Wednesday, May 24, 2006

arghhh... kenapa...

sekarang ni aku kat parking kereta kat san francisco kafe di 'm' square, miri. aku sambung balik online internet sebab office dah tutup dan aku malas nak balik umah dulu. bukan apa, kat umah aku, line internet selalunya slow, sini ok sikit ngan wireless ni. dah ler free. ahaks.


hari ni... cam pressure ajer aku. aku diam semacam ajer masa meeting ngan boss aku tadi. buat bodo ajer. bukan pasal boss aku tapi pasal keje yang mendatang. mana tak nyer... di awal perancangan aku dulu, aku nak relex-relex jap sempena cuti gawai yang jatuh pada 1 & 2 june ni. tapi, lepas dapat 'work order' dari client, dah... aku kena ke offshore lagi. bertolak 1st june plak tu. so, aku estimate 1st june pergi, 2nd 3rd kerja. dan kalau ada bot malam tu, mungkin balik. kalau tak, kena tunggu esoknya... dan aku memang mengharap boleh balik sebelum 7hb.

sebabnya, aku dah register diri aku untuk attend autocad solution day kat kl pada 8hb. kira seminar sehari di crowne plaza mutiara kuala lumpur pasal new technology dalam autocad. itu pun boss aku yang suggest aku pergi dan aku memang dengan hati yang happy gila babas... terima... yelah... ada chance aku nak ke kl dan jumpa buah hati aku di sana. rindu gak wei...

itu kalau aku dapat balik sebelom 7hb. ini satu kes.

tetiba plak, tadi dapat e-mail dari petronas carigali. dorang mob [mobilization] aku ke bokor-a 6-9 june. adeh... mampos aku. pastu aku tengok boss aku reply cakap tak leh 6hb. 9hb boleh. aduh... satu kes plak... tadi aku hanya mengharap kes aku dapat balik awal dari offshore untuk shell tu, supaya aku dapat ke kl, tapi kini ada dua kes plak.

ohhh... tolonglah aku... aku nak sangat ke kl time ni. aku sorang-sorang aje kat miri ni sebenarnya, [aku maksudkan takder kawan-kawan... family je]. kawan-kawan aku semua kat semenanjung, even kawan yang selalu ngan aku tu, si mart pun kat langkawi sekarang ni. ntah bila dia nak balik. dan memang sah ler... aku rindu bangat nak jumpa buah hati aku...

tensen jugak kalau kerja banyak cengini... dan aku pun cam pelik tengok, geng-geng blogger aku semua komen, "bz sekarang ni"... wah... adakah ini musim bz...

apa yang aku harapkan aku boleh ke kl dan kalau aku tak berkesempatan tok ke kl kali ni... aku harap buah hati aku memahami keadaan aku ini. aku terpaksa... kerana aku masih seorang pekerja...

Tuesday, May 23, 2006

perjalanan ke offshore...


lama dah aku tak menulis sebenarnya... kalau ada pun yang aku tulis dan main publish ajer... dan ucapan yang aku tulis tu pun aku tulis dalam nota ajer dan tak sempat nak publish. bukan apa... aku tiada masa dan kesempatan tok menulis dalam web ni. [masalah access internet - sebab aku ke offshore]

hakikatnya bulan May ni, kerja aku macam banyak ajer. dari akhir April, dimana aku ke kl/pahang/johor untuk bercuti dan business trip, aku terus ke offshore ni.

ye lah cuti hari buruh tu, aku memang dah plan nak pergi umah buah hati aku di pahang. so, dapat ler jugak aku meluangkan masa ngan dia 3 hari 2 malam. [macam pakej percutian ajer bunyinya] dan lepas tu, aku pergi ke teluk ramunia untuk business trip aku.

flight balik ke miri pada 5 may. kalau ikotkan hati aku nak balik hari ahad tu, 7 may. tapi, aku dapat arahan yang aku nak kena turun offsore pada 6 may. sabtu. lol.

bila dah touch down miri airport, aku dapat call yang trip aku pospond. adeh... geram sungguh aku. tak per ler menunggu ajer ler...

lepas aku check balik ngan pihak yang arrange untuk trip aku ke offshore, then mereka confirm aku pergi 10 may. rabu. naik bot dari tl offshore jetty miri.

