Tuesday, May 23, 2006

perjalanan ke offshore...


lama dah aku tak menulis sebenarnya... kalau ada pun yang aku tulis dan main publish ajer... dan ucapan yang aku tulis tu pun aku tulis dalam nota ajer dan tak sempat nak publish. bukan apa... aku tiada masa dan kesempatan tok menulis dalam web ni. [masalah access internet - sebab aku ke offshore]

hakikatnya bulan May ni, kerja aku macam banyak ajer. dari akhir April, dimana aku ke kl/pahang/johor untuk bercuti dan business trip, aku terus ke offshore ni.

ye lah cuti hari buruh tu, aku memang dah plan nak pergi umah buah hati aku di pahang. so, dapat ler jugak aku meluangkan masa ngan dia 3 hari 2 malam. [macam pakej percutian ajer bunyinya] dan lepas tu, aku pergi ke teluk ramunia untuk business trip aku.

flight balik ke miri pada 5 may. kalau ikotkan hati aku nak balik hari ahad tu, 7 may. tapi, aku dapat arahan yang aku nak kena turun offsore pada 6 may. sabtu. lol.

bila dah touch down miri airport, aku dapat call yang trip aku pospond. adeh... geram sungguh aku. tak per ler menunggu ajer ler...

lepas aku check balik ngan pihak yang arrange untuk trip aku ke offshore, then mereka confirm aku pergi 10 may. rabu. naik bot dari tl offshore jetty miri.

perjalanan bermula waktu pagi seperti orang pergi kerja. orang yang arrange tu cakap aku kena ada kat jetty kol 10.30 paling lewat. aku apa lagi... pergi lah dalam pukul 10, sebab ada beberapa benda lagi nak kena settlekan. dah sampai situ, aku ingat aku orang terakhir, tapi rupanya aku orang terawal. cheh... orang yang arrange itu pun tak sampai lagi. hampeh sungguh. lepas tunggu punya tunggu, dalam 12.30 baru bot tu gerak. nasib baik ombak tak kuat sangat. so, tak mabuk ler... kalau ombak melambung, no komen ler aku.

destinasi yang bakal di tuju adalah E11P-B Topsides dekat E11 Hub, Central Luconia. kira dah masuk perairan bintulu sket ler. sampai kat pelantar tu lebih kurang dalam pukul 6.30 petang. gambar atas tu blur sket sebab ombak laut, goyang, aku tak leh nak focus sangat amik gambar. tu, kira dah nak hampir sampai dah tu.

sebelom sampai tu, aku sempat tengok sunset dan aku suruh member aku amik gambar. lawa gak rupa sunset tu. hehehe... satu kenangan abadi.


kami semua bermalam kat baj milik petra resources. petra discovery [pdy]. aku pun sempat ler amik gambar sket-sket kat atas baj tu. sebab atas baj boleh lagi amik gambar. kalau dah atas pelantar tu, kena apply permit tok amik gambar. susah tu. malam tu gak aku tengok bulan penuh. lawa gak. aku jarang tengok bulan penuh dengan bayangan di laut. kalau dongak kat langit biasa lah... tapi bayangan di dalam air ni yang susah nak tengok sket. so, aku pun amik ler gambar, nak wat kenangan.

kerja di offshore biasanya bermula dari jam 6.00 pagi hingga 6.00 petang. kiranya waktu bekerja adalah 12 jam untuk normal hour.

aku di sebagai vendor hanya untuk buat testing dan commissioning untuk system aku. dan mula kerja khamis tu, abis hari sabtu. memang tak lama sangat.

ahad, plan nak full testing dan suruh client witness, tapi semua permit to work kena gantung. adeh, satu hari semua lepak. tak wat kerja. apa lagi, makan, tdo, tgk tv ajer ler keje sehari-hari tu.

antara gambar permandangan pada waktu malam dari baj aku. depan tu pelantar yang aku kena kerja. tempat system aku di letakkan.

isnin, baru permit lulus. dan kami buat testing sambil di saksikan oleh client. iaitu ssb. sebab nak handover system tu nanti. so bila client puas hati, takder punch list baru boleh handover. perit gak tu wo.... nasib baik ok. system berjalan lancar dan client puas hati.

