Sunday, November 23, 2008

Oversea

Beberapa hari lagi, aku mungkin akan ke oversea. Tak tahu, adakah ini trip oversea aku yang terakhir dalam company ni? Mungkin lepas ni takder lagi? Tengok ler cemana nanti.

Aku tahu, mungkin tak ramai yang baca blog aku ni, tapi aku nak jugak carik sape-sape yang ada kat UK tu, supaya buzz aku. Mulanya aku plan nak pergi ngan wife aku, tapi memandangkan harga tiket sekarang ni, yang agak mahal, maka terbantut lah sikit niat aku nak bawak dia... (sorry sayang... tak dapat nak bawak - maybe next time) Aku try usha-usha aritu, Emirates pun dah mahal, Brunei Airlines pun dah mahal. Cuma yang masih tinggal MAS. Nasib baik Air Asia belom ada flight ke Europe lagi. Kalau tak, mungkin Air Asia jadi saingan harga nanti.

Nanti ler aku hapdet lagi yerk. Tengah sibuk sikit ni, banyak documentation dan paperwork nak buat.

Tuesday, November 18, 2008

Buhsan

Aku dah buhsan keje kat sini. Hampir setiap pagi dan setiap malam sebelom tidor, aku selalu membayangkan untuk kerja di tempat lain. Kerja di suatu tempat yang mungkin bagi aku agak menyeronokkan. Kerja yang ada kaitan dengan apa yang aku minat. Tapi, apa minat aku? huh, satu persoalan plak. Kerana minat aku berubah mengikut keadaan.

Kalau malam tadi, masa aku tengok cerita kat Astro Ria, Awan Dania, aku teringat zaman-zaman aku study dulu. Yang menarik bagi aku pasal episod malam tadi adalah, impian. Episod itu menceritakan tentang impian Dania, Am (technichian simulator), Impian-impian para FA dan impian mamat yang jual ubat tapi disuruh mak dia jari FA. Mamat tu, (aku lupa nama watak dia), bila sebut je nama dia sebagai pelajar yang gagal dan terpaksa meninggalkan kursus FA tu, dia happy sesangat. Berjalan keluar sambil tersenyum menuju ke kereta untuk balik. Bila Dania tanya, kenapa suka bila gagal? Mamat tu jawab, dia sekarang dah bebas. Bebas untuk memilih kerjaya dia, dan bukannya yang mak dia nak.

Bila fikirkan aku, impian aku dari dulu memang nak jadi pilot. Tapi disebabkan ketinggian aku yang tak mencukupi tu, maka aku terpaksa padamkan impian itu. (Malam tadi, bila aku ngan wife aku tengok technichian tu teringin sangat nak jadi pilot, wife aku perli aku sebab tak cukup tinggi). Selain jadi pilot, aku nak jadi businessman. Dan seingat aku, hanya 2 impian itu sahaja yang bermain di kepala aku dari dulu sampai sekarang. Dan sekarang ni pun, aku masih punya impian yang sama. Businessman.

Kalau balik pada cerita aku di opis ni, aku memang dah buhsan dengan kerja aku. Aku merasakan kerja aku semakin bertambah dan pertambahan kerja dan bebanan aku ni, tak selari dengan bayarannyer. Aku seumpama, buah oren yang di perah-perah untuk di dapatkan jus dan mungkin suatu hari nanti aku akan jadi hampas nyer plak. Dibuang dan tak bernilai. Kerja sekarang ni, bagi aku memang... huh, susah nak cakap. Kekadang aku merasakan yang aku sorang je bekerja... kekadang tu, ada lah orang membantu... tapi... argh... biarlah...

Aku berharap, kot-kot ada HR exec yang membaca cerita aku ni, boleh ler contact aku, sebab aku nak sangat mencari angin baru... angin yang lebih nyaman dan lebih indah untuk dibuai.

Monday, November 10, 2008

Aku "tension"

Aku tension. Dengan kerja yang melambak-lambak ni... membuatkan aku tension gila babas. Minggu lepas baru habis dengan Tender Preparation untuk Turkmenistan Project. Ni satu lagi tender yang bakal closing Jumaat ni. Tangga Barat. Aduh... cemana ler ni nanti. Aku tak pasti boleh siap ke tak.

Sekarang ni, tengah buat Technical Clarification #3 Gemusut Kakap Project. Masih belum siap sepenuhnyer.

Friday, November 07, 2008

sibuk

Beberapa hari ni, aku memang sibuk sesangat. Dengan tender preparation yang banyak dan itu yang menyebabkan kepala aku dah semakin pening. Kerja makin melambak... Aduh... cemana lah aku lepas ni.

Last week, masa jumpa Azkam, dia test & check body fitness aku. Dari result, dia cakap, aku banyak masalah pada fitness, badan kekurangan air, selain tu, badan aku ni, macam dah berusia 49 tahun. Huh, tua dah badan aku. Sebabnyer, mungkin aku guna banyak sangat. Itu lah pasal.

Minggu ni pun mungkin akan sibuk lagi dengan satu lagi tender. Sekarang ni, memang aku sibuk nak menyiapkan tender ni. Tak pasti boleh ker tak... sebab banyak sangat requirement nyer.