Saturday, March 10, 2012

Bagaimana nak bayar yuran pengajian tanpa perlu keluarkan duit kita dulu?

Just nak share untuk kawan-kawan atau siapa-siapa yang baru dan tertanya-tanya cemana nak bayar yuran pengajian tanpa perlu keluarkan duit sendiri dulu. Sharing ni more untuk part time student yang mana takder loan dari ptptn, mara atau jpa. So, kena bayar sendiri. Dan alternative pembayaran adalah melalui kwsp.

Tapi ada gak, kawan-kawan yang bertanya, kalau bayar melalui kwsp, kena bayar duit kita dulu, then claim dari kwsp macam beli rumah... sebenarnya, tak perlu bayar dulu. Apa yang perlu hanya beberapa langkah seperti yang akan aku share kat bawah ni.

Mula sekali, pergi pejabat bendahari universiti. Macam kes aku, aku pergi ke DW7, intekma resort. Sampai kat bendahari tu, aku just minta dorang buat satu surat pengesahan pembayaran yuran. Aku tunjuk bill yang aku dah print online.

Surat ni sebenarnya format yang telah disediakan oleh pihak kwsp. Tapi kita tak perlu lah bawak contoh, sebab pihak bendahari dah tahu pun benda ni. Lepas dapat surat pengesahan ni, make sure bahagian bawah bertanda 'x' untuk pembayaran yuran terus ke bendari universiti. macam kat bawah ni ler...

Lepas dah dapat surat ni, teruslah menuju ke cawangan kwsp yang terdekat dengan anda. Bila sampai, terus minta borang untuk pengeluaran pendidikan. Kalau tak pun, boleh download borang kat sini. Pilih borang KWSP 9H (AHL) - Pengeluaran Pendidikan. Sebelum tu, perlu diingatkan bahawa sila sediakan photostat i.c. depan belakang untuk attach sekali masa buat submission borang nanti.

Kat borang tu, hanya perlu isi maklumat ahli dan pada page belakang yakni bahagian E, masukkan jumlah yuran semasa yang perlu dibayar. Setelah semua maklumat itu lengkap, kepilkan surat pengesahan dari bendahari bersama i.c. photostat anda dan ambil nombor giliran.

Setelah itu, maka berurusan lah anda dengan pegawai jika nombor anda dipanggil. Bila pegawai tu, settlekan urusan menyemak maklumat apa semua, dia akan print seperti statement atau resit, menyatakan bahawa anda sudah membuat pemohonan percubaan pertama - lulus.

So, tunggulah beberapa hari atau minggu, kita akan dapat surat dari kwsp menyatakan bahawa yuran kita dah dibayar oleh kwsp. pihak kwsp akan creditkan terus amount seperti dalam permohonan kita ke bendahari.

Jadi, tak perlulah kita nak keluarkan advance untuk bayar ke bendahari dulu, then claim. Tapi kalau duit banyak tu, lain citer lah... boleh bayar cash je yuran....

sekian. sedikit sharing untuk kawan-kawan ajer. kalau berguna boleh jadi panduan...

2 comments:

Siti Mas Hidayu said...

hahaha terjumpe blog ni..thanks for the info ! hehe

Anisa Hang Tuah said...

thanks for sharing


tapi format suratpengesahan tu macam mana ye