Monday, September 22, 2008

Berbuka Puasa

Hari Sabtu lepas aku ada bukak puasa ngan geng-geng sama study kat U dulu. Alah, ni geng-geng yang kira suka-suka dulu. Kitaorang dulu selalu buat program motivasi kat sekolah-sekolah, bukan takat sekitar KL tapi antara yang jauh dulu kat Melaka.

Mula awal perancangan nak berbukan kat Cheng Ho, milik Amy Search, tapi bila nak book jer, dah penuh. Akhirnya, book ler sebelah dengan Cheng Ho tu. KeRisik. Nampak mula cam ok, dengan buffet RM28.oo Nett, tapi bila dah berbuka kat situ, makanan macam kureng sikit ler. Seingat aku, dalam banyak-banyak buffet yang kami pernah buat dari dulu, yang paling best kat Muzeum Negara. Aku tak ingat sangat tahun bila, tapi dengan buffet RM10.00, makanan memang banyak. Siap ada aiskrim lagi. Huh, satu kenangan tu.

So, malam tu, just lepak-lepak dan borak-borak ler, sebab lama tak jumpa. Almaklum ler, masing-masing sibuk. Tahun ni, aku rasa dah ada beberapa orang baby dah join. Tapi, malam tu, sorang je baby datang. Yang lain tak dapat datang. Tahun depan mungkin bertambah lagi kot. Harap next year, ada lagi yang lebih menarik dengan re-union ni.

Ni, gambar anak Yassir. Comel dan nakal...




2 comments:

syayassir said...

haha.. kenapa muka darwisy separuh je tu? :)

romzi seli said...

saje bagi separuh... kalau full, wanted plak nanti... ramai orang kenal... hehehehe....