Thursday, June 19, 2008

Kerja... Kerja... Kerja... Part II

Semalam aku masukkan gambar ajer dalam blog aku ni. Dan hari ni, baru aku sempat nak cerita sikit tentang benda tu.

1. Gambar Bangunan Sultan Abd Samad. Gambar tu, aku saja-saja ambil, saja nak tgk cemana, dan aku rasa masih macam takder tarikan pun pada gambar yang aku ambik tu. kira macam takder 'x' factor untuk orang suka tengok. kalau otai-otai (i.e Chot) nak komen silakan...

2. Pelantar Minyak. Gambar ni aku ambik masa aku pergi pelantar tu. Pelantar tu dinamakan E11 Complex yang terletak di perairan Bintulu Sarawak. Gambar tu aku ambil masa dah dekat dengan pelantar dah, sebab mode transport kitaorang dari darat ke pelantar tu naik 'fast crew boat'. Naik boat tu dalam 7 - 8 jam.

3. Gambar kat salah satu 'bridge' yang ada di pelantar tu.

4. Pandangan pelantar tu pada waktu malam. Waktu ni, aku dah nak balik darat. Dan yang aku ingat, perjalanan bermula kol 10.00 malam dari pelantar tu dan sampai ke darat jam 6.00 pagi. Masa tu, aku dah tak sempat nak sahur sebab tak sedar, tertidur dalam bot tu. Kalau tak tidur, boleh muntah hijau aku. hehehe... dan syukur gak ler, walaupun aku tak sahur pagi tu, aku boleh teruskan puasa aku sampai petang.

Dan inilah pengalaman pertama aku berpuasa di pelantar minyak dan pengalaman yang memang tak dapat dilupakan, bila bangun awal pagi, sahur, then puasa... petang berbuka beramai-ramai dengan team yang lain. tapi kerja tetap sama, kena buat 12 jam sehari. itulah "offshore life".

2 comments:

amai said...

dan yg paling xkulupakan... dis the only time en romzi balik darat dgn keadaan badan yg sedikit susut.. selalu balik dr laut mengelembung aje.. hahahahaaa...

romzi seli said...

hahahhahaa.... agaknyer tu masa puasa kot... sebab makan pagi dan petang je... tak macma bulan biasa yang makan berapa kali tah sehari...