
Sambung cerita posting sebelom ni... actually tak tulis pun cerita, just gambar je. Tapi gambar mungkin menerangkan segalanya...
Aku ke India hari tu, atas urusan kerja. Aku pergi untuk Technical Clarification Meeting dengan main contractor di sana. Mulanya, aku takder rasa sangat nak pergi, kena plak aku dengar cost mahal, terutama hotel. Yang lain memang murah di India. At last, aku decide nak pergi gak, untuk tengok negara orang. Dan inilah first time aku pergi sorang-sorang ke oversea. Atau dengan kata lain, pergi ke negara asing, first time tanpa couleague. Nasib baik yang pergi sekali ngan aku tu, team vendor yang sama untuk present dan attend meeting ni.
Gambar bawah ni, kebanyakkan gambar masa nak balik dah. Indira Gandhi International Airport. Nama gah, tapi huh.... Subang airport tu jauh lagi cun dan elok. Nak masuk airport je, kena ada tiket. Kalau takder tiket, memang dorang tak bagi pun masuk airport tu. Tempat menunggu seberang jalan. Ada macam satu bangunan di seberang jalan airport tu. Di situ ler aku nampak sorang hamba Allah dari Amerika menunaikan kewajipan kepada Allah. Insaf aku tengok, kerana tidak kira dalam keadaan apa sekalipun, kewajipan dia tak lupakan.




2 comments:
apa nombor kete perdana tewww.. 6758 kerr aperr.. wakaka
tak berapa ingat ler no dia... hehehe
Post a Comment