perjalanan bermula waktu pagi seperti orang pergi kerja. orang yang arrange tu cakap aku kena ada kat jetty kol 10.30 paling lewat. aku apa lagi... pergi lah dalam pukul 10, sebab ada beberapa benda lagi nak kena settlekan. dah sampai situ, aku ingat aku orang terakhir, tapi rupanya aku orang terawal. cheh... orang yang arrange itu pun tak sampai lagi. hampeh sungguh. lepas tunggu punya tunggu, dalam 12.30 baru bot tu gerak. nasib baik ombak tak kuat sangat. so, tak mabuk ler... kalau ombak melambung, no komen ler aku.

destinasi yang bakal di tuju adalah E11P-B Topsides dekat E11 Hub, Central Luconia. kira dah masuk perairan bintulu sket ler. sampai kat pelantar tu lebih kurang dalam pukul 6.30 petang. gambar atas tu blur sket sebab ombak laut, goyang, aku tak leh nak focus sangat amik gambar. tu, kira dah nak hampir sampai dah tu.

sebelom sampai tu, aku sempat tengok sunset dan aku suruh member aku amik gambar. lawa gak rupa sunset tu. hehehe... satu kenangan abadi.


kami semua bermalam kat baj milik petra resources. petra discovery [pdy]. aku pun sempat ler amik gambar sket-sket kat atas baj tu. sebab atas baj boleh lagi amik gambar. kalau dah atas pelantar tu, kena apply permit tok amik gambar. susah tu. malam tu gak aku tengok bulan penuh. lawa gak. aku jarang tengok bulan penuh dengan bayangan di laut. kalau dongak kat langit biasa lah... tapi bayangan di dalam air ni yang susah nak tengok sket. so, aku pun amik ler gambar, nak wat kenangan.

kerja di offshore biasanya bermula dari jam 6.00 pagi hingga 6.00 petang. kiranya waktu bekerja adalah 12 jam untuk normal hour.

aku di sebagai vendor hanya untuk buat testing dan commissioning untuk system aku. dan mula kerja khamis tu, abis hari sabtu. memang tak lama sangat.

ahad, plan nak full testing dan suruh client witness, tapi semua permit to work kena gantung. adeh, satu hari semua lepak. tak wat kerja. apa lagi, makan, tdo, tgk tv ajer ler keje sehari-hari tu.

antara gambar permandangan pada waktu malam dari baj aku. depan tu pelantar yang aku kena kerja. tempat system aku di letakkan.

isnin, baru permit lulus. dan kami buat testing sambil di saksikan oleh client. iaitu ssb. sebab nak handover system tu nanti. so bila client puas hati, takder punch list baru boleh handover. perit gak tu wo.... nasib baik ok. system berjalan lancar dan client puas hati.

selasa, ada bad weather warning. dijangkakan angin akan bertiup kencang dan ombak tinggi. aku bangun pagi-pagi tengok semua orang masih kat baj lagi. hari sebelom tu aku dah rasa baj aku goyang-goyang. sebelum ni tak terasa sangat. hari selasa memang agak kuat hingga baj terpaksa pull out. mean, baj tu kena jauhkan diri dari pelantar. bahaya. bimbang nanti angin kuat boleh menyebabkan kemalangan.

baru ajer aku relex nak tdo semula sebab dah pening, tetiba bunyi alarm. fire drill. semua berkumpul di muster station. adeh, lama tu berkumpul ngan pakai life jacket. dah ler panas.
dalam 2 jam lebih berkumpul kat situ je. menunggu arahan bersurai. ini biasa di lakukan di offshore untuk latihan kecemasan di laut. maner tau ada benar-benar ada kecemasan, so, orang tak panik sangat dan dah tahu cara untuk menyelamatkan diri.

beberapa hari masa bad weather tu, kami tak kerja. semua duduk lepak kat baj ajer. bangun, sarapan, tengok astro, cd, lunch, semayang, sambung tengok cd, tea time, semayang, sambung balik tgk tv, mandi, semayang dinner, sambung balik... sampai malam. itu lah kerja aku, tdo, makan, tv, ajer... letih jugak wo... pasal cd tu, terpulang ler citer apa nak tengok. bergantung pada sapa yang bawa cd tu. tapi ada hari tu, banyaknya cerita orang dewasa. ahaks. gambar tu aku amik waktu siang. waktu pakai pakaian kerja. itu lah gambar pelantar yang agak jelas sket.

