Sunday, March 26, 2006

Anugerah Planet Muzik 2006

Selama aku menulis blog ini, aku rasa aku tak pernah menulis pasal muzik atau apa-apa saja tentang dunia seni. [aku rasa lah – sebab aku tak ingat]. Dulu masa zaman kehangatan akademi fantasia, aku ada keinginan nak menulis seperti mana yang lain, tapi kerana kesibukan masa aku dengan dunia engineering, dan sumber yang berkurangan, maka penulisan aku itu terbantut takat tu ajer.

Anugerah Planet Muzik 2006 ni aku tengok melalui Astro Ria. Jadi sambil aku tengok tu, aku pun cuba-cuba berjinak sket ngan dunia penulisan ini untuk menulis apa yang aku perhatikan pada majlis yang di kira berprestij untuk artis-artis seantero nusantara melayu ini.

Majlis yang berlangsung di The Max Pavilion, Singapore itu, menyaksikan satu majlis yang menggabungkan artis 3 negara, Malaysia, Singapore dan Indonesia. Memang semuanya hebat-hebat pada malam itu dan saingan memang sengit untuk naik ke atas stage sebagai penerima award.

Komen aku mungkin tidak banyak, kerana komen aku adalah komen seorang pemerhati yang asing. Pemerhati yang tidak melihat dari alam kesenian. Aku hanya memerhati dari apa yang aku lihat sahaja.

Persembahan pembukaan oleh VE dan AhliFiqir amat menarik perhatian di awal persembahan dan bagi aku, ia akan lebih baik, jika terdapat beberapa orang artis lagi dan menambahkan madley untuk lagu-lagu persembahan. Namun begitu, persembahan artis-artis ini bersama dengan barisan penari memang mantap dan boleh dipuji.

Satu yang aku suka lihat adalah pengacara. Aznil deserve tok menang anugerah pengacara popular. Ahaks. Malah, aku memang lihat Aznil mampu menghidupkan suasana majlis pada malam itu. Malah gandingan antara Ady Rahman dan Fiza O mewakili Singapura dan Nirina dari Indonesia turut menggamatkan suasana. Ops... aku sebenarnya suka dengan tali pinggang Aznil yang mempunyai board yang tertulis nama beliau. Auks.... teringin aku nak pakai jugak. Ahaks.

Untuk persembahan artis-artis yang lain, sebenarnya aku tidak fokus sangat pada malam itu dan aku hanya melihat pada beberapa persembahan ajer dan melihat pemenang ajer. Ahaks. Ntah ler... dah cengitu kot. Tapi aku ingat beberapa persembahan yang aku minat, antaranya Sifu M. Nasir yang mempersembahkan lagu terbaru beliau. Selain tu, persembahan Ello, Mawi dan Taufik Batisah. Namun, yang aku suka adalah duet antara Mawi dan Taufik. Ah.. mungkin aku masih dipengaruh dek TsuMAWI agaknya kot. Sebab tu asyik nak perhatikan perkembangan Mawi sahaja. Namun begitu, keseluruhan persembahan adalah baik dan bersemangat pada malam itu.

Berikut adalah senarai anugerah dan pemenang yang sempat aku tulis. Kalau ada yang miss tu minta maaf ler... almaklum ler.. amatur lagi dalam penulisan ni. Ahaks.

ARTIS LELAKI BARU TERBAIK
Pemenang : Ello - Ello


DUO/KUMPULAN BARU TERBAIK
Pemenang : Maliq & D’Essentials - 1st


LAGU TERBAIK SINGAPURA
Pemenang : Cinta Abadi - Untukmu Selamanya - Eka Mairina feat. Iskandar


ARTIS SINGAPURA TERBAIK
Pemenang : AhliFiqir - Hari Ini Dalam Sejarah


ARTIS WANITA BARU TERBAIK
Pemenang : Nikki - Maharani


LAGU PALING POPULAR
Pemenang : Aduh Saliha : Mawi AF3


KUMPULAN PALING POPULAR
Pemenang : Peterpan


ARTIS LELAKI PALING POPULAR
Pemenang : Taufik Batisah


ARTIS WANITA PALING POPULAR
Pemenang : Siti Nurhaliza


DUO/KUMPULAN TERBAIK
Pemenang : Peterpan - Original Soundtrack Alexandria


ARTIS LELAKI TERBAIK
Pemenang : Marcell - Marcell Repackage


ANUGERAH KHAS APM
Pemenang : Loloq


ALBUM TERBAIK SINGAPURA
Pemenang :Hari Ini Dalam Sejarah - AhliFiqir


LAGU TERBAIK
Pemenang : Dealova - Original Soundtrack Dealova - Once


ARTIS WANITA TERBAIK
Pemenang : Jaclyn Victor - Gemilang


ALBUM TERBAIK
Pemenang : Senyawa - Chrisye


Kesimpulan dari apa yang aku lihat pada malam itu memang satu keputusan yang ok. Dan aku tak pasti samada ada bunyi di belakang tabir lagi selepas ini. aku pun tak jenguk lagi beberapa akhbar utama untuk melihat reaksi pasal award ni.

Dan bagi aku, tahniah tok semua pemenang dan aku rasa proud dengan siti yang walaupun dah lama dalam industri ini, namun populariti dia masih ada lagi. Dan malam itu jugak dia menjadi popular kerana di usik dengan usikan Datuk? Ahaks.