakat Melanau turut mengubah aplikasi dan kepercayaan Kaul. Kehadiran Islam dna Kristian membawa senario baru kepada Kaul yang lebih sesuai dilihat sebagai satu pesta sosio-budaya. Namun di dalamnya masih terselit keunikan warisan Bangsa Melanau di Negeri Sarawak iaitu masyarakat yang masih mengekalkan upacara tradisi yang disesuaikan mengikut masa.
Pesta Kaul menjadi medan perkelahan komuniti terbesar masyarakat Melanau. Pesta ini menghidangkan satu menifastasi khazanah budaya kaum Melanau dari aspek pakaian, kraftangan, makanan, permainan dan tarian. Kini sambutannya disertai oleh semua lapisan masyarakat dari pelbagai kaum terutamanya untuk melihat dan menyertai pelbagai permainan tradisi seperti 'tibow', pameran dan jualan makanan eksotik tempatan seperti 'tebaloi, si'et, sagu dan umai', persembahan kebudayaan, pameran kraftangan dan yang lebih menarik adalah proses penyatuan keabrabaan yang menemukan pelbagai bangsa, agama dan pertuturan dalam upacara perkelahan komuniti.
source: Pesta Kaul Mukah 2006
SERAHANG... tiada Kaul tanpa Serahang. Serahang ialah lambang penyataan simbolik yang mempunyai motif tertentu. Motif-motif serahang dan makanan yang disembahkan di dalamnya membayangkan kosmologi dan sistem kepercayaan Melanau Liko yang percaya kepada kewujudan ipok dan makhluk halus.
Sumber: Kaul Suatu Interpretasi Sosiobudaya
Penulis: Jeniri Amir & Awg. Azman Awg. Pawi
Tahun: 2001
TIBOW
Permainan TIBOW pada asalnya bertujuan untuk menyambut ketibaan musim bunga. Melalui permainan ini mereka memohon agar rezeki dimurahkan - ikan di sungai dibanyakkan dan tanaman berbuah dengan lebat.
Sumber: Kaul Suatu Interpretasi Sosiobudaya
Penulis: Jeniri Amir & Awg. Azman Awg. Pawi
Tahun: 2001
No comments:
Post a Comment