16 may...
hampir aku terlupa...
aku ingin mengucapkan selamat hari guru buat semua guru-guru se-antero dunia... jasamu sebagai guru tidak akan dapat dilupakan begitu saja...
aku sebenarnya nak khususkan wish aku pada guru-guru yang pernah mengajar aku erti hidup. dari aku kecik sampai ler suku dekad usia ini.
antara cikgu-cikgu yang masih dalam kekal dalam memori aku yang memberi banyak kesan...
Terima kasih cikgu... semoga semua cikgu-cikgu berjaya dalam lapangan mereka masing-masing. jasamu tetap di kenang sampai bila-bila.
Selamat Hari Guru.
hampir aku terlupa...
aku ingin mengucapkan selamat hari guru buat semua guru-guru se-antero dunia... jasamu sebagai guru tidak akan dapat dilupakan begitu saja...
aku sebenarnya nak khususkan wish aku pada guru-guru yang pernah mengajar aku erti hidup. dari aku kecik sampai ler suku dekad usia ini.
antara cikgu-cikgu yang masih dalam kekal dalam memori aku yang memberi banyak kesan...
- Cikgu Rahman - cikgu masa di srk luak. guru kelas. antara guru yang memberi satu idea ke arah pemikiran seni dan pemikiran luarbiasa.
- Cikgu Zulaikha - guru kelas masa darjah 6. ayat pertama selepas menjadi guru kelas dari cikgu itu yang aku paling ingat sampai sekarang ialah "saya paling tak suka cara budak itu duduk" sampil menuding jari ke arah aku. tapi, tegurannya memberi aku satu keberanian untuk berjuang.
- Ustazah Solehah - guru agama masa sekolah rendah. mengajar aku ilmu agama.
- Ustaz Azlan - juga guru agama yang banyak membimbing aku... [ada salam orang untuk dia belum aku sampaikan. pada yang kenal dia, sila sampaikan salam aku dan salam cikgu zulaikha pada dia... aku masih berhutang salam pada dia...]
- Cikgu Bujang - Guru Besar sekolah rendah.... yang telah memberi aku pendedahan tentang dunia kepimpinan...
- Cikgu Mukhali - cikgu di smk luak. cikgu yang memberi satu peluang untuk aku membuktikan erti hidup.
- Cikgu Jamil - cikgu yang memperkenalkan aku dengan dunia komputer. walaupun aku masih tak reti time tu, tapi dia banyak beri idea tentang komputer. kali terakhir aku dengar dia dah tak mengajar lagi.
- Puan Soo - antara guru disiplin semasa di smk luak. sampai sekarang aku masih ingat dia lagi.
- Cikgu Zainol, Cikgu Ghazali, Cikgu Zamzuri, Cikgu Siti, - antara guru yang best masa di st. joe.
- Ustaz Ibrahim - Ustaz yang memberi aku satu kehidupan. aku masih ingat dia pernah cakap ngan aku... "kalau kamu nak berjaya, kamu kena keluar dari ketiak mak bapak kamu. jangan dok ajer di rumah. pergi merantau sejauh yang mungkin. kerana merantau akan mematang dan mendewasakan kamu" terima kasih ustaz. aku dah rasainya... memang benar... sekarang ni aku teringin nak jumpa dia balik, nak ucap terima kasih... kali terakhir aku dengar dia di UTM skudai dah.
- En. Nazar, En. Salehuddin, dan beberapa lagi orang penyarah masa aku belajar di UTM dulu.
- Puan Mariam - Pensyarah di UTM yang sampai sekarang aku masih kontek. siap budak2 ni cakap dia ni mak angkat aku. memang rupa dia macam mak aku pun. terima kasih puan.
- Kepada lecturer-lecturer di UTM yang pernah mengajar aku, sure mereka ingat sangat aku, sebab aku antara makhluk yang paling kuat bodek dan antara yang selalu buat hal dalam kelas. (tidak berdisiplin dan selalu datang lewat - tapi balik awal. hahahahaaa...)
Terima kasih cikgu... semoga semua cikgu-cikgu berjaya dalam lapangan mereka masing-masing. jasamu tetap di kenang sampai bila-bila.
Selamat Hari Guru.
No comments:
Post a Comment