Monday, May 26, 2008

Akademi Fantasia?

Aku mungkin agak lambat untuk tulis pasal benda ni. Mungkin kerana tak banyak sangat nak tulis pun, sebab dah pasti semua orang ada tulisan masing-masing dalam blog mereka sendiri. bagi aku tak banyak pun cerita, namun yang pasti aku dapat rasakan yang keputusan AF6 kali ni, agak memuaskan berbanding bakat dan kebolehan yang mereka pertaruhkan.

Aku dari mula dulu, memang takder minat sesiapa pun, cuma lama-lama aku mula terpegun dengan bakat yang ada pada Stacy dan Stanly. Cuma, bagi Stanly, dia hanya mampu untuk menyanyi irama yang sama ajer. dan tak boleh variasi berbanding yang lain, terutama Stacy yang nampak punya potensi. Lain-lainnya biasa ajer. Cuma Nubhan, yang punyai suara ala-ala penyanyi Indon.

Aku dapat info dari salah sorang blogger yang menulis pasal keseluruhan undian dalam AF dari musim pertama hingga sekarang ni.
AF1 = 4.5 juta
AF2 = 15 juta
AF3 = 10.9 juta
AF4 = 7 juta
AF5 = 6.6 juta
AF6 = 3.8 juta

dari senarai ni, nampaknya musim kedua, orang ramai berminat dan masih lagi berminat di musin ketiga. Ini semua kerana aura lelaki yang bernama Mawi. Tapi, selepas fenomena Mawi, orang dah mula biasa-biasa ajer ngan AF ni, hinggakan sampai ke musim ke 6 ni, jumlah pengundi semakin berkurang, malah lebih kurang berbanding yang pertama.

aku rasa, lepas ni AF mungkin boleh direhatkan kejap agar kerinduan orang ramai pada AF akan memuncak dan mungkin boleh menaikkan popularity program tu lagi nanti. walaupun sedikit sebanyak, program ni akan mengkayakan beberapa pihak. ahaks.


6 comments:

amai said...

ermm.. ni ke hasilnyer?? nape kosong je sy view?? ke kene guna mozila??

romzi seli said...

erm... a'ah... tak ok sangat lagi... tak pasti ler nak kena guna mozilla semata.. tapi sy ada gak try dalam IE, ok ajer.. IE yang lama dan yang baru...

mungkin ada blocking kot...

faisal said...

slm bro romzi,

lama tak dengar khabar,huuhu..:) moga sihat2 ye..aku sbnrnya mmg tak follow langsung AF nih,hehehe..tak tau nape..ikut masa sampai musim kedua je kot pastu dah kureng skit,hehehe..:) tu sms sampai berjuta2 tu mmg masih ramailah peminatnye,kekek..tapi mmg org dah mula bosan gak..lainlah depa bleh cari org yg bleh nyanyi cam american idol tu,hihii..

bro, aku masih berhutang ngan ko lagi, jgn risau aku ingat pasal photoshop tu,ehhe..cuma lum berkesempatan lagi..*smile

Ted said...

salam...bro.mmg la zaman dolu2 best skit..maybe sbb ke'ori-an' AF kot.skang budak2 dah tahu macam mana AF tu, so ramaila jd hipokrit..

pepun, ted tak layan mende2 AF ni.hehe

romzi seli said...

Acai,

Thanks sebab derop by... apa-apa pun keep in touch ler...

Ted,
Thanks... betol tu... ke'ori'an dah kurang... semua dah ada perancangan masing2 cemana nak tarik hati penonton...

chot said...

hehehe aku xtgk AF bro...