Thursday, March 23, 2006

tag - 4 of 4

Lately ni aku jarang menulis. Bak seperti dalam posting aku yang sebelum ni aku memang sibuk. Banyak betol kerja aku sekarang ni. Aku pun tak tahu nape. Company aku dapat beberapa project sekarang ni dan manpower tak cukup. Maka, aku di import dari kl ke hq di miri untuk membantu berkhidmat.

Aku dapat rasakan yang sekarang ni, blog aku dah sunyi. Tiada pengunjung. Kalau ada pun mungkin seorang dua. Hehehehe... tak kisah. Aku tak salahkan dorang, sebab itu salah aku kerana jarang update blog aku ni.


Beberapa bulan yang lalu, program virus tag menge ‘tag’ ni selalu berlaku dan aku salah sorang mangsa. Iemah dah tag aku dan nak tak nak, aku kena jawab dengan penuh keikhlasan. Ahaks.

Orait. Tajuk tak ni... 4 [empat]. Mari kita lihat apa empat tu...

4 jobs
1. kerja terkini, sebagai sales & project engineer di salah sebuah company di Miri. Company yang focus pada oil & gas. Aku report kat company ni 8 dec 2005.
2. Branch Executive. Kerja selama 2 bulan ajer. Di bintulu. Melarikan diri dari kerja kerana rasa tertipu dan susah nak survive aku rasa.
3. Sales engineer. Company oil & gas di miri. Dan actually aku kerja sini mula dari 15 dec 2002 hingga august 2005 lepas. Dan hakikatnya, aku kerja balik kat company ni selepas aku rasa tertipu di Bintulu tu. Ahaks.
4. sales engineer. Company yang baru nak mula. Pekerja hanya aku sorang. Boss nyer cina, wife dia account dan management. Dan aku sales dia. Dan aku sempat bekerja hampir 6 bulan. Aku berenti sebab company sekarang ni panggil aku kerja dengan dorang. Tapi, sebelum aku resign dulu, bos company ni offer aku 5% share dalam company. Tapi aku tolak. Tak sure tindakan aku betol ke tak.

4 movies
1. madagascar – aku memang minat kartun. Dari kecik sampai la ni.
2. Lord of the Ring trilogy
3. Chicken Little
4. Taxi - cerita france yang pakai kereta peugeot.


4 places I have lived
1. Umah mak dan abah aku di Miri ni.
2. rumah sewa di putra prima, puchong. Teres 2 tingkat tapi tinggal 2 orang ajer.
3. kenanga apartment, taman putra perdana. Satu apaerment aku tinggal sorang. Kuar sebab umah tu kena lelong dek tuan rumah tanpa pengetahuan aku. balik ajer aku dari cuti raya, terus bertampal depan umah. “RUMAH UNTUK DI LELONG”
4. Sri kembangan. Apartment di sana, setelah aku habis belajar di keramat dulu. Kesimpulannya, aku banyak tempat tinggal. Tu belom masa aku di bintulu, tinggal di store kawasan kilang.

4 tv shows I love to watch
1. macam-macam aznil.
2. pimp my ride
3. mtv hits
4. Buletin Utama

4 places I've been on vacation
Maner yerk... kalau vacation sebenar.. kali terakhir masa zaman study dulu. Aku list kan.
1. Langkawi
2. Pulau Pangkor
3. Pulau Redang
4. Low’s Peak. Kota kinabalu. Hak hak... aku bukan bercuti di low’s peak. Tapi sampai sana dan bercuti 2 minggu lebih di sabah.

4 blogs I visit daily
Blog yang aku visit plak...
1. blog aku sendiri
2. erotika-malaysia.blogspot.com. antara project blog aku ngan egroup aku di yahooGroup.
3. sapa yang tinggal msj kat msjBox tu. Sure aku visit slalu.
4. kawan-kawan yang aku tulis dalam list kawan aku tu.

4 of my favorite food
1. umai – ni makanan traditional melanau. Ikan mentah.
2. linut – atau ambuyat bagi sesetengah tempat. Rupa ala-ala gam
3. nasi kerabu – aku paling suka makan dengan daging bakar.
4. kuih cakoi – aku tak tau nape aku minat

4 albums I can't live without
aku tak sure album aper ni... kalau music, aku memang tak tahu sangat. Cuma lately ni aku rasa aku slalu dengar
1. Kiroro – aku paling suka lagu mi rae
2. radja – aku suka lagu janji
3. kelly clarkson – because of you
4. beatle – yesterday
Sah... aku rasa kuar topik. Sebab aku minat lagu jer, bukan album.

4 vehicles I owned
1. Tebaru Iswara sport edition tu. WMM 46** Siap aku zebrakan dalam dia. Aku beli Jan 2005.
2. kancil 850. WJL 42** kereta pertama aku beli lepas grade 2001 dulu. Dan banyak kenangan dalam kereta tu. Aku trade in ngan kete sekarang. Dah hancur kereta ni. Nak repair ajer kos cecah 3K.
3. Yamaha SRE. Flat aku lupa. Tapi aku tahu dimana motor tu sekarang. Sebab aku jual ngan kawan aku.
4. kenderaan aku baru 3 tu jer yang aku beli sendiri. Lain nye takder lagi. Aku teringin nak beli Peugeot 406 atau BMW.

4 mangsa seterusnya...
aku tak sure nak tak sesape. Jadi sapa yang baca ni, kalau rasa nak menjawab sila jawab ler. Tapi aku rasa, setiap pengunjung ni kena lah. Senang cerita.

So, iemah, aku dah jawab tag ni dan ada beberapa soklan tu aku jawab tak ikut format yang standard. Hehehe biasalah. Aku memang cengitu. Jarang mengikut arahan.

No comments: