Dah lama rasanya tak menulis, dan aku lihat blog aku ini dah macam takder pengunjung dah lagi. Tak pe lah... aku tak kisah kalau dah tak der pengunjung lagi. Nak buat cemana, masa membataskan aku untuk menulis dan selain itu terdapat beberapa masalah dalaman aku sendiri yang tidak membenarkan aku untuk meluahkan ia disini. Cukuplah ia untuk diluahkan di dalam bilik air atau di tempat yang peribadi.
Beberapa ketika ini aku memang agak sibuk sikit. Dan dengan tajuk entry kali ni... diary seorang... [dot.. dot.. dot.. ] knape dot.. dot.. dot..? kerana aku pun tidak tahu apa aku sebenarnya kini. Ahaks. Semua ini kerana aku ingin buktikan yang aku boleh lakukan dan aku nak dan ingin berjaya. Aku tak nak kekal dalam keadaan aku sekarang ini. Aku nak berubah.
Aku tidak pasti, mungkin ada yang tidak perasan yang aku dah beberapa kali ulang alik ke kl dan miri ini. ah... senang cerita ni.... diary aku;
12 Februari 2006
6:30 a.m. : Penerbangan dari Miri ke Kuala Lumpur.
9:00 a.m. : Tiba di Kuala Lumpur setelah kali terakhir aku jejak pada 25 Disember 2005.
Boss aku amik aku di KL Central dan kami lepak-lepak dulu sebelum hand over kereta tu ngan aku.
10:00 p.m : aku baru sampai ke umah sewa aku. jam ini memang betul bukan 10.00 pagi tapi 10.00 malam. Hari ini aku rasa cam ada home sick plak. Kena plak ada masalah dalaman. Ahhh... dah berlalu pun.
13 Februari 2006
Mula kerja di Puchong office, setelah aku resign bulan Ogos tahun lepas, kini baru aku masuk balik office tu. Ermmmm tak banyak perubahan aku lihat, tapi stilll ada beberapa perubahan ler.
14 Februari 2006.
Orang lain hari ini sibuk dengan valentine mereka sedangkan aku sibuk berkemas dan nak drive ke Johor Bahru. Outstation.
Tok dia, awek ku... happy Valentine a.k.a. hari kekasih. [walaupun pada hakikatnya aku tak sambut hari-hari cengini. Kerana bagi aku kekasih dan kasih adalah setiap masa dan bukan hanya pada 14 Feb.]
Aku drive ke Johor Bahru ngan Boss aku dan sampai di Johor dah menjelang Maghrib. Setibanya di Johor Bahru, menginap di Hotel New York.
15 Februari 2006.
Masih di Johor dan tengahari tu drive semula balik ke KL. Letih jugak aku jadinya.
17 Februari 2006.
Dinner YahooGroup yang aku join. Group EM. Dinner sempena ulang tahun pertama dan di buat di Sogo.
24 – 25 Februari 2006.
Buah hati turun KL dan menghabiskan masa bersama. Tengok wayang dan sebagainya dan berbincang tentang segalanya...
26 Februari 2006.
Bowling Tournament YahooGroup aku. walaupun aku tak reti sangat main, tapi aku wat bodo ajer main. Andai ada award, peserta longkang, maka akulah itu. Ahaks.
Habis cerita bulan Februari, masuk Mac. Dan Mac yang menyaksikan aku memang agak kelam kabut sikit ngan jadual kerja aku.
5 Mac 2006.
Fly balik Miri. Amik flight petang dari KLIA ke Miri. Balik disebabkan ada kick-off meeting next Tuesday.
6 Mac 2006.
Masuk office Miri dan prepare segalanya untuk Kick-off meeting. Tapi, meeting berubah plak pada hari ini. petang. Alamak, kelam kabut aku buat preparation.
Petang: 3.00 p.m. Kick-Off meeting di Petronas Carigali Miri. Untuk project Bokor upgrade.
7 Mac 2006.
Update documentation untuk project Baram A dan update beberapa document dan expedite delivery untuk project Mercury Removal di Pasir Gudang.
8 Mac 2006.
Naik flight pagi ke Kuala Lumpur. sebab nak ke Pasir Gudang untuk settle kan delivery.
Sampai KL tengah hari, boss amik aku kat stesen ERL putrajaya. Lepas tu aku ke office kejap, lunch dan terus amik kereta berkemas dan drive ke Johor.
Sampai Johor dah malam dah.
9 & 10 Mac 2006.
Di Pasir Gudang. Settlekan kerja delivery dan dapatkan document dan sebagainya. Jumaat petang aku cabut drive semula ke KL.
11 & 12 Mac 2006.
Buah hati turun KL lagi dan kami habiskan masa 2 hari bersama.
Ahad – Hadir kenduri perkahwinan kawan aku. Norrizma Niza. Selamat Pengantin Baru. Selain tu juga berlangsung majlis perkahwinan officemate aku. Raihan dan Zaili. Sorry aku tak dapat nak datang. By the way, Selamat Pengantin Baru gak.
13 Mac 2006.
Flight awal pagi ke Miri. Sampai miri dalam kol 10.00 pagi dan terus ke office. Di office prepare semua benda nak ke offshore esoknya.
14 Mac 2006.
Pagi-pagi buta dah gerak dari rumah nak ke pelabuhan miri. Naik bot nak ke Bokor Platform. Balik darat dah malam.
15 Mac 2006.
Aduh... letih nak cakap ler bila tengok jadual aku sendiri. Tapi hakikatnya aku seronok cam ni. Jalan sana sini. Itu yang buat kerja aku menyeronokkan berbanding kalau aku duduk dalam office ajer.
Hari ini kerja aku masih ada lagi dan ada beberpa yang masih belom settel. Nak kena setelkan cepat sebelum date line. a.k.a. death line. heheheheheee
Adios.
No comments:
Post a Comment