Tuesday, July 01, 2008

Issue hangat... Adakah Tragedi 1998 berulang?

Alhamdulillah, malam ni, ada sambungan internet kat umah aku. Actually selama ni, aku pakai sambungan free ajer kat umah aku ni, yang mana aku tak tahu dari mana asal signal wireless tu. So, aku just guna ajer signal tu, selagi ada. Seingat aku, hampir setahun aku pakai line tu, tanpa ada apa-apa gangguan. Cuma, lately ni, ada masalah sikit. Kekadang laptop aku dapat signal tu, tapi bila bukak IE atau Mozilla, tak dapat connection.

Beberapa hari ni, memang aku agak sibuk sikit, sampai tak sempat nak update, malah nak jenguk blog member pun jarang. Kecuali beberapa blog yang aku rasa nak pergi. Chot salah satunya.

Issue hangat minggu ni, yang bermula dari minggu lepas telah menenggelamkan semua issue yang ada. Malah, issue Euro 2008 pun tak banyak aku dengar berbanding issue DSAI. Aku tak nak ulas panjang ler issue tu, sebab aku rasa ramai yang menulis pasal issue ni. Cuma aku just nak beritahu pandangan aku jer mengenai issue ni.

Blog yang mula aku jenguk Isnin lepas adalah Chot. Mulanya aku ingat Chot akan highlight pasal kemenangan Sepanyol tapi rupanya meleset. Issue "jangan main belakang" jadi pilihan utamanya... dan disitu ada beberapa gambar yang Chot masukkan sekali. Gambar yang tengah hangat di pasaran.


Wajah jambu (kata beberapa orang kawan aku) yang menjadi hangat sekarang ni. Dan impian dia untuk jadi popular dah jadi kenyataan. Aku rasa, semua orang tahu siapa dia sekarang ni. Seorang blogger yang pernah belajar di UNITEN menulis pasal siapa dia ni sebenarnya. Dia siap cerita hampir semua aktiviti mamat ni. Korang boleh baca sendiri kat sini.

Aku sebenarnya agak tertarik dengan pic bawah ni dari blog "The Hungry Activist". Yang paling kelakar dan paling lucu aku rasa, mamat ni, di saman atas kesalahan salah lorong. Ahaks. Aper ler mamat ni, memandu pun boleh salah lorong. Kalau dah memandu salah lorong, cemana hidupnya... betul ker lorong tu. Cerita lanjut blogger ni pasal salah lorong kat sini.


Satu lagi blog yang sekarang ni, seumpama pisang panas dan semua nak access ke blog tu adalah... http://riwayathayat.blogspot.com. Tapi malangnya, blog tu sekarang dah setkan kepada privacy dan hanya sesetengah orang ajer yang boleh baca penulisan dalam tu. Apa yang aku paham, dari sesetengah pengulas, menyatakan penulis blog tu adalah kawan rapat kepada si mamat ni... dan dalam salah satu entry yang berjaya di keluarkan... oleh salah sorang blogger, http://riwayathayat.blogspot.com/2008/03/awas-ada-musang-berbulu-ayam.html, terdapat satu komen dari Saiful Bukhari sendiri.

Saiful Bukhari said… Satu lagi,

Untuk pengetahuan semua pelajar-pelajar UNITEN yang saya rindui dan kasihi, semalam saya baru sahaja memohon kepada pihak Uniten untuk membenarkan saya menamatkan pengajian a.k.a berhenti.

Saya membuat keputusan setelah saya berfikir panjang (”setahun”) dan mendengar nasihat dari pelbagai pihak.

Untuk pengetahuan semua, keputusan peperiksaan saya amat teruk semasa saya berada didalam MPP. Sem 1 06/07 GPA 1.0, Sem 2 GPA 0.8 dan CGPA saya sekarang 1.69.

Secara logiknya, untuk saya menaikkan CGPA saya dan menamatkan pengajian ia akan memakan masa selama 5 semester = 2 1/2 tahun lagi. Jadi bagi saya, ia tidak berbaloi.

Semenjak dari kecil cita-cita saya bukan seperti yang saudara-saudari sangkakan iaitu menjadi seorang ahli Politik. Tetapi cita-cita saya adalah untuk menjadi seorang PILOT (Juruterbang). Saya mengambil bidang ini pon kerana pada ketika itu Allahyarhamah ibu saya sakit tenat, beliau sudah menyimpan wang untuk saya mencapai cita-cita saya tetapi pada ketika itu wang itu terpaksa digunakan untuk menanggung kos perubatan.

Pada ketika itu, yang ada didepan mata hanyalah tawaran pinjaman Yayasan Tenaga Nasional dalam bidang kejuruteraan. Jadi saya tidak mempunyai pilihan dan terpaksalah menerima tawaran itu.

Tetapi jauh disudut hati, memang saya telah tekad, Selepas sahaja saya menamatkan ijazah, saya akan cuba sedaya upaya juga untuk menjadi seorang juruterbang.

Allamdulillah, mungkin berkat doa ibu saya yang kini berada dialam barzakh dikabulkan. Saya telah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus dalam bidang penerbangan di Asia Pacific Flight Training di Kota Bharu. Saya akan masuk pada JUN 2008 dan dijangka tamat pada DEC 2009. =)

Kalau nak cerita lagi panjang tapi cukup setakat sini sahajalah. Lagipun ni bukan blog saya, saya menumpang je.. =P

Jadi, adakah impian atau agenda saya selama ini benar seperti yang saudara Najwan war war kan? Anda sahaja lah yg tafsir dan fikirkan.

Sekali lagi, saya tidak menyalahkan saudara Najwan kerana beliau tidak tahu dan tidak rapat dengan saya. Sesiapa pun akan menganggap saya ni mempunyai cita-cita politik.

Bagi saya tak salah berbaik dengan sesiapa pon. Saya adalah jenis orang yang tidak suka bermusuh. Lagi ramai kenalan, tak kiralah Menteri, Pemimpin Pembangkang, gangster atau tukang sapu sampah sekali pon, suatu hari tanpa disangka orang-orang ini lah yang dapat membantu kita.

Kesimpulannya, rapatkan silaturrahim sesama manusia dan elakkan bermusuhan sesama manusia.

Sekian,

Saifuk Bukhari.

p/s: Maafkan saya pelajar-pelajar Uniten yang saya kasihi dan rindui.


Komen ini mungkin boleh dijadikan renungan apa sebenarnya yang cuba di sampaikan dan apa sebenarnya relevan pada kisah meliwat...

Yang pasti, hanya ALLAH yang maha mengetahui segalanya dan ALLAH jua yang tahu apa yang akan berlaku selepas ini. Cuma, aku berharap agar tragedi 1998 tidak akan berulang kembali.

4 comments:

Unknown said...

mmg mamat muka jambu ni menggunakan org lain utk mencapai cita2nya...

Anonymous said...

org2 camni la yg ramai dlm gomen tuh...

Anonymous said...

anak muda yg bercita² tinggi...
hidup baru setahun jagung

romzi seli said...

Chot,
betol aku rasa statement ko tu...

amai,
memang ler orang camni... tak lulus belajar tapi dapat keje yang elok...

Kak Jie,
tu lah, baru setahun jagung dah lebih...