Monday, September 11, 2006

convo

aritu, aku balik miri. dalam keadaan yang agak rush, aku siapkan semua kerja aku di miri. hari selasa mak aku balik kampung. nak tolong pinang anak orang tok pak usu aku. rabu aku plak balik kl.

bak kata sherrina, aku cam menteri, kesana sini naik flight. hahahhaha... kali ni aku fly lagi dari miri ke kl. hari rabu. sampai di kl lebih kurang dalam kol 2 petang. sorry ler, dalam beberapa hari ni aku tak dan nak posting. bukan aper, aku takder tempat nak access internet.

lepas sampai petang tu, aku amik kereta aku kat umah kakak awek aku di kampung baru. lepas aku amik kereta, aku terus ke hentian pekeliling tok amik parent awek aku plak. parent dia baru sampai dari pahang. sebab anak-anaknya semua kerja, jadi aku ler yang pergi amik dorang. lepas amik, aku bawa ke kampung baru dan lepas tu baru aku ke puchong.

sampai puchong pun dah petang. aku kemas barang apa yang patut dan aku ke kl smule nak amik awek aku balik kerja. lepas amik dia, kami pergi tesco jap, beli barang tok ke utara esoknya. jadi malam tu aku tdo kat umah awek aku ler. ops... bukan tdo berdua yea... hehehheee...

berehat sebentar di perak, sambil makan cempedak yang di bawa dari pahang.

pagi khamis, kami mulakan perjalanan ke utara. mulanya singgah di perak dulu. melalui persimpangan bukit merah, menuju ke kampung adik ayah dia. lepas tu singgah ke parit buntar lagi tok bermalam di sana.

di hadapan sawah padi. waktu pagi, dikala orang mula bercucuk tanam. ini gambar di kampung dia di perak.

pagi jumaat, barulah memulakan perjalanan ke kedah. ahaks. lupa nak cakap, bertajukkan konvo, sebenarnya bukan aku yang nak convo, tetapi awek aku. dan kami sampai di kedah lebih kurang tengah hari dah. lepas ke hotel dan rehat-rehat jap, kami ke uum tok amik jubah dia, dan wat apa yang patut di sana. lepas tu kami dinner di kuala perlis.

huh, berapa kali pusing tah cari seafood yang dia maksudkan, akhirnya tak jumpa jugak. mungkin kedai tu dah tutup. sebab sebelom ni, memang kat area tu lah dia makan. abis makan, baru balik ke hotel tok mandi dan siap apa semua. lepas tu, kami ke tapak pesta konvo malam tu, tok tengok-tengok apa yang ada.

aku tak beli banyak pun. just beberapa kenang-kenangan dari uum je. lepas tu siap semua dan balik.

dia menerima ijazah pada seisi 2 hari pertama. jadi, kami pun gerak lewat sikit pagi tu ke uum. walau apapun, bergambar ler dulu di pagi-pagi tu, sebab petang nanti mesti dah tak sempat dan ahad plak, sure kelam kabut nak balik lagi.

tahniah atas konvokesyen UUM 2006.

sakan gak ler bergambar pagi tu dulu, sebelom dia masuk dewan. seisi habis dah lewat petang dan kami bergambar sikit je petang tu. kemudian amik gambar studio. lepas tu, balik hotel dan siap nak ke umah kakak angkat aku kat changlon tu. dah lama aku tak ke umah dia. last sekali tahun 1999. terima kasih kak, sebab sediakan makan malam yang enak.

ahad, siap semua untuk balik ke kl smula. tapi sebelum tu, dia bergambar lagi dengan kawan-kawan dia dan lepas tu hantar jubah dan sebagainya. rasa-rasanya kami bertolak dalam lingkungan kol 11 pagi.

perjalanan yang agak jauh gak tok balik ke kl, menyebabkan kami sampai di kl lebih kurang pukul 5 lebih. lepas tu ke ukm sekejap, sebab nak hantar adik dia ke sana. lepas tu, aku hantar dia dan parent dia ke umah sewanya di sentol. lepas tu baru aku balik. tu pun dah lewat malam. lepas semua selesai, hantar abang dia, cuci kereta dan yang tak di duga malam tu, ayahnya keluar darah dari dubur. aku ngan dia hantar ayahnya ke klinik berhampiran dulu. risau ada apa-apa yang tak ok.

"ehhh... sayang, ni topi senget la... meh saya betolkan"

hari ni, isnin. memulakan tugas seperti biasa di office. huh, banyak sungguh kerja. ntah cemana nak abiskan ni. dah ler sekarang ni masih mood cuti lagi. ahaks.

No comments: