Tuesday, July 29, 2008

PRESS STATEMENT - Medical report demonstrates Anwar Ibrahim's innocence

PRESS STATEMENT FOR IMMEDIATE RELEASE
28 JULY 2008, PETALING JAYA, MALAYSIA

The medical report leaked today appears to confirm what we have always believed - that the allegations against Anwar Ibrahim are without merit and politically motivated.

We are deeply troubled by the allegations conveyed by some reports that the police spent three days recording a statement from the Doctor and that he and his family have gone into hiding. Every assurance must be given for his safety and protection.

The existence of this medical report further erodes any confidence the public would have in the credibility of the police report that has been filed against Anwar Ibrahim, a report which remains shrouded in secrecy. Why has this medical report has surfaced only today, over one month after the allegations were made, after Anwar Ibrahim spent a night in jail, and after the police have spent so much time and money on this case?

There should be a complete disclosure of the "facts" of this case to the public. Anything less will further diminish the public's trust in the institutions of governance and in particular the integrity of the office of the Inspector General of the Police.

Like all Malaysians we will be observing developments in this case with cautious optimism - hopefully the nation can put this ugly chapter in its history in the past and move forward.

PKR is committed to moving ahead with its coalition partners DAP and PAS to forge a new economic agenda, address the serious concerns Malaysians have over rising prices, unemployment and rising crime.

With the imminent by-election of Anwar Ibrahim to return him to a seat in Parliament for the first time in 10 years the prospects for change in Malaysia are stronger than ever.

SALEHUDDIN HASHIM
SECRETARY GENERAL
PARTI KEADILAN RAKYAT

Source: Office of Anwar Ibrahim - Tropicana - Petaling Jaya, Selangor Malaysia

Monday, July 28, 2008

masa berlalu

Masa berlalu, beberapa hari sebelum ni menyaksikan aku sibuk sangat. Sekarang ni pun actually aku memang sibuk, tapi kerana ketensionan, aku menyimpang ajer kejap. Walaupun aku tahu, kerja aku sekarang ni, memang melambak. Rasa macam dah malas dah nak buat. Tapi apakan daya, kena buat gak.

Hari ni, aku jalan-jalan dalam blog, saje nak tengok apa perkembangan terbaru dunia sekarang ni. Lalu kat Chot, jumpa pelbagai gambar luahan rasa dia. Dan, latest update dari chot yang membuatkan aku semakin rajin nak baca dan cari link seterusnya.

Aku terjumpa;
Jul 28, 08 2:55pm
Tiada bukti Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengadu diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, pernah mengalami hubungan seks luar tabie seperti itu - demikian hasil pemeriksaan seorang doktor di sebuah hospital swasta, kira-kira empat jam sebelum membuat laporan polis sebulan lalu.


Hospital Pusrawi 280708.jpgMenurut salinan laporan perubatan terhadap bekas pembantu Anwar itu, Mohd Saiful ke Hospital Pusrawi mengadu mengalami "tenesmus" - kesukaran dan kesakitan membuang air besar.

Dipercayai pemuda 23 tahun itu mendapatkan rawatan di hospital di Jalan Tun Razak itu kira-kira jam 2 petang pada 28 Jun sebelum diminta ke sebuah hospital kerajaan dan kemudian membuat laporan polis.

Seterusnya...

Itu kisah di Malaysia Kini. Aku akui, dari kecik (dari tahu membaca lah) sampai ke usia sekarang ni, aku masih tak reti sangat nak baca tulisan doctor atau apa-apa lapuran doctor. Kalau nurse tulis, ok lagi... ada gak yang aku paham. Melalui Chot gak, aku akhirnya jumpa laporan doctor mengenai 'bontot' yang di dakwa di liwat.

"...Pada 2.00 petang, 28 June 2008, mohd. Saiful Bukhari Bin Azlan telah pergi menemui Dr. Mohamed Osman dan mengadu tentang kesakitan dibahagian dubur yang dialaminya. Saiful memberitahu doktor tersebut bahawa dia di "perkosa' oleh seorang yang sangat penting - maknanya, Anwar Ibrahim.

