Monday, July 11, 2011

sedih

Hari ni hari yang paling sedih. Laptop kena curik dalam office... owhhh.... kalau setakat ilang laptop je, aku tak kisah sangat, tapi hilang data adalah perkara yang paling sedih dan tak boleh nak di terima oleh pemikiran aku.

Cemana lah laptop aku boleh kena curik, sedangkan sebelom ni, ok je kat opis ni. dan pencurik tu memang terror, sebab dia masuk dalam office tanpa sape-sape sedar sebab ada je orang kat office ni. Aku kuar office kol 11.00 pagi, sebab nak ke embassy amik visa, dan pastu drop kat Cheras antar barang, balik je office kol 3.00 petang, aku tengok laptop dah takder. Yang ada hanya cable dan segala accessories nyer ajer. Owh...

Sekarang ni pakai laptop lama untuk buat apa yang patut dan esok kena pergi Miri dan lusa ke Bintulu ada meeting. Tapi... data dah ilang...

No comments: