Thursday, September 18, 2008

Adakah sesuatu disebalik Portfolio?

Pagi ni, aku terbaca beberapa blog pasal isu politik yang sekarang ni, macam nak panas ajer. Selain dari isu ISA sebelum ni, sekarang timbul lagi isu baru yang aku rasa rakyat dah macam muak dengan perkembangannya. PM & TPM tukar portfolio. Aku tertarik dengan artikel "Membaca Hikmah Di Sebalik Tindakan Abdullah" oleh Sangpemantau.

Kita tidak tahu apa yang sedang difikirkan oleh Pak Lah lagi dalam usaha beliau untuk menentukan yang UMNO masih berkuasa menjadi kerajaan.
"Apa yang mungkin terselimut di hati Abdullah ialah beliau mahu rakyat mengetahui sejauh manakah kemampuan Najib menjana ekonomi negara. Kantung kewangan negara kini kering kontang."

Mungkin benar apa yang ditulis di sini, tentang ada perkara yang terselimut dalam beliau untuk mengelakkan diri dari terus dikecam dengan masalah ekonomi negara. Aku teringat, beliau pernah mengulas bahawa ekonomi negara sekarang ini semakin lembab dan pelabur juga takut untuk melabur di Malaysia, tapi, adakah dengan tindakan beliau untuk bertukar portfolio ini akan memberikan kelebihan kepada pelabur untuk melabur di Malaysia. Aku tahu, beliau tidak punya pilihan lain untuk memastikan ekonomi bergerak semula. Dan beliau tidak mungkin akan melantik Anwar untuk jadi menteri kewangan. Beliau tahu, kebolehan Anwar dipersada dunia, kelebihan Anwar yang dah banyak kali bercakap dipentas dunia tentang ekonomi. Di UMNO, siapa yang boleh bercakap tentang ekonomi? Beliau mungkin memikirkan hanya Najib, kerana dunia kenal Najib. Menteri kabinet lain? kebanyakkan dunia masih belom kenal.

Selain itu, aku terfikir, adakah dia akan cuba ikot cara Tun Mahathir dulu, untuk menguji adakah bakal pemimpim no. 1 negara nanti benar-benar mampu mentadbir?

"Di sebalik pertukaran yang berlaku hari ini saya juga nampak Abdullah mahu apa yang berlaku ke atas Anwar Ibrahim dulu berulang kepada Najib. Anwar semasa menjadi TPM juga menjadi Menteri Kewangan. Kementerian berkenaan menjadikan Anwar lupa daratan dan membina kekuatan politiknya. Amalan kronisme dan nepotisme wujud ketika itu. Akhir apa yang berlaku ke atas Anwar dengan keduduaknnya itu; beliau menjadi seperti bawang yang ditimpa oleh jambaknya."

Ketika era Tun Mahathir, Tun telah melantik Anwar untuk jadi menteri kewangan. Namun, setelah dilihat, ketika itu, Anwar alpa dengan kedudukan beliau, dan akhirnya menjerat diri beliau sendiri. Adakah ini juga satu idea Pak Lah untuk menjerat Najib? Kerana, umum ketahui, Najib bukan calon sesuai untuk mentadbir negara, terutama sekali hal-hal kewangan. Keluarga sendiri pun beliau tak boleh nak kawal kewangan (Rosmah yang boros belanja) inikan pula kewangan negara.

Entahlah, aku sendiri tak tahu sampai bila masalah politik negara ini akan reda. Aku hanya mengharapkan agar ekonomi negara tidak jatuh teruk, sehingga menyebabkan rakyat bermasalah.

1 comment:

Acaii Jawe said...

SLm bro romzi..:) ya betul tu, sampai bila takkan reda bro..marilah kita sama2 tumpukan ibadah kat 10 malam terakhir ramadhan ni..lebih byk manfaat dari bertelagah pasal pihak2 nih..:)