Dr. Mohamed Osman memeriksa Saiful tetapi mendapati tiada bukti bahawa dia diliwat, sama ada oleh Anwar Ibrahim ataupun sesiapa saja. Laporan doktor (boleh dilihat dibawah) mengatakan TIADA kesan luka pada kulit, TIADA pendarahan, TIADA kesan-kesan nanah dsb - secara asasnya bermakna tidak mungkin dia mengalami kesakitan diduburnya, seperti yang didakwa...

Seterusnya...


Aku harap, rakyat Malaysia dan sesiapa saja, boleh berfikir secara logik tentang issue ni. Berfikir untuk mencari kebenaran dan jangan terlalu percaya membuta tuli dari media kerajaan sahaja. Kerana kita ada hak untuk mendengar dari semua pihak, apa sebenarnya yang berlaku. Aku yakin, kebanyakan wartawan tahu hal yang sebenar, cuma mereka dibataskan oleh undang-undang untuk menulis dengan lebih terus dalam media mereka. Yelah, kalau telus sangat, kang permit penerbitan kena gantung, mane nak carik makan. Yea tak?

Monday, July 14, 2008

masih sibuk lagi...



Beberapa hari yang lepas aku ada menulis pasal nak update blog, tapi aku masih belom ada kesempatan yang banyak untuk menulis... hanya sempat untuk tulis beberapa perkataan ni je. Aku tau dan sedar, memang takder sapa yang membaca blog aku ni, ini just blog suka-suka aku ler... hahahaha.... last week... 1st anniversary... thanks to my wife sebab buat suprize kat aku. Dan dia dah bagi dadah kat aku.... huhuhuhu.

Sempena anniversary tu jugak, aku bawak wife aku jalan-jalan g Melaka, itu kejadian sebelum aku ke Kertih. Balik je dari Kertih, aku dah rasa macam 1001 macam beban dan kerja yang perlu aku siapkan sampai hari ni. Ni masih tension dengan kerja-kerja lagi.

Dan aku nak minta maaf kat wife aku, andai kata last weekend dia ada terasa ape ker dengan perangai aku. Aku memang tertekan sangat, sampai aku tak boleh fikir sangat. Kerja melambak, akhirnya aku membersih laman rumah dan backyard.

Oklah, aku nak rest jap. continue esok. itu pun kalau dapat.

Monday, July 07, 2008

blogging?

aku ingat nak blogging malam ni... tapi, aku rasa aku perlu rehat yang lebih, sebab esok aku akan memulakan perjalanan ke kuantan.

Aku kena cukup tidur untuk drive. Jika ada kesempatan, mungkin akan blogging dari sana.

Anniversary

07.07.07 - 07.07.08 first year anniversary. Thanks sayang, for all your love throughout this year and all the sharing of happiness together.

Happy Anniversary.
(Tapi yang kesiannya, aku kena tinggalkan wife aku, sebab aku kena outstation ke east cost. kesian dia... dah ler lepas kawin aritu aku tinggalkan ke laut, ni, nak anniversary pun kena tinggal.)

(Akan post lagi ble masa mengizinkan. Sekarang ni pack sangat. Monday. aduh...)

Tuesday, July 01, 2008

Issue hangat... Adakah Tragedi 1998 berulang?

Alhamdulillah, malam ni, ada sambungan internet kat umah aku. Actually selama ni, aku pakai sambungan free ajer kat umah aku ni, yang mana aku tak tahu dari mana asal signal wireless tu. So, aku just guna ajer signal tu, selagi ada. Seingat aku, hampir setahun aku pakai line tu, tanpa ada apa-apa gangguan. Cuma, lately ni, ada masalah sikit. Kekadang laptop aku dapat signal tu, tapi bila bukak IE atau Mozilla, tak dapat connection.