bila kerja siap, beberapa hari lagi aku kena tunggu di laut sebab takder bot nak balik darat. hari selasa tu, petang, dorang ada announcement, cakap ada bot kol 3 petang. sapa yang nak balik, kumpul kat bot area. dah nak sampai kol 3, tetiba announcement cakap, bot transfer cancel. adeh... menunggu lagi. bak kata sorang lead ssb engineer... "enjoy your rock and roll at the barge" hahahahhaaa... enjoy sungguh dengan goyang-goyang tu. mabuk free...

akhirnya, hari rabu ada bot sampai dari darat. dan akhirnya aku dapat balik guna bot tu. bot tu akan berlepas dari offshore pukul 10.00 malam. itu jadual dia. tapi akhirnya terpaksa tangguh sampai pukul 11.00 malam sebab bad weather. laut bergelora. aku tengok keadaan, huh... menakutkan... dengan hujannya, ombak kuat yang aku tengok pada indicator kat tiang platform tu lebih kurang 3 meter. baru aku lihat ombak setinggi ini. dan merbahaya untuk boat transfer. dalam pukul 11.00 tu kira reda le sket dan kami semua naik bot untuk meneruskan perjalanan ke darat.

sampai darat/miri dalam pukul 6.00 pagi pada hari khamis. satu journey yang panjang di laut. apa yang aku ingat aku tidor ajer sepanjang perjalanan tu sebab tak nampak apa pun. cuma aku terjaga dalam pukul 3.00 pagi sebab bot aku melambung. ombak kuat lagi. ombak memukul bot kami, hingga keadaan tidak stabil. aduh...

6.00 pagi... selamat tiba di jetty miri. kepala masih goyang. jalan pun dah tak stabil sangat dah. goyang-goyang. itulah pengalaman pertama aku tinggal di laut. selama ni, aku memang pernah ke offshore tapi tidak tidur lama seperti tu. semua daily trip aje.

apa yang best hidup di offshore ni, makanan free, kiranya kita kalau nak ke offshore tu tak yah bawak satu sen pun. sebab takder apa nak beli pun. dan makan suka hati je nak makan banyak mana pun. dan kalau tak silap aku, badan aku naik beberapa kilo lepas aku balik dari offshore tu. ye lah... semua free. makan pun macam-macam ada, dari masakan biasa hingga ke western food.

dan... sampai aje aku kat office, dengan kepala yang masih goyang-goyang, bos aku cakap, ada satu lagi trip soon. tunggu service order sampai. dan hari ni aku dah tengok service order tu, aku kena pergi lagi offshore 1st june. hari gawai dayak di sarawak. public holiday. aduh... takder holiday aku.... kali ni ntah berapa lama plak di laut. aku akan cuba catatkan juga perjalanan aku ke sana nanti. ke E8DR-A Topsides. lagi jauh dari E11P-B Topsides.




renungan....

aku dapat satu e-mail yang kawan aku forward kat aku. lepas aku habis baca, aku rasa aku nak share ngan semua pasal benda ni...

renungkanlah....

=================================================================

From: pimp punk
Sent: Tuesday, May 23, 2006 10:27 AM
To: romzi
Subject: Fwd: Tazkirah Pagi disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar

Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak "Dalam diri-diri kamu ada kebesaran Tuhan". Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita. Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah. Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-

  • Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah s. a. w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya.
  • Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.
  • Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita. Kenapa garam?
  • Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM.
  • Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.
  • Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.
  • Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

Cara Rasulullah minum.
Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.

Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina?

Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri.

Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu.

Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin, walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu. Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar.

Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi yang diberikan oleh Mudaris(guru) ana, Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah.

Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi.

Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.

