Wednesday, August 18, 2010

Puasa oh Puasa

dah bulan puasa rupanya sekarang ni... sedar tak sedar dah masuk August, dan ini dah hampir nak masuk ke Q3 tahun 2010. Aku tak pasti apa pencapaian yang telah aku dapat sepanjang 8 bulan 2008 ni.

Kalau nak review balik apa yang aku dah kecapi, macam tak banyak mana pun... Tapi syukur, sekurang-kurangnya ada sesuatu telah aku kecapi... Awal tahun, rumah yang dibeli telah siap, dan kunci rumah diambil lepas tahun baru cina. Lepas buat renovation sikit, cat mengecat sendiri, dalam bulan July pindah masuk. Sebabnya, contract rumah sewa sebelum ni experied end of June. So, awal July tu nak tak nak, kena masuk gak ler umah lain. Alhamdulillah, semua as plan, walaupun aku buat renovation lambat, tapi mujur contractor tu jenis buat kerja dan tak macam beberapa contractor lain yang macam main-main je buat keje. Dia buat dalam sebulan gak ler... kira syukur la. Ada kawan-kawan yang lain, beberapa bulan pun tak siap lagi... macam-macam masalah.

Selain tu, aku jugak ada dapat panggilan interview. At least, ada gak ler orang nak panggil interview, walaupun keputusan masih belom dapat lagi sekarang ni. Ntah dapat entah tidak. Tapi, sekarang ni, harapan tak ler tinggi sangat dah, sebab aku rasa, macam susah je.

Dalam business aku, takder sangat achievement. Segalanya masih suram. Aku perlu 'some kick start' nampaknya lepas raya ni, sebab bulan puasa ni, aku nak relax-relax sikit. hehehehe... boleh ke?

walau apapun, aku akan pastikan beberapa yang aku rancang awal 2010 akan jadi jugak, walaupun terpaksa buat last minute. ayaks....

Monday, May 24, 2010

What!!! Achieve!

Semalam, aku pergi ke perjumpaan Achiever Day DNA group kat Menara Great Eastern. Satu energy baru aku dapat kat sana... beberapa perkara yang aku pelajari jugak. Dalam perjumpaan tu, Group ada menjemput seorang speaker dari GE, dari Business Dev. Unit. Motivational talk dia memang menarik dan yang paling menarik perhatian aku adalah statement dia pasal jurujual.

Dia tanya pada kitaorang, salesman yang paling hebat dengan motivasi tinggi adalah salesman apa? So, masa tu, ramailah yang jawab insurance... dan dia jawab, salah. Salesman yang hebat dengan motivasi diri yang tinggi adalah salesman yang jual barang di jalanan. Yang, time kita makan, tetiba ada seseorang tegur, minta 2 minit, untuk explain barang yang dijualnya. Dia cakap, mereka ni lah yang paling hebat sebab berani berjumpa orang dimana saja, dan bercakap tentang barang jualan, walaupun menerima banyak objection.

Ntah cemana masa dia cakap salesman tu, tetiba aku teringat diri aku. Yess... dulu aku pernah jadi salesman tu. Aku join Cobra Advertising kat Jalan Yap Kwan Seng. Setiap pagi, ada motivational talk, dan dalam kol 10.00 start kuar buat sales. Balik office kol 5 petang. Petang tu ada gong & bell session. Setiap kali jumpa sesama kitaorang, kitaorang akan sebut JUICE. Join Us In Creating Excitement... So, tu yang memotivasikan diri seharian.

Aku dulu, sempat jual Astro & kad Domino Pizza... malah sampai sekarang, aku masih ingat sket-sket script yang digunakan untuk jual kad tu. sebab kad tu, aku jual agak lama gak. Dalam sebulan. Tapi, aku tak keje lama kat situ sebab mak aku dapat tahu, aku keje ape. Dia tak bagi aku kerja macamtu, sebab dia cakap, nanti kena sumpah seranah orang... memang selalu dia soh aku berhenti dan carik kerja lain. Dan kerja yang paling popular dia soh aku keje adalah keje bank. kui kui kui... kelakar bunyiknyer...

Tapi yang aku ingat gak, masa aku jual kad tu ler aku jumpa Raizuli... orang yang bawak aku ke dalam dunia Insurance. Dia bawak aku jumpa Agency Senior Manager (ASM) dia kat MAA. Lepas dia beri penerangan serba ringkas, aku pun cakap nak try dan aku nak wat full time terus. Tapi ASM tu cakap, tak bleh... nanti takut tak dapat nak commit sebab takder income tetap. Harapkan sales insurance. Aku pun ikot jer lah cakap dia. Then aku jumpa beberapa orang kat jalan & kedai makan... even ada ajen insurance gak aku tanya, nak jadi agen. Semua macam endah tak endah je nak recruit aku.

Aku rasa, aku tahu... memang tuhan belom nak beri rezeki kat aku pada waktu tu. Tapi, even aku dah berhenti jadi agent insurance dalam 2004, hati aku tetap rasa nak jual gak... at the end, by early 2010, aku join semula... ingin mencuba semula, namun kini aku tak bersedia lagi untuk buat full time terus. Kerana commitment aku terlalu banyak pada yang lain.

Rupanya, kerja aku dulu yang berpanas, berhujan di jalan... dikejar anjing rupanya kerja yang hebat. Baru ku tahu... tapi, aku mungkin tidak hebat mana, sebab motivasi aku tak tinggi. Aku selalu down...

Friday, May 21, 2010

hampir ke tengah

tinggal beberapa hari je lagi, kita dah nak masuk setengah tahun. apa perubahan yang telah berlaku dan bagaimana dengan azam? dah berapa percent dah achieve? untuk yang business atau dalam sales lines, berapa banyak lagi nak achieve goal?

aku selalu bertanya pasal achieve goal pada diri aku, tapi sampai sekarang, tak banyak goal yang aku berjaya achieve. aku yakin, segalanya berpunca dari aku sendiri.


Hari ini merupakan detik permulaan untuk hari-hari baru. Engkau boleh mempersia-siakan atau memanfaatkan hari ini. Engkau akan menggunakan hari ini untuk menyumbangkan perkhidmatan kepada mereka yang memerlukan.

Tapi apa yang engkau lakukan pada hari ini amat berharga kerana ia merupakan sebahagian hari dalam hidup engkau. ia tidak akan kembali buat selamanya apabila esok muncul. aku harap engkau tidak akan berasa kecewa dengan apa yang engkau lakukan hari ini.


dulu, aku selalu baca statement atas ni... statement untuk mengingatkan aku tentang apa yang aku lalui dan masa depan aku. aku rasa, dah hampir 8 tahun aku tak belek semula statement ni. mungkin, kini masanya, untuk aku baca semula... muhasabah diri.

Thursday, May 06, 2010

its new life & new kick start...

beberapa hari sebelom berakhirnya April, aku memikirkan keadaan aku semula... sampai bila aku akan begini dan sampai bila life aku hanya cukup-cukup dan kadangkala defisit... aku rasa aku perlu ubah sesuatu, memandangkan aku dah masuk ke era 3series...

jika dilihat pada persekitaran aku, kebanyakkan kawan-kawan masa study dulu, dah ada yang berjaya dan ada yang dah business sendiri. aku tak nafikan, beberapa orang masih dalam aliran yang dipelajari. AERONAUTIC. tapi, ada jugak yang sasar ke aliran berlainan, termasuk aku. aku rasa, aku perlu buat sesuatu untuk jadikan aku lebih baik dan lebih segalanya...

kini, mungkin dah tiba masa untuk aku menceburi business sendiri, setelah beberapa orang aku jumpa, asyik suruh aku buat business sendiri. well, mungkin ada hikmah dan petunjuk di sebalik kata-kata mereka.

rabu, khamis, jumaat. 3 hari pergi kursus... pemantapan diri, persediaan untuk aku mulakan sesuatu. aku ingin berubah. ubahlah diri aku ini...

Thursday, April 29, 2010

2010

First quarter of 2010 dah berlalu macam tu ajer... segalanya yang lalu kini hanya tinggal kenangan dan aku masih tidak berubah. Walaupun azam dibina untuk berubah, namuan keadaan aku masih sama.


Bolehkah next session ni aku akan berubah? aku perlu... kerana perubahan itu penting buat ku...