Beberapa hari ni, memang aku agak sibuk sikit, sampai tak sempat nak update, malah nak jenguk blog member pun jarang. Kecuali beberapa blog yang aku rasa nak pergi. Chot salah satunya.

Issue hangat minggu ni, yang bermula dari minggu lepas telah menenggelamkan semua issue yang ada. Malah, issue Euro 2008 pun tak banyak aku dengar berbanding issue DSAI. Aku tak nak ulas panjang ler issue tu, sebab aku rasa ramai yang menulis pasal issue ni. Cuma aku just nak beritahu pandangan aku jer mengenai issue ni.

Blog yang mula aku jenguk Isnin lepas adalah Chot. Mulanya aku ingat Chot akan highlight pasal kemenangan Sepanyol tapi rupanya meleset. Issue "jangan main belakang" jadi pilihan utamanya... dan disitu ada beberapa gambar yang Chot masukkan sekali. Gambar yang tengah hangat di pasaran.


Wajah jambu (kata beberapa orang kawan aku) yang menjadi hangat sekarang ni. Dan impian dia untuk jadi popular dah jadi kenyataan. Aku rasa, semua orang tahu siapa dia sekarang ni. Seorang blogger yang pernah belajar di UNITEN menulis pasal siapa dia ni sebenarnya. Dia siap cerita hampir semua aktiviti mamat ni. Korang boleh baca sendiri kat sini.

Aku sebenarnya agak tertarik dengan pic bawah ni dari blog "The Hungry Activist". Yang paling kelakar dan paling lucu aku rasa, mamat ni, di saman atas kesalahan salah lorong. Ahaks. Aper ler mamat ni, memandu pun boleh salah lorong. Kalau dah memandu salah lorong, cemana hidupnya... betul ker lorong tu. Cerita lanjut blogger ni pasal salah lorong kat sini.


Satu lagi blog yang sekarang ni, seumpama pisang panas dan semua nak access ke blog tu adalah... http://riwayathayat.blogspot.com. Tapi malangnya, blog tu sekarang dah setkan kepada privacy dan hanya sesetengah orang ajer yang boleh baca penulisan dalam tu. Apa yang aku paham, dari sesetengah pengulas, menyatakan penulis blog tu adalah kawan rapat kepada si mamat ni... dan dalam salah satu entry yang berjaya di keluarkan... oleh salah sorang blogger, http://riwayathayat.blogspot.com/2008/03/awas-ada-musang-berbulu-ayam.html, terdapat satu komen dari Saiful Bukhari sendiri.

Saiful Bukhari said… Satu lagi,

Untuk pengetahuan semua pelajar-pelajar UNITEN yang saya rindui dan kasihi, semalam saya baru sahaja memohon kepada pihak Uniten untuk membenarkan saya menamatkan pengajian a.k.a berhenti.

Saya membuat keputusan setelah saya berfikir panjang (”setahun”) dan mendengar nasihat dari pelbagai pihak.

Untuk pengetahuan semua, keputusan peperiksaan saya amat teruk semasa saya berada didalam MPP. Sem 1 06/07 GPA 1.0, Sem 2 GPA 0.8 dan CGPA saya sekarang 1.69.

Secara logiknya, untuk saya menaikkan CGPA saya dan menamatkan pengajian ia akan memakan masa selama 5 semester = 2 1/2 tahun lagi. Jadi bagi saya, ia tidak berbaloi.

Semenjak dari kecil cita-cita saya bukan seperti yang saudara-saudari sangkakan iaitu menjadi seorang ahli Politik. Tetapi cita-cita saya adalah untuk menjadi seorang PILOT (Juruterbang). Saya mengambil bidang ini pon kerana pada ketika itu Allahyarhamah ibu saya sakit tenat, beliau sudah menyimpan wang untuk saya mencapai cita-cita saya tetapi pada ketika itu wang itu terpaksa digunakan untuk menanggung kos perubatan.

Pada ketika itu, yang ada didepan mata hanyalah tawaran pinjaman Yayasan Tenaga Nasional dalam bidang kejuruteraan. Jadi saya tidak mempunyai pilihan dan terpaksalah menerima tawaran itu.