Tuesday, May 16, 2006

selamat hari guru

16 may...
hampir aku terlupa...

aku ingin mengucapkan selamat hari guru buat semua guru-guru se-antero dunia... jasamu sebagai guru tidak akan dapat dilupakan begitu saja...

aku sebenarnya nak khususkan wish aku pada guru-guru yang pernah mengajar aku erti hidup. dari aku kecik sampai ler suku dekad usia ini.
antara cikgu-cikgu yang masih dalam kekal dalam memori aku yang memberi banyak kesan...
  1. Cikgu Rahman - cikgu masa di srk luak. guru kelas. antara guru yang memberi satu idea ke arah pemikiran seni dan pemikiran luarbiasa.
  2. Cikgu Zulaikha - guru kelas masa darjah 6. ayat pertama selepas menjadi guru kelas dari cikgu itu yang aku paling ingat sampai sekarang ialah "saya paling tak suka cara budak itu duduk" sampil menuding jari ke arah aku. tapi, tegurannya memberi aku satu keberanian untuk berjuang.
  3. Ustazah Solehah - guru agama masa sekolah rendah. mengajar aku ilmu agama.
  4. Ustaz Azlan - juga guru agama yang banyak membimbing aku... [ada salam orang untuk dia belum aku sampaikan. pada yang kenal dia, sila sampaikan salam aku dan salam cikgu zulaikha pada dia... aku masih berhutang salam pada dia...]
  5. Cikgu Bujang - Guru Besar sekolah rendah.... yang telah memberi aku pendedahan tentang dunia kepimpinan...
  6. Cikgu Mukhali - cikgu di smk luak. cikgu yang memberi satu peluang untuk aku membuktikan erti hidup.
  7. Cikgu Jamil - cikgu yang memperkenalkan aku dengan dunia komputer. walaupun aku masih tak reti time tu, tapi dia banyak beri idea tentang komputer. kali terakhir aku dengar dia dah tak mengajar lagi.
  8. Puan Soo - antara guru disiplin semasa di smk luak. sampai sekarang aku masih ingat dia lagi.
  9. Cikgu Zainol, Cikgu Ghazali, Cikgu Zamzuri, Cikgu Siti, - antara guru yang best masa di st. joe.
  10. Ustaz Ibrahim - Ustaz yang memberi aku satu kehidupan. aku masih ingat dia pernah cakap ngan aku... "kalau kamu nak berjaya, kamu kena keluar dari ketiak mak bapak kamu. jangan dok ajer di rumah. pergi merantau sejauh yang mungkin. kerana merantau akan mematang dan mendewasakan kamu" terima kasih ustaz. aku dah rasainya... memang benar... sekarang ni aku teringin nak jumpa dia balik, nak ucap terima kasih... kali terakhir aku dengar dia di UTM skudai dah.
  11. En. Nazar, En. Salehuddin, dan beberapa lagi orang penyarah masa aku belajar di UTM dulu.
  12. Puan Mariam - Pensyarah di UTM yang sampai sekarang aku masih kontek. siap budak2 ni cakap dia ni mak angkat aku. memang rupa dia macam mak aku pun. terima kasih puan.
  13. Kepada lecturer-lecturer di UTM yang pernah mengajar aku, sure mereka ingat sangat aku, sebab aku antara makhluk yang paling kuat bodek dan antara yang selalu buat hal dalam kelas. (tidak berdisiplin dan selalu datang lewat - tapi balik awal. hahahahaaa...)
Yeah.... ini antara nama-nama orang yang aku paling ingat sekali. yang lain tu bukan aku tak ingat, aku memang ingat semua cikgu-cikgu aku tapi mereka ini antara yang memberi inspirasi kepada aku untuk terus berjaya.

Terima kasih cikgu... semoga semua cikgu-cikgu berjaya dalam lapangan mereka masing-masing. jasamu tetap di kenang sampai bila-bila.

Selamat Hari Guru.

Sunday, May 14, 2006

selamat hari ibu

sempana hari ibu ni aku nak wish selamat hari ibu buat semua insan yang bergelar ibu.

aku sendiri tidak tahu adakah aku menggembirakan hati ibuku atau tidak... namun apa yang pasti jasa ibuku masih tidak mampu aku balas walau dengan titisan darah yang terakhir sekalipun.

kekadang bila merenung wajah ibu tersayang, air mata bergenang mengenangkan pengorbanan yang telah ibu lakukan selama ini, demi membesarkan 3 orang anaknya...

terima kasih ibu... kau lah segalanya... aku akan cuba untuk menggembirakan mu...

Ya ALLAH, ya tuhanku,
ampunilah dosaku,
dosa kedua ibu bapaku,
rahmatilah kedua mereka,
dan kasihanilah kedua mereka,
sepertimana mereka,
mengasihaniku,
semasa kecil dahulu...

amin ya rabbal alamin...