Wednesday, June 04, 2008

AntiSpyware Shield???

Semalam, lepas waktu kerja aku ke rumah kakak ipar aku. pasal nak check komputer kat umah dia. Sebab, malam sebelom tu, dia call wife aku dan bagitau yang pc dia ada problem dan selalu pop up virus Trojan. Selain tu gak, dia cakap yang pc dia takder antivirus dan orang plak ramai yang gunakan pc tu.

So, aku pergi ajer ler ngan bawak aku punya antivirus, dan nak try to install dan cuba repair apa yang patut. Mula lepas aku install ajer, memang banyak virus, terutama Trojan dalam pc tu. Antivirus yang aku pakai tu, mampu heal and block virus-virus tu dari merebak lagi dan ada satu program yang aku tengok macam tak ok sangat dan aku cuba nak buang. Tapu cuba punya coba, tak jugak dapat uninstall. Dan semalam jugak ler, aku menjadi blur, software aper ni, tak leh nak install langsung. Masa tu, aku just fikir, mungkin melalui website dia kot nak uninstall.

Aku mungkin lembab sikit pasal pc ni, dan korang mungkin akan gelak aku, yang aku tak tahu bahawa software ni, sememangnya tipu. Maksudnyer, software ni memang Trojan punya kerja.
Aduh... hari ni tadi, aku try search kat tenet, nak tahu cemana nak install benda alah ni...

Dan untuk pengetahuan orang yang seperti aku, software AntiSpyware Shield tu adalah sebenarnya tipu. Ia adalah virus... aku jumpa phrase ni...

AntiSpywareShield is a fake anti-spyware program that is related to Dr. Antispy. AntiSpywareShield is downloaded and installed by a Trojan, through browser security holes, or via other unconventional and unethical mechanisms. Once it is installed, AntiSpywareShield will show notifications of imaginary security and privacy risks in its attempts to trick the user into purchasing the full version of the application and may even cause sluggish performance of your computer.

Huh, memang canggih ler company ni, buat orang macam aku tertipu, dan orang-orang yang tak tahu pc juga tertipu. aku ada baca beberapa komen dalam web tu, menyatakan dia siap beli lagi software tu, dan install. Lepas tu, baru tahu yang software tu adalah tipu semata-mata.

Esok, aku akan pergi lagi umah kakak ipar aku, tok setelkan problem ni dan plan nak install beberapa software untuk protection.

Maklumat lanjut mengenai software ni, korang leh browse sini...



3 comments:

Anonymous said...

jadi nyer pc kat ofis MYY semua ada trojan berjambul la..sbb semua pc guna Spyware Terminator..ke dorang ni bukan bersaudara..

Ted said...

hehe, tu la dah tertipu..t lenkali beli software nasihatkan u semak dulu kat tenet tau..takyah beli takpe,download n cari crack je, jimat skit

romzi seli said...

rozie...

ya kah? sik perasan lah di opis ya... hehehehe...

Ted,
tak beli pun.... memang selalu download atau cari pirate ajer... hehehe....