Tuesday, August 05, 2008

Apa kaitan KJ dengan Liwat?

Malam tadi, aku saje je baca-baca cerita dan berita dari internet. Almaklum ler, semalam seharian sibuk, sampai aku takder masa nak tahu apa perkembangan terkini. Hari ni pun, tak tahu lagi, pukul berapa aku boleh free sikit. Semuanya kerana kesibukkan masa.

Aku terserempak dengan blog ni malam tadi, milik Amin Iskandar. Salah satu posting yang menarik perhatian aku, dan menambahkan hangat cerita adalah, " Menantu Pak Lah dibelakang tuduhan liwat Saiful Bukhari?"



Aku pun try ler baca abis dan try rujuk pada link yang diberi. Aku terfikir, bagaimana KJ boleh tahu cerita Coffee Boy ni dulu dari Saiful? Dan, KJ dulu menulis cerita Coffee Boy di blog nyer yang bertarikh 24 Julai 2008. Dan Saiful pulak menulis dalam blog saiful pada 1 Ogos 2008, yang mana akhirnya heboh satu malaya. Mana taknyer, masuk dalam Buletin Utama, apa yang ditulis oleh Saiful tu. Tapi, takder plak orang highlight kat Buletin Utama tulisan KJ?

Aku rasa korang baca lah selanjutnya tulisan Amin Iskandar kat sini.

Aku ingat lagi, masa sebelom pilihanraya dulu, KJ bukan main lagi, kecoh sana-sini, dan tiba-tiba nama dia di sahkan bertanding di Rembau. (Jadi orang rembau plak dah). Lepas tu, aku dengar ada isu kekecohan di Rembau sebelum, semasa dan sejurus selepas pilihanraya tu. Tentangan dia masa tu CheguBard. Dan aku dengar gak beberapa kisah yang tak pasti kebenaran tentang salah laku masa pilihanraya. Tapi, takper. Lepas je pilihanraya tu, dia terus senyap. Hilang entah kemana dan tak dengar cerita langsung tentang dia. Ada orang kata, dia ke Singapore. Tak tahu ler betol ker tak. Dan sehingga sekarang ni, dia umpama under dog, yang diam dan mungkin takder siapa tahu, apa yang dirancangnya. Dan mungkin dia "diam-diam, ubi berisi".

Bila cerita atas timbul, terfikir plak aku, ada kebenaran di sebalik tulisan Amin tu. Korang fikirlah sendiri.



2 comments:

Anonymous said...

seperti menarik utk dibaca...nanti free aku singgah la ke blog tu..

romzi seli said...

memang menarik chot... hujah yang membuatkan aku berfikir, bagaimana tak logiknya, saiful meliwat anwar.