Wednesday, January 21, 2009

Out of Town

Sekarang ni, masa aku menulis ni, aku berada di JB. Aku drive pagi tadi dalam kol 5.00 pagi dari KL sebab nak attend meeting kat Pasir Gudang ni. Aku pada mulanya, memang malas sangat nak pergi dan kalau dapat elak, memang aku nak elak. Tapi disebabkan dah tak der sapa yang nak kena pergi, so, aku terpaksa pergi gak. Aku pergi kali ni, ngan engineer aku. Sebab aku nak dia tahu cemana apa semua, supaya bila aku sudah tiada, dia boleh ganti semua kerja aku.

Pagi ada "kick off meeting" dan petang plak ada technical clarification meeting. Kick off meeting, mungkin tak susah sangat, tapi Technical Clarification Meeting tu yang memang macam membunuh. Aku memang ada bawa principal aku sekali, tapi principal aku tu pun tak confident nak jawab dan akhirnya semua soalan masih tergantung. Aduh... pening kepala aku.

Esok akan ada lagi satu meeting yang sama untuk project yang sama. Cemana nak berdepan, aku pun tak sure cemana. Harap semua ok.


Wednesday, January 07, 2009

Letih

Sekarang ni aku kat airport tok tunggu flight aku ke Miri. Huh, another 'fenin' job. Sepatutnya aku fly ke Miri semalam dan hari ni ada 'management meeting' kat Miri. Tapi disebabkan ada urgent meeting pagi tadi, menyebabkan tiket flight aku burn dan beli baru. (Nasib yang beli tu boss aku). So, aku kena attent meeting pagi tadi dan lepas abis je terus ke airport.


Mulanya aku ingat meeting pagi tadi kecik je. Tapi, bila dah kumpul semua, mak ai lebih dari 15 orang rasanya. Dan meeting untuk satu project yang diperkatakan ramai. Meeting tadi mengumpulkan semua sub-system vendor dan nasib aku baik, sebab aku sebagai team pertama tok present. Aku ingat sekejap je... tengok-tengok, meeting aku tu, sampai 1.30 petang. Masak gak ler. Nasib baik aku amik flight kol 7.00 kalau amik awal dalam kol 3.00, maunyer aku terlepas, kalau tak betol time.

Ni, dengan berbekalkan internet free kat airport, aku check semua e-mail dan hehehe, seperti biasa, aku update blog ni. Sebabnya aku ada mood nak nulis. Malam nanti bahana lagi tok aku, sebab slide presentation aku tok esok tak siap lagi. Aduh... harap aku boleh buat malam nanti. Esok malam plak, aku fly balik ke KL. ahaks.

Fuh, letih rasanya hidup ini. Bila agaknya akan berubah?

Tuesday, January 06, 2009

Sambung


hohoho... sambung balik apa yang aku tulis semalam.

Issue yang pertama yang aku nak lakukan tahun ni, adalah berhenti kerja dan sebelom berhenti, aku kena dapatkan kerja dulu. Tapi, buat masa sekarang ni, aku masih belom dapat mana-mana offer lagi. Aku rasa dah banyak gak ler resume aku pernah hantar dan seingat aku, last month ada satu company yang panggil aku untuk interview.

Aku pun pergi ler dengan penuh semangat untuk interview tu. Tapi, bila habis je interview, aku merasakan yang aku takkan dapat kerja situ. Banyak faktor yang menyebabkan aku tak dapat. Antaranya keinginan untuk traveling. Sebab kerja aku tu, memerlukan aku selalu outstation. Dan mungkin dalam sebulan ada 10 hari je kat KL office. Selainnya, aku kena ke beberapa negara di asia pasific ni. Antaranya, Thailand, Indonesia, Vietnam, Hong Kong, Singapore, Philiphine, China dan beberapa lagi negara lain. Dan selain daripada tu, ada kemungkinan aku akan ke Paris untuk submit & present report. Sebab Malaysia adalah regional HQ untuk asia pasific. Dan, andai aku diterima, aku akan report terus ke Asia Vice President.

Fuh... memang sebelom interview tu, memang berangan dan berlagak ler... tapi lepas memikirkan tentang kehidupan ini, aku menjawab interview dengan cara paling jujur sekali. Dengan penuh terus terang aku cakap, "sekarang ni, apa yang penting bukan saja kerjaya, tapi keluarga. Tanpa keluarga, kerjaya takkan kemana" dan Tuan penginterview itu macam tersenyap seketika dan akhirnya, kitaorang borak-borak kosong ajer. Dan lepas aku tengok reaksi dia camtu, aku dengan penuh yakin melangkah keluar dari bangunan tu, dan penuh keyakinan yang aku tidak akan diterima bekerja di situ.

Sekian terima kasih. Akan aku cerita detail kalau aku ingat apa yang berlaku. Jawapan-jawapan maut antara aku dengan penginterview.

Monday, January 05, 2009

Its new years...

"Azam"
apa azam tahun baru anda? hehehe... bagi aku, aku merasakan macam tahun 2008 yang lalu takder azam sangat. At the end, aku pun macam takder hala tuju sangat. So, 2009 ni aku plan untuk beberapa perkara yang aku rasa, aku boleh kecapi dan capai kot. Antara azam aku pada tahun ni:
  1. Berhenti kerja dengan company sekarang dan kerja di syarikat baru. Target time is after chinese new year.
  2. Spent time average antara kerjaya dengan family.
  3. Further study... aku nak sambung degree. Huh, dah berapa tahun dan aku plan benda alah ni, tapi tak jugak kesampaian. Sampai sekarang ni, kelulusan aku di tahap rendah. Tak dapat nak apply kerja yang best-best macam orang lain. huhuhu.
  4. Nak beli dSLR. Nak improve dalam photography skill aku.
  5. Nak beli satu lagi kereta, prefer auto transmission.
  6. Next azam, akan difikirkan lagi selepas ini...