Monday, July 28, 2008

masa berlalu

Masa berlalu, beberapa hari sebelum ni menyaksikan aku sibuk sangat. Sekarang ni pun actually aku memang sibuk, tapi kerana ketensionan, aku menyimpang ajer kejap. Walaupun aku tahu, kerja aku sekarang ni, memang melambak. Rasa macam dah malas dah nak buat. Tapi apakan daya, kena buat gak.

Hari ni, aku jalan-jalan dalam blog, saje nak tengok apa perkembangan terbaru dunia sekarang ni. Lalu kat Chot, jumpa pelbagai gambar luahan rasa dia. Dan, latest update dari chot yang membuatkan aku semakin rajin nak baca dan cari link seterusnya.

Aku terjumpa;
Jul 28, 08 2:55pm
Tiada bukti Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengadu diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, pernah mengalami hubungan seks luar tabie seperti itu - demikian hasil pemeriksaan seorang doktor di sebuah hospital swasta, kira-kira empat jam sebelum membuat laporan polis sebulan lalu.


Hospital Pusrawi 280708.jpgMenurut salinan laporan perubatan terhadap bekas pembantu Anwar itu, Mohd Saiful ke Hospital Pusrawi mengadu mengalami "tenesmus" - kesukaran dan kesakitan membuang air besar.

Dipercayai pemuda 23 tahun itu mendapatkan rawatan di hospital di Jalan Tun Razak itu kira-kira jam 2 petang pada 28 Jun sebelum diminta ke sebuah hospital kerajaan dan kemudian membuat laporan polis.

Seterusnya...

Itu kisah di Malaysia Kini. Aku akui, dari kecik (dari tahu membaca lah) sampai ke usia sekarang ni, aku masih tak reti sangat nak baca tulisan doctor atau apa-apa lapuran doctor. Kalau nurse tulis, ok lagi... ada gak yang aku paham. Melalui Chot gak, aku akhirnya jumpa laporan doctor mengenai 'bontot' yang di dakwa di liwat.

"...Pada 2.00 petang, 28 June 2008, mohd. Saiful Bukhari Bin Azlan telah pergi menemui Dr. Mohamed Osman dan mengadu tentang kesakitan dibahagian dubur yang dialaminya. Saiful memberitahu doktor tersebut bahawa dia di "perkosa' oleh seorang yang sangat penting - maknanya, Anwar Ibrahim.

Dr. Mohamed Osman memeriksa Saiful tetapi mendapati tiada bukti bahawa dia diliwat, sama ada oleh Anwar Ibrahim ataupun sesiapa saja. Laporan doktor (boleh dilihat dibawah) mengatakan TIADA kesan luka pada kulit, TIADA pendarahan, TIADA kesan-kesan nanah dsb - secara asasnya bermakna tidak mungkin dia mengalami kesakitan diduburnya, seperti yang didakwa...

Seterusnya...


Aku harap, rakyat Malaysia dan sesiapa saja, boleh berfikir secara logik tentang issue ni. Berfikir untuk mencari kebenaran dan jangan terlalu percaya membuta tuli dari media kerajaan sahaja. Kerana kita ada hak untuk mendengar dari semua pihak, apa sebenarnya yang berlaku. Aku yakin, kebanyakan wartawan tahu hal yang sebenar, cuma mereka dibataskan oleh undang-undang untuk menulis dengan lebih terus dalam media mereka. Yelah, kalau telus sangat, kang permit penerbitan kena gantung, mane nak carik makan. Yea tak?

2 comments:

cemut said...

memalukan diri sdirik jee.
sape yg malu.mereka dan keluarga mereka jugak.kan bro kan

Anonymous said...

tulah ms nak buat xpikir panjang.. IQ tu xcukup jahat lg nak putar belit..

ida cakap kang dia suruh na*** plak liwat.. nak bg ada kesan.. hohohooo