1. Awal sekali masalah hari ni, apabila sim cari error. Hp aku bermasalah dan tak boleh berhubung langsung dengan orang. Hp jadi slot tahap dewa, berapa kali restart cabut battery semua tak jalan. Gosh......
2. Kenapalah iPad aku buat hal. iPad hang. Dan tak boleh access semua data aku. Aku nak tengok balik maklumat dan sebagainya semua tiada. Dan aku tiada bawa back up hari copy.
3. Pergi level 22, rupanya, aku kena pergi level 10 dulu untuk registration. Sampai tingkat 10, registration, isi borang dan reseptionist tu call person in charge yang aku kena jumpa. What a joke, bila orang tu cakap, dia tak tahu, dan tak diberitahu yang hari ni ada interview sesion. Aku relex, walaupun dalam hati rasa lain macam dah.
4. Interview, memang menarik. Nasib Mat Salleh tu ok. Orang Argentina, dan we have a good disussion, cuma tak tahu, adakah discussion aku ni akan direkodkan atau hanya sekadar 'mengambil hati' sebab aku dah datang.
5. Abis interview, pergi KLCC nak check iPad kat Machine. Hampagas betol la, rupanya nak restart iPad tu, mudah giler. So, iPad aku ok. Berkenalan pulak dengan bro suhaimi, dia cakap dari pgb. Dia Mac user.
6. iPad dah ok, cuma hp je masih dalam keadaan yang kurang waras. Balik rumah, nak amik laptop dan plan nak amik bawak MacBook ke Machine. Sampai rumah, semua siap dalam beg. Beg transfer dan gerak ke office. Alamak, wallet tinggal dalam beg yang kat rumah. Dammmm.....
7. Pergi masjid, sebab dah nak Jumaat. Terpaksalah pinjaman duit Hafiz nak makan. Makan.... Lepas tu sembahyang Jumaat. Abis semayang, turun masjid... Alamak.... Mana selipar aku. Selipar murah sepuluh hinggit pun kena kebas orang. Hafiz plak dah jalan depan. Alamatnya, aku jalan kaki ayam dari masjid ke kereta.
8. Kenapa lah malang sungguh hari ni. Bertimpa-timpa dugaan yang melanda. Dengan kepala terasa pening lagi, duit dalam acc tinggal empat puloh ringgit je ok. Mampus rasanya, kalau sentiasa camni.
Ya Allah, berilah aku rezeki ya g berlipat ganda, dengan memberi aku peluang untuk dapat kerja lain. Aku amat memerlukannya pada masa ini. Aku, masih belum bersedia untuk business sediri.
2024. Atas sofa.
No comments:
Post a Comment