Thursday, May 29, 2008

Lagenda Sepanjang Zaman

Hari ini, genap ler 35 tahun Allahyarham P. Ramlee meninggalkan kita... namun karya beliau tidak pernah luput dari pesada seni tanah air.

aku salah sorang peminat setia lakonan beliau dan sampai sekarang, aku tak pernah jemu tok tengok movie beliau terutama sekali cerita lawak. best dan bersahaja...


Monday, May 26, 2008

Akademi Fantasia?

Aku mungkin agak lambat untuk tulis pasal benda ni. Mungkin kerana tak banyak sangat nak tulis pun, sebab dah pasti semua orang ada tulisan masing-masing dalam blog mereka sendiri. bagi aku tak banyak pun cerita, namun yang pasti aku dapat rasakan yang keputusan AF6 kali ni, agak memuaskan berbanding bakat dan kebolehan yang mereka pertaruhkan.

Aku dari mula dulu, memang takder minat sesiapa pun, cuma lama-lama aku mula terpegun dengan bakat yang ada pada Stacy dan Stanly. Cuma, bagi Stanly, dia hanya mampu untuk menyanyi irama yang sama ajer. dan tak boleh variasi berbanding yang lain, terutama Stacy yang nampak punya potensi. Lain-lainnya biasa ajer. Cuma Nubhan, yang punyai suara ala-ala penyanyi Indon.

Aku dapat info dari salah sorang blogger yang menulis pasal keseluruhan undian dalam AF dari musim pertama hingga sekarang ni.
AF1 = 4.5 juta
AF2 = 15 juta
AF3 = 10.9 juta
AF4 = 7 juta
AF5 = 6.6 juta
AF6 = 3.8 juta

dari senarai ni, nampaknya musim kedua, orang ramai berminat dan masih lagi berminat di musin ketiga. Ini semua kerana aura lelaki yang bernama Mawi. Tapi, selepas fenomena Mawi, orang dah mula biasa-biasa ajer ngan AF ni, hinggakan sampai ke musim ke 6 ni, jumlah pengundi semakin berkurang, malah lebih kurang berbanding yang pertama.

aku rasa, lepas ni AF mungkin boleh direhatkan kejap agar kerinduan orang ramai pada AF akan memuncak dan mungkin boleh menaikkan popularity program tu lagi nanti. walaupun sedikit sebanyak, program ni akan mengkayakan beberapa pihak. ahaks.


Sunday, May 25, 2008

akhirnya...

yes... yes... akhirnya aku dah update templete blog aku ni... sebenarnya project mengupdate atau dalam erti kata lain menukar templete ni dah lama... tapi disebabkan kesibukan masa, so, aku tangguh-tangguh hingga ke malam ni.

sebenarnya, aku dah mula buat templete ni, dari awal tahun aritu. disebabkan aku tak reti sangat pasal codding ni, maka aku buat slow-slow dan sampai kemuncak nyer malam ni, yakni aku berjaya siapkan semuanya. ekceli, aku copy templete ni dari templete biasa dan aku edit-edit, tambah itu, tambah ini dan akhirnya jadi camni... dan aku tak tahu cemana nak buat lagi, untuk jadikan templete ni, nampak ok dalam IE. sekerang ni, kalau view kat IE, memang buruk. yang templete dulu lagilah, kalau view kat IE, takder gambar header tu. aku tak tahu nape. yang baru ni, aku rasa ok kot.

hari ni, aku pulun dari tengahari untuk siapkan semua codding ni, dan try publish malam ni... sekarang dah kol 10 lebih, dan akhirnya, posting ni aku berjaya tulis, yang menandakan blog aku dah update dari segi templete.

aku plan nak aktive semula dalam penulisan blog ni, tapi tak pasti ler samada boleh ke tak. sebab aku selalu merasakan bahawa idea aku menulis selalunya tak best dan tak menarik perhatian. pada sapa-sapa yang tahu cemana gaya penulisan yang menarik, bleh ler share kat aku, supaya aku leh perbaiki apa yang aku nak tulih ni...

mengimbas kembali, templete aku yang lama tu dulu, kalau tak silap, aku buat masa tahun 2005. tapi yang pasti, masa tu aku kat bintulu, sarawak. dan masa tu, masa aku agak banyak, setiap hari mengadap benda alah ni. lepas aku resign dari sana, dan join company sekarang ni, aku dah mula sibuk sampaikan masa untuk update pun xder sangat. kalau ada pun, idea tengah kering. akhirnya bersawang sampai sekarang. dan akhirnya jadi lah begini...

Friday, May 23, 2008

pagi yang sengal

memang sengal betol ler pagi ni... nape tah.... bermula dari takder letrik kat umah dari kol 2.30 pagi, sampai ler aku duduk kat klia ni. aku duduk sini pun sebab aku terlepas flight ke JB yang sepatutnya kol 7.30 pagi tadi... dan aku sampai ke klia kol 7.00

seingat aku, dulu MAS ni, takder ler kira sangat pasal check in counter tutup 1/2 jam sebelom flight, tapi sekarang ni, strict sungguh. lepas beberapa minit ajer, dah tak leh nak check in. kena tunggu next flight dengan beli tiket baru. bukan bayar penalty macam dulu. kalau dulu, aku just kena bayar penalty ajer... tapi sekarang ni, flight tiket yang lama tu burn.

dah ler boss aku dah tunggu kat jb nu nak meeting pagi ni... aku rasa, memang dah nasib aku bukan nak ke jb awal pagi. sebab sebelom ni, memang aku plan nak g jb kol 10. next flight selepas yang 7.30 ni, tapi di sebabkan boss aku ada di jb, so dia suruh aku g awal.

ni, aku just cakap ngan boss aku yang ada technical problem dan passenger move ke next flight. huh, harap takder ler orang yang dia kenal naik flight pagi ni... kalau tak... masak beb... paham paham ajer ler...

bila aku tgk balik blog ni, wah... dah lama rupanya aku tak update dan memang tak menarik langsung dah aku rasa... dan memang nampak pun, sebab tak der orang datang dah... aku tak tahu ler, lepas ni, boleh ke tak aku aktif semula tulis blog macam dulu-dulu. (tapi yang pasti, masa akan membantutkan segalanya...)