Hakikatnya aku tidak tahu adakah seorang yang peramah atau boleh dikatakan orang yang mudah bergaul ini sensitif. Jika dilihat dari segi keadaan biasa memang mereka tidak sensitif. Mereka mampu bergurau senda malah jarang terasa kerana mereka juga kuat bercakap. Banyak berbicara. Namun, jika bercinta, adakah mereka sama?
Aku menulis ini kerana aku melihat satu situasi dimana jika seseorang itu jenis yang mudah bergaul, maka dia memang sensitif dalam bercinta. Sensitif dengan pasangan masing-masing. Mulanya aku tidak perasan akan perkara ini. tapi, setelah aku meneliti diri aku, melihat kawan-kawan aku, kiranya aku membuat kajian ringkas, aku mendapati memang benar. Aku, dan beberapa lagi kawan aku yang mana kami memang jenis yang mudah mesra dengan sesiapa dan mudah bergaul dengan sesiapa, agak sensitif dengan pasangan masing-masing. Kami mudah terasa dengan apa saja yang berlaku pada pasangan kami. Namun, kami jenis yang suka menyimpan rasa hati itu kerana tidak mahu menimbulkan masalah dalam hubungan.
Berlainan pula dengan rakan-rakan aku yang jenis pendiam dan jarang bergaul. Mereka lebih 'cool' dan tidak terlalu sensitif dengan pasangan masing-masing. Malah mereka berjaya mengawal emosi mereka terhadap pasangan masing-masing yang akhirnya membuatkan perselisihan paham akibat sensitif jarang berlaku.
Aku tidak pasti samada pemerhatian aku ini satu yang hakiki atau secara kebetulan kerana kajian aku bukan melibatkan orang ramai. Kajian hanya melibatkan beberapa orang sahaja.
Jadi untuk sesiapa yang mempunyai pasangan jenis peramah tu, jagalah hati pasangan masing-masing kerana mereka ni jenis yang sangat sensitif. Mereka ini juga jenis yang agak sukar untuk mengawal emosi apabila dalam percintaan. Mereka hanya mampu berbuat sebaliknya dengan sekeliling sahaja, namun sukar dengan pasangan mereka.

No comments:
Post a Comment