selasa, ada bad weather warning. dijangkakan angin akan bertiup kencang dan ombak tinggi. aku bangun pagi-pagi tengok semua orang masih kat baj lagi. hari sebelom tu aku dah rasa baj aku goyang-goyang. sebelum ni tak terasa sangat. hari selasa memang agak kuat hingga baj terpaksa pull out. mean, baj tu kena jauhkan diri dari pelantar. bahaya. bimbang nanti angin kuat boleh menyebabkan kemalangan.

baru ajer aku relex nak tdo semula sebab dah pening, tetiba bunyi alarm. fire drill. semua berkumpul di muster station. adeh, lama tu berkumpul ngan pakai life jacket. dah ler panas.
dalam 2 jam lebih berkumpul kat situ je. menunggu arahan bersurai. ini biasa di lakukan di offshore untuk latihan kecemasan di laut. maner tau ada benar-benar ada kecemasan, so, orang tak panik sangat dan dah tahu cara untuk menyelamatkan diri.

beberapa hari masa bad weather tu, kami tak kerja. semua duduk lepak kat baj ajer. bangun, sarapan, tengok astro, cd, lunch, semayang, sambung tengok cd, tea time, semayang, sambung balik tgk tv, mandi, semayang dinner, sambung balik... sampai malam. itu lah kerja aku, tdo, makan, tv, ajer... letih jugak wo... pasal cd tu, terpulang ler citer apa nak tengok. bergantung pada sapa yang bawa cd tu. tapi ada hari tu, banyaknya cerita orang dewasa. ahaks. gambar tu aku amik waktu siang. waktu pakai pakaian kerja. itu lah gambar pelantar yang agak jelas sket.

bila kerja siap, beberapa hari lagi aku kena tunggu di laut sebab takder bot nak balik darat. hari selasa tu, petang, dorang ada announcement, cakap ada bot kol 3 petang. sapa yang nak balik, kumpul kat bot area. dah nak sampai kol 3, tetiba announcement cakap, bot transfer cancel. adeh... menunggu lagi. bak kata sorang lead ssb engineer... "enjoy your rock and roll at the barge" hahahahhaaa... enjoy sungguh dengan goyang-goyang tu. mabuk free...

akhirnya, hari rabu ada bot sampai dari darat. dan akhirnya aku dapat balik guna bot tu. bot tu akan berlepas dari offshore pukul 10.00 malam. itu jadual dia. tapi akhirnya terpaksa tangguh sampai pukul 11.00 malam sebab bad weather. laut bergelora. aku tengok keadaan, huh... menakutkan... dengan hujannya, ombak kuat yang aku tengok pada indicator kat tiang platform tu lebih kurang 3 meter. baru aku lihat ombak setinggi ini. dan merbahaya untuk boat transfer. dalam pukul 11.00 tu kira reda le sket dan kami semua naik bot untuk meneruskan perjalanan ke darat.

sampai darat/miri dalam pukul 6.00 pagi pada hari khamis. satu journey yang panjang di laut. apa yang aku ingat aku tidor ajer sepanjang perjalanan tu sebab tak nampak apa pun. cuma aku terjaga dalam pukul 3.00 pagi sebab bot aku melambung. ombak kuat lagi. ombak memukul bot kami, hingga keadaan tidak stabil. aduh...

6.00 pagi... selamat tiba di jetty miri. kepala masih goyang. jalan pun dah tak stabil sangat dah. goyang-goyang. itulah pengalaman pertama aku tinggal di laut. selama ni, aku memang pernah ke offshore tapi tidak tidur lama seperti tu. semua daily trip aje.

apa yang best hidup di offshore ni, makanan free, kiranya kita kalau nak ke offshore tu tak yah bawak satu sen pun. sebab takder apa nak beli pun. dan makan suka hati je nak makan banyak mana pun. dan kalau tak silap aku, badan aku naik beberapa kilo lepas aku balik dari offshore tu. ye lah... semua free. makan pun macam-macam ada, dari masakan biasa hingga ke western food.

dan... sampai aje aku kat office, dengan kepala yang masih goyang-goyang, bos aku cakap, ada satu lagi trip soon. tunggu service order sampai. dan hari ni aku dah tengok service order tu, aku kena pergi lagi offshore 1st june. hari gawai dayak di sarawak. public holiday. aduh... takder holiday aku.... kali ni ntah berapa lama plak di laut. aku akan cuba catatkan juga perjalanan aku ke sana nanti. ke E8DR-A Topsides. lagi jauh dari E11P-B Topsides.




No comments: