bila tengok tajuk ni, "masa membatas segalanya", memang masa membataskan untuk aku menulis. kali terakhir pun aku menulis bulan jun aritu. masa tu aku tulis pasal trip ke bokor-a. dan sekarang ni pun aku sebenarnya baru balik dari bokor-a tu jugak. huh... memang memenatkan. hakikatnya ada beberapa trip lagi aku pergi sepanjang perjalanan itu.
haritu, aku ke kelantan. negeri terakhir dalam malaysia yang aku tak pernah pergi. dan trip itu telah melengkapkan diri aku bahawa satu malaysia pernah aku jejak. termasuk sabah. aku dah sampai low's peak jugak. ahaks.
aku ke kelantan sebab nak ke pelantar di sana. nak wat work scope pasal satu project lagi kat sana. boleh tahan gak jauhnya dari darat. dalam sejam naik helikopter. dan banyak pengalaman menarik aku peroleh sana, terutama pasal crew transfer. pakai basket. huh... gigil gak sebab first time pakai basket tok transfer. kepada sapa yang tak tahu, ni gambar dia...


Ni gambar pelantar yang aku pergi. Bunga Raya A, so korang tengok ler tingkat atas tu, tempat helikopter landing. so dari situ ler naik basket tok ke dalam boat yang kecik kat bawah. ketak jugak aku. ye lah first time. selama ni nak transfer semua jadi tarzan.


so, lepas abis je trip ni aku ke kl. ada beberapa meeting di kl dan dalam masa yang sama aku jumpa awek aku. dah lama tak jumpa sebab aku selalu di miri ajer. sian dia kena berjauhan.
dua minggu aku habiskan masa di kl untuk settlekan semua kerja, prepare report dan sebagainya. then aku balik miri semula untuk bokor aku balik.

No comments:
Post a Comment