Friday, June 13, 2008

Selamat Hari Ayah...

ayah day

Ahad ni, hari ayah... dan aku jauh dari ayah ku dah bertahun-tahun rasanya. hari tu, masa hari ibu, aku tak sempat nak upload beberapa gambar. semua di sebabkan masa aku yang agak terhad. Untuk ayah ni, aku try buat, walaupun sibuk. Mungkin untuk ibu, aku akan upload nanti.

Kalau tak silap aku, masuk tahun 2008 ni, dah 10 tahun lebih aku berjauhan dari ayah dan family aku. Kerana aku merantau dari tahun 1998 dahulu. Sampai sekarang, dan mungkin lepas ni akan membina satu kehidupan baru dan bukan di kampung halaman.

Gambar tu, adalah gambar-gambar seorang yang bernama ayah. Yang kiri sekali, ayah aku. Alhamdulillah tahun lepas, dia dah selamat menunaikan haji dan tahun ni gak dia akan bersara Julai ni. Sebelah dia tu, ayah mertua aku. Seorang peneroka yang gigih demi anak-anaknya. Sebelahnya, abang ipar aku, ayah kepada 2 orang anak. Lepas tu, 2 orang pakcik aku (dua-duanya adik kepada mak aku) yang dah bergelar ayah. Aku belom lagi... hehehe....

So, selamat hari ayah untuk ayah, abah, daddy, papa dan apa panggilan sekalipun.

2 comments:

Anonymous said...

Ehem...tumpang lalu...
ucu belum jadi bapak la...tahun depan baru sesuai...

Anonymous said...

abg tuh mmg advance..