Semalam, aku pergi ke perjumpaan Achiever Day DNA group kat Menara Great Eastern. Satu energy baru aku dapat kat sana... beberapa perkara yang aku pelajari jugak. Dalam perjumpaan tu, Group ada menjemput seorang speaker dari GE, dari Business Dev. Unit. Motivational talk dia memang menarik dan yang paling menarik perhatian aku adalah statement dia pasal jurujual.
Dia tanya pada kitaorang, salesman yang paling hebat dengan motivasi tinggi adalah salesman apa? So, masa tu, ramailah yang jawab insurance... dan dia jawab, salah. Salesman yang hebat dengan motivasi diri yang tinggi adalah salesman yang jual barang di jalanan. Yang, time kita makan, tetiba ada seseorang tegur, minta 2 minit, untuk explain barang yang dijualnya. Dia cakap, mereka ni lah yang paling hebat sebab berani berjumpa orang dimana saja, dan bercakap tentang barang jualan, walaupun menerima banyak objection.
Ntah cemana masa dia cakap salesman tu, tetiba aku teringat diri aku. Yess... dulu aku pernah jadi salesman tu. Aku join Cobra Advertising kat Jalan Yap Kwan Seng. Setiap pagi, ada motivational talk, dan dalam kol 10.00 start kuar buat sales. Balik office kol 5 petang. Petang tu ada gong & bell session. Setiap kali jumpa sesama kitaorang, kitaorang akan sebut JUICE. Join Us In Creating Excitement... So, tu yang memotivasikan diri seharian.
Aku dulu, sempat jual Astro & kad Domino Pizza... malah sampai sekarang, aku masih ingat sket-sket script yang digunakan untuk jual kad tu. sebab kad tu, aku jual agak lama gak. Dalam sebulan. Tapi, aku tak keje lama kat situ sebab mak aku dapat tahu, aku keje ape. Dia tak bagi aku kerja macamtu, sebab dia cakap, nanti kena sumpah seranah orang... memang selalu dia soh aku berhenti dan carik kerja lain. Dan kerja yang paling popular dia soh aku keje adalah keje bank. kui kui kui... kelakar bunyiknyer...
Tapi yang aku ingat gak, masa aku jual kad tu ler aku jumpa Raizuli... orang yang bawak aku ke dalam dunia Insurance. Dia bawak aku jumpa Agency Senior Manager (ASM) dia kat MAA. Lepas dia beri penerangan serba ringkas, aku pun cakap nak try dan aku nak wat full time terus. Tapi ASM tu cakap, tak bleh... nanti takut tak dapat nak commit sebab takder income tetap. Harapkan sales insurance. Aku pun ikot jer lah cakap dia. Then aku jumpa beberapa orang kat jalan & kedai makan... even ada ajen insurance gak aku tanya, nak jadi agen. Semua macam endah tak endah je nak recruit aku.
Aku rasa, aku tahu... memang tuhan belom nak beri rezeki kat aku pada waktu tu. Tapi, even aku dah berhenti jadi agent insurance dalam 2004, hati aku tetap rasa nak jual gak... at the end, by early 2010, aku join semula... ingin mencuba semula, namun kini aku tak bersedia lagi untuk buat full time terus. Kerana commitment aku terlalu banyak pada yang lain.
Rupanya, kerja aku dulu yang berpanas, berhujan di jalan... dikejar anjing rupanya kerja yang hebat. Baru ku tahu... tapi, aku mungkin tidak hebat mana, sebab motivasi aku tak tinggi. Aku selalu down...