Friday, May 21, 2010

hampir ke tengah

tinggal beberapa hari je lagi, kita dah nak masuk setengah tahun. apa perubahan yang telah berlaku dan bagaimana dengan azam? dah berapa percent dah achieve? untuk yang business atau dalam sales lines, berapa banyak lagi nak achieve goal?

aku selalu bertanya pasal achieve goal pada diri aku, tapi sampai sekarang, tak banyak goal yang aku berjaya achieve. aku yakin, segalanya berpunca dari aku sendiri.


Hari ini merupakan detik permulaan untuk hari-hari baru. Engkau boleh mempersia-siakan atau memanfaatkan hari ini. Engkau akan menggunakan hari ini untuk menyumbangkan perkhidmatan kepada mereka yang memerlukan.

Tapi apa yang engkau lakukan pada hari ini amat berharga kerana ia merupakan sebahagian hari dalam hidup engkau. ia tidak akan kembali buat selamanya apabila esok muncul. aku harap engkau tidak akan berasa kecewa dengan apa yang engkau lakukan hari ini.


dulu, aku selalu baca statement atas ni... statement untuk mengingatkan aku tentang apa yang aku lalui dan masa depan aku. aku rasa, dah hampir 8 tahun aku tak belek semula statement ni. mungkin, kini masanya, untuk aku baca semula... muhasabah diri.

No comments: