aku just nak share dalam blog ni, wajah-wajah di lautan. kalau takder orang nak tengok pun, mungkin untuk tatapan aku di kemudian hari nanti, bila aku dah tak bekerja di lautan. ini satu kenangan yang menarik buat aku. satu kenangan yang tak mungkin aku lupakan.
mungkin ramai orang akan kata... "wah kerja laut... income banyak..." sekarang aku baru merasa... tak sebanyak mana pun income. semua bergantung kepada syarikat tempat kita bekerja. dan memang agak setimpal dengan keadaan di laut. tekanan bilamana berada di laut. di kelilingi air sahaja. tiada apa.
mungkin bagi aku, ia menarik sebab menampakkan kebesaran ILAHI. menyedarkan aku betapa besarnya kuasa ALLAH, menyedarkan aku, betapa kecilnya aku ini dibandingkan dengan apa yang ada. kekadang aku selalu terfikir... bila aku duduk sorang-sorang kat platform tu, (time takder keje lah) aku selalu membayangkan, jika ALLAH nak tenggelamkan aku dalam laut tu, sebagaimana kisah Nabi Musa dengan Firaun dulu, bagaimana dengan amalan aku. ye lah... bila di darat ni, tidak banyak kesedaran sebegini timbul berbanding di lautan biru. itulah hakikatnya.
semoga ALLAH memberi hidayah dan petunjuk kepada aku. meneguhkan iman aku. menguatkan ketakwaan aku kepadaNya.

1 comment:
Salam tuan... harap tuan tidak kisah saya jdkan pengalaman tuan utk rujukan penulisan saya.
Post a Comment