Tetapi jauh disudut hati, memang saya telah tekad, Selepas sahaja saya menamatkan ijazah, saya akan cuba sedaya upaya juga untuk menjadi seorang juruterbang.

Allamdulillah, mungkin berkat doa ibu saya yang kini berada dialam barzakh dikabulkan. Saya telah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus dalam bidang penerbangan di Asia Pacific Flight Training di Kota Bharu. Saya akan masuk pada JUN 2008 dan dijangka tamat pada DEC 2009. =)

Kalau nak cerita lagi panjang tapi cukup setakat sini sahajalah. Lagipun ni bukan blog saya, saya menumpang je.. =P

Jadi, adakah impian atau agenda saya selama ini benar seperti yang saudara Najwan war war kan? Anda sahaja lah yg tafsir dan fikirkan.

Sekali lagi, saya tidak menyalahkan saudara Najwan kerana beliau tidak tahu dan tidak rapat dengan saya. Sesiapa pun akan menganggap saya ni mempunyai cita-cita politik.

Bagi saya tak salah berbaik dengan sesiapa pon. Saya adalah jenis orang yang tidak suka bermusuh. Lagi ramai kenalan, tak kiralah Menteri, Pemimpin Pembangkang, gangster atau tukang sapu sampah sekali pon, suatu hari tanpa disangka orang-orang ini lah yang dapat membantu kita.

Kesimpulannya, rapatkan silaturrahim sesama manusia dan elakkan bermusuhan sesama manusia.

Sekian,

Saifuk Bukhari.

p/s: Maafkan saya pelajar-pelajar Uniten yang saya kasihi dan rindui.


Komen ini mungkin boleh dijadikan renungan apa sebenarnya yang cuba di sampaikan dan apa sebenarnya relevan pada kisah meliwat...

Yang pasti, hanya ALLAH yang maha mengetahui segalanya dan ALLAH jua yang tahu apa yang akan berlaku selepas ini. Cuma, aku berharap agar tragedi 1998 tidak akan berulang kembali.

Ops... Tragedi return.

Seorang lelaki, ke balai polis pada 8 Jun 2008, jam 5.45 petang. Dia menamakan dirinya Mohd Saiful Bukhari bin Azlan, yang akan berusia 23 tahun minggu hujung minggu ni...(i/c no 850706-01-5687)

“Saya Mohd Saiful Bukhari b Azlan ingin melaporkan bahawa saya telah diliwat oleh majikan saya. Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya. Kejadian terakhir berlaku 26/6/08 di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jln Setia Kasih, KL. Oleh itu, tujuan laporan ini dibuat untuk mendapat pembelaan dan keadilan keatas diri saya. Saya juga berasa bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga saya jika perkara ini tersebar luas di khalayak ramai. Majikan saya Dato Seri Anwar Ibrahim - Ketua Umum PKR.”

Plot cerita seumpama yang berlaku sekitar tahun 1998. Ketika itu, aku dalam perjalanan dari kolej kediaman aku di Briekfield menuju ke kampus. Cuma yang berbeza di waktu itu, berlaku beberapa insiden lain seperti pemecatan kuasa.

Dimana Sukma sekarang ni? Enjoy dah ker dengan pampasan liwat? Mangsa terbaru... budak jambu yang muda. Ops... tak cukup duit nak kawin... nak carik extra income.

Mungkin 1998, boleh lah... sebab masa tu internet kurang lagi. Maklumat belum cukup pantas. Jadi, gambar dan sebagainya tak banyak tersebar. Sekarang, segalanya di hujung jari. Petang buat hal, malam tu, dah tersebar segalanya kemungkinan yang meragukan. Anda nilainya sendiri. ALLAH maha mengetahui.

Sibuk.

Sorry... beberapa hari ni, aku tak dapat sangat nak update dan nak singgah mana-mana blog kawan tok drop message... sibuk sangat... aduh....