Tuesday, January 24, 2006

aku

beberapa hari ini, seperti posting aku yang sebelum ini, memang macam ada ribut malanda dalam perhubungan, namun aku cuba sedaya upaya mengawal kemudi agar tidak karam begitu sahaja.

dengan posting ini, aku baru punyai sedikit masa untuk menjenguk ke blog aku ni, lantas sempat menulis serba sedikit. sebelum ni, bermula dari minggu lepas aku memang banyak kerja yang perlu di uruskan. rabu, khamis, jumaat - 3 hari dah aku habiskan untuk pergi training sea survival. training untuk aku apply passport ke offshore. kalau yang biasa dengan dunia oil and gas tu tahu ler ape benda ni, kalau dunia biasa, mungkin tertanya-tanya apakah menatang ni. ahaks.

ermm... saje nak share... sebab aku rasa ada yang masih kabur benda alah ni. kursus ini merangkumi, combine sea survival, fire fighting, first aid, helicopter/huet.

sea survival ni mengkhususkan untuk usaha menyelamatkan diri andaikata pelantar/platform minyak terbakar atau berlaku kecemasan yang menyebabkan kita terpaksa terjun ke laut. atau dalam keadaan dimana helikopter terhempas di perairan sementara menanti bantuan. jadi, kita di ajar untuk cara menyelamatkan diri, cara terapung, dan beberapa lagi signal untuk menarik perhatian orang di udara.

lepas tu, training fire fighting. belajar cara-cara pencegahan dan tindakan awal jika berlaku kebakaran, sama gak ngan first aid.

yang agak best ialah huet atau helicopter underwater escape training. nama dah escape underwater, tu yang buat cemas. training, kitaorang kena duduk dalam helikopter simulation, pastu di selam dalam air dan cuba keluar dari heli tu untuk selamatkan diri. itu mungkin tak berapa sangat. yang mencabar bila heli tu terhempas dalam air dan terbalik. haa... situ ler yang cemas nak selamatkan diri dari heli tu. kalau tak jumpa pintu/tingkap kecemasan... hehehhee... alamatnye lemas ler... [dalam training ada orang tarik ler- tapi tu kira fail]

dalam kursus 2 hari setengah ni, aku akhirnya lepas. huh... selamat.

No comments: