Aku tertarik dengan statement dari penulis blog ni... dan aku rasa setuju dengan pandangan yang diberikannya mengenai isu ni. Kenapa bila IUA kemukakan untuk tidak memakai songkok (lambang Melayu) tidak dibangkang, sedangkan memasukkan pelajar non-bumi, kemain kecoh...
Apabila Pelajar UiTM dihasut supaya mengadakan demonstrasi menentang cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim media melaporkannya secara besar-besaran sehingga seolah-olah berlaku gempa bumi di Shah Alam. Semuanya gara-gara ianya dianggap boleh memberikan kredit kepada BN lebih-lebih ketika menghadapi situasi kritikal di Permatang Pauh.
Media memainkan isu ini tanpa henti sehingga meluat mendengarnya. Si misai melintang bukan main samseng membuat kenyataan seolah-olah hendak membaham Khalid Ibrahim hidup-hidup.
Namun apabila 3,158 pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menandatangani petisyen membantah keputusan pihak pentadbiran universiti tersebut untuk menggunakan jubah baru dan menggantikan pemakaian songkok untuk majlis konvokesyennya, media boleh dikatakan langsung tidak melaporkannya.
Pihak pentadbiran UIA memutuskan untuk menggunakan jubah baru serta menggantikan pemakaian songkok dengan mortar.
Songkok sebagai simbol orang Melayu sepatutnya dipertahankan pemakaiannya untuk majlis graduasi siswazah UIA. Mengapa dalam isu ini Umno tidak menghasut pelajar berdemonstrasi. Bukankah songkok itu pakaian rasmi Umno.??? Pejuang-pejuang Melayu 'pembodek' BN pun senyap seribu bahasa tidak berang seperti marahkan Khalid Ibrahim.
Mengapa media tidak pula membuat temuramah dengan pejuang-pejuang bangsa Melayu tentang hal ini.???
Jahat sungguh media arus perdana kita ini. Mengapa mereka sanggup melanggar etika kewartawanan semata-mata kerana membodek kerajaan BN yang sekarang bagaikan telur dihujung tanduk. Mengapa mereka begitu jahat dan sanggup menjadi kuda tunggangan BN yang tidak kenal dosa pahala.
Saya mengharapkan supaya media lebih terbuka dan beretika ketika melaporkan sesuatu berita dan peristiwa. Tidak ada gunanya media menutup isu-isu yang tidak menguntungkan BN kerana walaupun ditutup ianya tetap bocor kerana media alternatif seperti Harakah, KeADILan, Roket, Harakahdaily, Malaysiakini, Tranungkite dan blog-blog bebas tersedia untuk melaporkan peristiwa sebenar.
Kerajaan BN dan media sebenarnya tidak belajar dari kesilapan lalu. Semakin ditutup berita-berita tersebut, rakyat semakin berusaha untuk mencari alternatifnya.
source: http://mutaligat.blogspot.com/2008/08/antara-10-kouta-bukan-melayu-dan.html
No comments:
Post a Comment