Thursday, May 19, 2005

Miri Badaraya Bukan Ibu Negeri Pertama di Malaysia

Miri Bandaraya Bukan Ibu Negeri Pertama
Petikan dari Bernama, 17 Mei, 2005.

pemandangan bandar Miri

Miri, 17 Mei (Bernama) - Tepat pukul 12 tengah malam 19 Mei, Miri, yang terkenal dengan industri petroleumnya, akan diisytiharkan sebagai bandaraya dan sekali gus melakar sejarah tersendiri sebagai bandaraya bukan ibu negeri yang pertama di Malaysia.

Sebelum ini kesemua bandar yang dinaik taraf ke bandaraya adalah ibu negara ataupun ibu negeri dengan yang pertamanya ialah Kuala Lumpur pada 1972 yang merupakan ibu negara dan akhirnya Alor Setar, ibu negeri Kedah pada 2003.

Kenaikan taraf itu menempatkan Miri sebagai bandaraya ke sepuluh selepas Kuala Lumpur, Ipoh, Kuching Utara, Kuching Selatan, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Shah Alam, Melaka dan Alor Setar.

Selain daripada bandaraya bukan ibu negeri yang pertama, Miri menyaksikan pencapaian unik keduanya di negara apabila ia turut melakar jenama tersendirinya melalui identiti tersendiri iaitu "Miri Resort City"


permandangan bandar Miri dari udara.

Untuk menjayakan impian dan wawasannya yang diilhamkan sejak lebih 20 tahun lepas, ia telah membentuk satu agensi khusus, Miri City Incorporated (MCI), untuk membangun dan menjenama Miri sebagai sebuah bandaraya yang bukan sahaja dikenali kerana sumber-sumber petroleumnya tetapi juga kerana tawaran lain yang belum di teroka.

MCI yang diketuai oleh Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr George Chan telah menetapkan matlamat untuk mempromosi dan menarik perhatian dunia terhadap daya tarikan luas Miri daripada segi pelancongan, pendidikan hinggalah perniagaan dan industri.

Menjelaskan lanjut konsep itu, Dr. Chan di petik sebagai berkata bahawa penjenamaan Miri adalah detik bersejarah yang penuh makna kerana belum pernah ada mana-mana bandaraya di Malaysia yang dilancarkan dengan fokusnya semata-mata pada penduduk dan budaya.

Buat permulaan usaha-usaha penjenamaan akan dibuat melalui iklan mulai hari Selasa dengan tajuknya "Saya Anak Miri" yang akan disiarkan dalam akhbar-akhbar harian utama dan juga saluran-saluran televisyen.

Objektif utamanya ialah untuk menunjukkan kepada seluruh dunia yang penduduk Miri dengan pelbagai budaya dan agama adalah aset terkemuka dan mereka dianggap sebagai kebanggan dan jiwa yang menjadikan bandaraya itu unik dan cergas.


suatu senja di Miri

Bagi setiausaha Persatuan Jati Meirek Ujud Abd Rahman, transformasi Miri adalah mengagumkan.

"Kamu bangga dan menyokong sepenuhnya usaha-usaha kerajaan tetapi pada waktu yang sama mahukan kerajaan mengekalkan identiti dan budaya etnik kami," katanya.

Beliau berkarata, bermula sebagai perkampungan nelayan dan pusat perdagangan pada awal 1900-an, bandaraya itu yang pada satu masa dahulu dikenali menikut kumpulan etnik asal di situ "Meirek", telah bertukar manjadi salah sebuah bandar yang sangat maju di Malaysia selepas minyak ditemui pada 1910.

Terdapat banyak cerita bagaimana Miri mendapat namanya tetapi yang paling masyur ialah kolonel Inggeris tidak dapat menyebut "Meirek" dengan betul dan sebaliknya menyebutnya sebagai "Miri" dan sebutan itu kekal sehingga hari ini.

Bilangan penduduk Meirek, yang didakwa kumpulan etnik pertama menjadikan Miri sebagai kediaman mereka iaitu sebelum zaman penjajah lagi, pada masa itu dikatakan antara 6,000 dan 8,000 orang dan mereka hidup dalam penempatan berselerak.

"Setiap orang di neraga harus berasa gembira dan bangga tanpa mengira dari kumpulan etnik mana mereka berasal." kata Ujud.

Beliau berkata untuk membolehkan Miri dikenali di seluruh dunia, persatuan itu berjanji untuk menyokong mana-mana program kerajaan negeri untuk mempromosikan bandaraya itu.



permandangan lapangan terbang Miri pada waktu malam

Perisytiharan status bandaraya bagi Miri akan dibuat oleh Yang Dipertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin pada tepat pukul 12 tengah malam di Taman Kipas.

Pada hari berikutnya, perlantikan Datuk Bandar pertama Miri akan berlangsung di Dewan Suarah dengan pengerusi majlis perbandaran Miri Datuk Wee Han Wen dijangka dilantik sebagai datuk bandar pertama bagi Miri.

No comments: