bila tengok tarikh tu... semua orang akan sibuk, menyibuk, buat-buat sibuk atau seumpamanya... argh... memacam ler tak kira tua atau muda samer ajer... yang baik ker tak ker samer gak... sibuk lebih... [aku rasa aku pun sama kot! kalau tak tak ler aku tulih benda nie]
sibuk yang aku maksudkan bukannya sibuk pasal nak nyambut ker aper, cumer sesetengah dari kiter nie yang bila sampai ajer tarikh tu... huh di kepala dah ingat Valentine... maner aku nak celebrate ngan awek, mata air, tunang, dan yang sewaktu dengannya... namun tak kurang juga ada yang mula menghantar e-mail dsb tentang Valentine... ada yang ok ada yang mencela...
yang ok... dia hantar e-mail kat buah hati tentang Valentine... yang tak ok... mula spam e-mail menceritakan bahawa kita rakyat Malaysia nie tok sah nak sambut Valentine - kononnyer ia adalah bertentangan dengan ajaran agama dan budaya. aku sendiri tak menyangkal atau pun menyokong kenyataan ini kerana bagi aku kebenaran untuk itu masih samar lagi... aku hanya berpegang di bumi yang nyata... jika tujuan Valentine nak menghargai kekasih... apa salahnya... namun jika ia menyimpang, sudah pasti ia suatu yang tak elok dan wajib di jauhi.
namun saban hari aku akan menerima e-mail tentang Valentine bilamana menjelangnya hari tersebut... kandungannya tidak jauh beza setiap tahun yang mana menceritakan tentang kejayaan mubaligh kristian menawan islam. malah macam satu perkara yang bermusim plak. maksud aku... bila time cam nie... isi kandungan e-mail sama ajer cam tahun-tahun yang lalu... alah... macam copy and paste... tu pun kalau nak paste... kalau tak pun forward ajer dari tahun dulu punya... lawak sungguh...
Valentine nie bagi aku tak banyak makner nyer... sebab aku sambut hari kekasih aku setiap hari... malah setiap saat dan waktu... kekasih utama yang takkan aku jauhkan adalah ALLAH s.w.t. kemudian rasul junjungan Nabi Muhammad s.a.w. itu lah kekasih sejati aku dari masa Dia meniupkan roh kedalam jasad di rahim ibuku hingga kehari kiamat... kerana aku dah berjanji denganNya bahawa "tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah" itulah janji aku sebelum rohku dimasukkan dalam janin ibuku.
selain dari itu... kekasih aku di dunia nie adalah ibu dan ayahku... serta kaum keluarga dan kemudian barulah tunang tersayang... so... itu pengertian hari kekasih buat aku yang mana bukan untuk aku sambut pada satu-satu ketika sahaja tapi pada setiap masa.
romzi. bilek opis.
No comments:
Post a Comment