Friday, April 10, 2009

edisi campur

Kuala Selangor. Tatkala padi menghijau...
Sambung cerita posting sebelom ni... actually tak tulis pun cerita, just gambar je. Tapi gambar mungkin menerangkan segalanya...

Aku ke India hari tu, atas urusan kerja. Aku pergi untuk Technical Clarification Meeting dengan main contractor di sana. Mulanya, aku takder rasa sangat nak pergi, kena plak aku dengar cost mahal, terutama hotel. Yang lain memang murah di India. At last, aku decide nak pergi gak, untuk tengok negara orang. Dan inilah first time aku pergi sorang-sorang ke oversea. Atau dengan kata lain, pergi ke negara asing, first time tanpa couleague. Nasib baik yang pergi sekali ngan aku tu, team vendor yang sama untuk present dan attend meeting ni.

Gambar bawah ni, kebanyakkan gambar masa nak balik dah. Indira Gandhi International Airport. Nama gah, tapi huh.... Subang airport tu jauh lagi cun dan elok. Nak masuk airport je, kena ada tiket. Kalau takder tiket, memang dorang tak bagi pun masuk airport tu. Tempat menunggu seberang jalan. Ada macam satu bangunan di seberang jalan airport tu. Di situ ler aku nampak sorang hamba Allah dari Amerika menunaikan kewajipan kepada Allah. Insaf aku tengok, kerana tidak kira dalam keadaan apa sekalipun, kewajipan dia tak lupakan.

Its about my trip to India... pic dalam posting sebelom ni, adalah sebahagian dari pic yang sempat diambil masa pergi India hari tu. Malangnya, masa tak banyak, jadi tak sempat nak merayau ke serata Delhi apatah lagi nak ke Taj Mahal. Walaupun pada plan awal, aku nak ke Taj Mahal. Tapi disebabkan kesuntukan masa, so aku tak dapat pergi. Tapi harap lepas ni dapat pergi lagi, once contract dah establish.
Selingan... aku yakin, tayar kereta ni dah di curi... kereta ni park di tepi sebuah apartment di Bukit Jalil.


2 comments:

Anonymous said...

apa nombor kete perdana tewww.. 6758 kerr aperr.. wakaka

romzi seli said...

tak berapa ingat ler no dia... hehehe